Hazel terasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Loket itu berada di situ. Di leher Puteri Liza.Lama dia merenung loket itu. Inilah peluangnya.
" Cantik loket milik Tuanku." Kata Hazel, mahu memancing reaksi Puteri Liza. Kurang kurang mungkin dia boleh beritahu mana dia perolehi.
Puteri Liza tersentak sesaat, dan melihat ke bawah, tepatnya arah loket yang tergantung. Dia ukir senyum kemudiannya. Seakan paksaan.
" Ini? Hadiah dari keluarga beta." Ringkas jawapan Puteri Liza, seakan tidak berminat untuk menerangkan.
Hadiah? Habis bagaimana dengan loket yang dibeli di pelabuhan tempoh hari? Bukan loket yang sama ke? Kenapa nak tipu pula?
Hazel kemam bibir, dan berhajat mahu bertanya soalan lagi tapi melihat wajah Puteri Liza yang seperti tidak selesa, menyebabkan dia ambil keputusan untuk diam.
Kenapa Puteri Liza tidak kelihatan tidak selesa pula?
————————————
" Cik Puan, jangan lah kali ini Cik Puan keluar lagi. Putera Mahkota akan pulang ke istana bila bila masa sahaja." Rayu Sura, melihat Hazel yang sedang bersiap siap rapi. Hazel geleng kepala.
" Hamba rasa tidak tenang Sura. Hamba mahu keluar. Tolong hamba kali ini, hamba mahu ketenangan." Pinta Hazel. Dia mahu ke pasar. Mungkin di sana dia boleh mencari sesiapa sahaja yang boleh menjawab pertanyaannya tanpa prejudis. Dia juga berharap boleh berjumpa Melati atau Tun Utama sendiri.
" Tapi Cik Puan, terlalu bahaya untuk...." Kata kata Sura terhenti apabila pintu kamarnya diketuk. Segera Sura membukanya. Susuk tubuh Orked dan Kaseh masuk kedalam memberikan rasa lega pada Sura.
Tetapi berita yang dibawa Orked nyata mengejutkan Hazel.
" Cik Puan, ibu pada Putera Mahkota, Cik Puan Seroja mahu bertemu dengan Cik Puan."
—————————————
Hazel duduk bersimpuh menghadap Cik Puan Seroja, wanita itu tampak lebih kurus dari sebelum ini. Hazel tidak tahu mahu lakukan apa, nak santuni mak mentua, dia belum kahwin dengan Putera Andhika.
Sudahnya dia mengambil keputusan untuk diam.
" Maaf, ambil masa yang lama untuk kita bertemu." Sopan gaya Cik Puan Saroja memulakan bicara. Hazel menggeleng kepala laju laju. Serba salah pun ada. Sepatutnya dia yang mengambil inisiatif untuk bertemu.
Ni buah tangan pun tak ada. Main bantai lenggang kangkung je.
" Eh tak apa, tak apa Cik Puan, patik okay je, eh maaf..baik baik sahaja," kata Hazel, rasa nak cepuk mulutnya kerana dah mula keluarkan bahasa 2023 dia.
Cik Puan Seroja ketawa kecil.
" Hamba tidak pernah melihat dara seperti tuan hamba. Dengarnya tuan hamba anak saudara pada Tun Utama ya?" Soal Cik Puan Seroja. Hazel terpaksa angguk. Dah itu identitinya di sini.
" Benar Cik Puan Seroja, patik anak saudara Tun Utama." Balas Hazel, sopan. Dia mula selesa dengan sikap sederhana Cik Puan Seroja, sekali gus menghapuskan sangkaannya sebelum ini bahawa Cik Puan Seroja tidak menyukainya.
" Nyata tidak salah pilihan Sultan Ibrahim. Cantik manis orangnya." Kata Cik Puan Seroja menyebabkan Hazel tersedak lantas terbatuk batuk kecil.
" Hazel baik baik sahaja di sini? Makanan sedap? Bagaimana dengan suasana? Atau ada apa apa yang Hazel rasa tidak cukup?" Soal Cik Puan Seroja sambil jarinya memegang telinga cawan, bersedia untuk meneguk air teh.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...