22 (Edit)

1.9K 167 14
                                    


Suasana hutan yang gelita sedikit pun tidak mematahkan langkah si wanita ini. Wanita itu menutupi kepalanya agar mengelakkan diri dikenali. Laju kaki wanita itu melangkah menuju ke arah gua terbiar dalam Hutan Larangan.

Dalam fikirannya, dia mahukan jawapan pada satu persoalan yang terbit dalam mindanya.

Gua itu dimasuki dengan berani. Ada satu susuk lelaki yang sedang berdiri, menunduk sedikit tatkala melihat si wanita itu menerpa laju. Lelaki itu tenang tampak tenang.

" Adikku Chempaka, apa hajatnya sehingga tengah malam ini kita berjumpa?"

Permaisuri Chempaka membuka penutup kepala, jelas wajahnya kelihatan menahan mengah akibat langkah lajunya tadi.

" Kanda Vjaya!"

Pawang Vjaya hanya merenung adiknya yang sedang mengambil nafas seketika. Dia seakan tahu apa yang mahu ditanyakan oleh Chempaka.

" Bagaimana si dara bermata coklat boleh ada di dalam istana itu?"

Pawang Vjaya masih diam sambil masih merenung wanita dihadapannya. Melihat riak wajah itu, Chempaka menggelegak marah. Bermaksud lelaki itu langsung tidak melakukan apa apa.

" Apa sudah jadi kanda Vjaya? Bukankah keturunan kerajaan Pillian sepatutnya sudah terhapus sepenuhnya! Sepatutnya sudah tiada langsung tentang keturunan mata coklat itu kecuali Seroja! Keturunan si pembunuh tidak guna Sultan Ahmad dan Permaisuri Izan! Padan muka semua sudah terkena balasan akannya itu!"

Marahnya si Chempaka tampak jelas di riak wajahnya. Penuh rasa dendam kesumat berlipat lipat dalam jiwa. Peristiwa dahulu kembali menerpa di mindanya. Betapa dia puas tatkala melihat Sultan Ahmad merayu pada suaminya Sultan Ibrahim untuk tidak membunuhnya.

Sebagaimana dia merayu pada Sultan Ahmad dahulu supaya tidak membunuh kaum keluarganya. Hanya dia dan Vjaya terselamat kerana berjaya disorokkan oleh ibu mereka. Ketika itu mereka masih remaja. Manakala Sultan Ahmad baru sahaja menaiki takhta sebagai Pemerintah Kerajaan Pillian.

Ibu mereka merupakan pengamal sihir, terbongkar dan dibunuh. Keseluruhan kaum keluarga mereka dihapuskan serta merta. Namun sang ibu sempat menurunkan ilmu pada Vjaya dan Chempaka, menyebabkan mereka bertahan hidup sehingga hari ini.

Masakan tidak, bagaimana dia boleh mengawal perasaan Sultan Ibrahim agar lelaki itu cinta mati padanya? Sudah tentu menggunakan sihir.

" Chempaka, kita masih belum tahu bahawa dia lah orangnya. Kita masih belum tahu gadis itu lah yang akan kembali ke sini semula," penuh diplomasi Vjaya bertutur menenangkan hati adik kesayangannya.

" Kanda, kanda perlu tahu, lama kelamaan anak itu akan kembali ke asalnya semula. Jika benar gadis itu adalah milik asal, habis semua rahsia kita. Habis! Sepatutnya kanda halang Utama itu masuk ke gerbang sana! Utama, si pencuri yang tak guna!"

Vjaya diam sebelum menarik nafas. Ya Utama si pencuri kuasa mengawal masa.

" Akan kanda betulkan semula. Apa yang pasti, jika benar gerangan si gadis itu, bermaksud kita perlu lenyapkan gadis dari muka bumi. Jangan risau Chempaka. Cuba fikir. Pemilihan gundik itu pasti ada hikmahnya bukan?" Tercetus senyuman di bibir Vjaya, melihat wajah bingung Chempaka yang mula bertukar reaksi.

" Ya, Chempaka akan perhati si gadis itu. Tetapi Chempaka yakin, pasti ada hubungkait dengan kedatangan dia ke istana. Jika benar dia, Chempaka sendiri yang akan bunuh dia."

——————————————

Malas malas Hazel bersiap pagi ini untuk turun bersarapan. Kerana setelah sarapan adalah acara pertemuan dengan si Putera Mahkota. Rakan rakan sebiliknya pula sedang sibuk bermekap dan tatarias. Cuma dia dan Ros, yang langsung tidak berminat.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now