42

1.9K 161 21
                                    


Hazel mengelap tubuh Cik Puan Seroja dengan segera. Keadaan Cik Puan Seroja yang demam itu mungkin penyebab dia mendapat epilepsy. Bahagian dada wanita itu didedahkan dengan sengaja, untuk mengurangkan suhu tubuh.

Hazel juga mengarahkan tingkap tingkap dibuka bagi pengudaraan yang lancar. Seketika kemudian, dia merasakan sawan yang dialami Cik Puan Seroja telah berakhir. Simptom telah berkurang. Cik Puan Seroja juga telah berhenti tersentak sentak. Tubuhnya hanya mengkaku senyap.

Hazel meletakkan tangan di bawah hidung Cik Puan Seroja, masih bernafas namun perlahan. Dia memeriksa nadi pergelangan tangan serta pangkal leher wanita itu. Kiraan normal.  Hazel melepaskan nafas panjang.

Lega.

" Dayang, tolong ambilkan kain lagi dan juga air sejuk buat Cik Puan Seroja," pinta Hazel.

Dayang tersebut hanya merenung Hazel dan mengangguk perlahan. Rasa tidak puas hati jelas terpancar di wajahnya, namun arahan Hazel tetap diturutnya.

Hazel hanya menjeling dari ekor mata. Pasti berita ini akan sampai ke telinga Sultan Ibrahim dan pasti juga dia akan dipersoalkan mengapa Pawang Vjaya tidak dipanggil.

" Erghh.." suara rengekan jelas keluar dari Cik Puan Seroja menyebabkan Hazel segera berpaling ke arah wanita itu yang berada di pangkuannya.

" Cik Puan..Cik Puan..," panggil Hazel, teruja kerana wanita itu akhirnya telah sedar. Tangan Cik Puan Seroja naik mengusap perlahan pipi Hazel Elmeera dan mulutnya seakan terkumat kamit menyebut sesuatu.

"Ss...ssuu.."

Hazel memberikan senyuman dan mengusap kepala Cik Puan Seroja.

" Cik Puan nak cakap apa? Cik Puan tak sihat tu, sekejap patik minta dayang ambilkan air. Nanti Cik Puan minum dan...."

" Suurii.."

Dahi Hazel berkerut. Apa?

" Suri...Suri Kirana.."

Suri Kirana? Ah sudah, sapa pulak tu?

" Cik Puan..." panggil Hazel sambil menepuk sedikit pipi Cik Puan Seroja. " Cik Puan kat mana sekarang? Tengok patik Cik Puan. Tengok..."

" Mereka ambil Suri....pergi..." bisikan Cik Puan Seroja mematahkan ayat ayat yang keluar dari mulut gadis itu.

Hazel hanya terkebil kebil mendengar.

—————————————

Wajah Cik Puan Seroja cukup pucat. Apabila Hazel melangkah masuk ke dalam, wajah itu yang menyapa kornea mata. Kasihan nampak. Ubat yang bertampal di dahi tidak membantu. Kelihatan dia juga berselimut erat.

Setelah memastikan Cik Puan Seroja sudah kembali ke normal, Hazel meminta seorang lagi dayang peribadi bernama Aminah untuk menjaga Cik Puan Seroja. Hazel pulang sebentar untuk membersihkan diri. Difahamkan sementara Hazel pulang ke istana Badar, tabib diraja telah datang memeriksa Cik Puan Seroja. Mujur tidak dipanggil si bomoh scammer tu.

" Cik Puan sudah makan?" Soal Hazel perlahan kepada dayang iringan Aminah. Aminah menunduk hormat.

" Makan Cik Puan Hazel, tapi terlalu sedikit." Balas Aminah, sopan. Mata Hazel berpindah ke arah satu mangkuk bubur di atas meja. Mungkin ini yang dimakan oleh Cik Puan Seroja.

Hazel mengambil sudu dan merasa bubur itu.

Allahu, padanlah Cik Puan tak nak pun. Orang sakit pun boleh bertambah sakit wey. Tawar nak mampus. Macam nasi dengan air semata. Tak ada rasa apa.

Orang sakit ni dah la memang tak rasa apa apa. Jadi kena letak garam ke bagi berasa lidah tu. Dan Patut kena letak protein la sikit. Haih tak faham.

" Aminah, jagakan Cik Puan sekejap. Hamba nak ke dapur istana Utama."

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now