14 (Edit)

2.4K 178 18
                                    

Tuk

Tuk

Tuk

Anak panah yang bersilih ganti dipanah ke sasaran kedengaran di ruang luas dataran tepi istana. Putera Andhika dan Putera Nadim kelihatan meraih perhatian sesi istana dengan latihan memanah mereka yang seolah olah seperti sesi pertandingan sebenar.

" Bila pernikahan tuan hamba akan dilangsungkan Andhika? Seperti tidak lama lagi bukan, kerana Liza juga sedang mengikuti kelas kelas adab disini," soal Nadim sambil mengambil anak panah yang terletak dalam bekas.

Andhika yang baru selesai memanah hanya mengendahkan soalan itu. Nampak langsung tidak berminat dengannya. Dia meletakkan busur sambil menuju ke arah Ketua Pengawal Ammar. Bekas air dihulurkan oleh Ketua Pengawal Ammar dan diambil Andhika dengan rakus. Mungkin terlalu dahaga.

" Dhika.." seru Nadim, memohon untuk menjawab soalannya terlebih dahulu. Dia sudah bersedia untuk melepaskan anak panah.

" Tidak pasti Nadim, mungkin tidak lama lagi," balas Andhika datar.

Nadim kerut dahi dan diam sebentar, fokus melepaskan anak panah dari busurnya.

Tuk!

Anak panahnya tepat mengenai sasaran tengah itu. Nadim kelihatan berpuas hati dengan tembakan tepat itu lantas menurunkan busur. Andhika melihat sekilas dan meneguk air sekali lagi.

Entah apa yang bermain difikirannya.

" Tidak pasti?" Nadim melihat tepat ke arah Andhika yang beriak selamba. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Andhika bagi soalan tadi.

Andhika mengambil busurnya kembali dan menghela nafas.

" Hamba tidak cintakan Liza, tuan hamba tahu kan itu," ujar Andhika sambil mengangkat busur, mencuba fokus pada sasaran. Nadim diam memerhatikan tingkah laku Andhika yang senyap menarik tali busur.

TUP!

Anak panah itu tidak kena pada titik bulatan tengah itu, malahan hanya terkena di 2 bulatan luar. Andhika melihat papan sasaran sambil hela nafas sekali lagi.

Fokusnya nyata lari.

" Belajar cintakan dia Dhika, tidak elok siksa perasaan anak dara orang," nasihat Nadim dan mengambil tempat di kerusi yang disediakan lantas duduk. Andhika turut duduk, mungkin keletihan, atau kecewa, kerana sasarannya kali ini lari.

" Atau ada sesuatu yang mengganggu fikiran tuan hamba sekarang ini?" Tebak Nadim sambil tangannya mengambil bekas buluh berisi air yang tersedia dan meneguk air tersebut.

Andhika menoleh ke arah Nadim, entah mengapa sahabatnya itu agak banyak bertanya soalan peribadi.

" Yang sebenarnya ada apa ini Nadim? Tuan hamba bertanya soalan pada hamba, tentang soal rasa diri hamba. Habis Tuan hamba pula bagaimana? Sudah ada calon yang menepati hati itu?" Soal Andhika.

Nadim melihat Andhika sekilas dan tersenyum kecil.

" Mungkin."

Andhika menyandar tubuh ke kerusi, terasa tertarik dengan jawapan Nadim. Nadim bukan seorang lelaki yang terlalu mudah jatuh hati pada gadis. Malahan dia antara paling payah untuk berkata kata tentang seorang dara. Namun kejadian di ruang santapan tempoh hari, dia menegur Hazel di hadapan matanya, membuatkan Andhika mula meragui personaliti terkini sahabatnya.

Bukan senang Nadim mahu memulakan langkah merapati perempuan. Dia kenal lelaki itu. Melainkan dia suka........

" Andhika," seru Nadim membuatkan Andhika menoleh.

" Hamba teringin hendak ke pasar , sudikah Tuan Hamba bersama sama hamba?"

———————————————-

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now