Wanita tua itu menunduk dengan rasa serba salah. Rasa bersalah dan rasa takut kepada figura ini sama mencanak naik." Sudahlah Kalsom. Kamu dah jalankan tugas dengan jayanya. Sawi memang sukar untuk didapati. Mana kamu dapat bekalan ini?"
Kalsom menggigit bibir.
" Dari pasar. Tapi yang biasanya hamba pergi sudah habis. Jadi ada seorang dara sudah tolong hamba mendapatkannya."
Figura itu mengangguk.
" Serbuk itu?"
" Pawang Vjaya yang mengusahakan."
Tersengih senang tampak si figura itu. Senyum ditarik menggambarkan rasa gembira dihatinya. Langkah pertama sudahpun berjaya.
" Aku akan jatuhkan apa yang kau dah usahakan selama ini Ibrahim. Seperti mana yang kau lakukan pada aku dahulu."
———————————————-
Andhika masuk ke dalam kamar Putera Mahkota, melihat abangnya yang gering. Sudah 2 minggu dia tetap sama kondisinya. Termenung dan terus termenung hingga akhirnya dia jatuh sakit. Tatkala dia menapak menuju ke arah Iskandar yang terbaring, Iskandar berpaling ke arah Andhika, dan ukir senyum tipis. Cik Puan Seroja juga ada bersama, memangku kepala anak sulungnya. Mata bondanya bengkak, akibat menangis terlalu kuat.
" Adindaku Dhika," lemah suara Iskandar menutur kata. Membawa rasa yang cukup berat dalam diri, seakan membawa rindu yang tak sudah pada isteri dan anaknya yang telah pergi. Tubir matanya berair dan bibirnya bergetar getar melihat Andhika semakin mendekat.
"Kandaku Is, janganlah banyak pertuturannya. Tabib sudah berkata bahawa kamu perlu sihat semula."
Iskandar menggeleng geleng , dan menarik tangan Andhika, mahukan adiknya mendekat.
" Carikan..pengkhianat itu..Dhika..carikan yang berani membuat isteri dan anak ku pergi.."
Cik Puan Seroja makin luluh tangisannya. Putera Emir yang berada di sebelah lantas memeluk bondanya dari belakang. Dia juga tampak menggigil, menahan tangis.
" Adindaku Dhika..aku serahkan takhta Putera Mahkota ini padamu. Tadbirlah negera ini dengan penuh rasa sedia. Mungkin ini pengakhiran bagi aku. Kerana aku rindu dengan isteri dan anak ku."
Tangan Iskandar kuat memegang tangan Andhika yang menunduk. Merah hidung Andhika cuba menahan sebak bertandang. Iskandar seorang abang yang sangat baik, anak yang sungguh patuh, mengapa dia diperlakukan begini.
" Bonda..maafkan anakanda..anakanda tak mampu bertahan.." lirih suara Iskandar, tangannya memegang tangan Cik Puan Seroja yang kian meraung.
" Bonda.." tangan Iskandar yang memegang tangan bondanya Cik Puan Seroja naik mengusap wajah wanita itu. Bondanya semakin tidak terkawal tangisnya. Pilu, sedih bersatu, mengetahui hayat Iskandar mungkin tidak lama.
" Ampunkan anakanda..dari sejak lahir hingga kini. Susu bonda yang mengenyangkan anakanda, hingga anakanda tumbuh membesar. Hingga saat anakanda bertemu cinta hati anakanda, berkat doa bonda. Terima kasih atas segalanya bonda. Semoga dewa memberkatimu bonda."
Dada Iskandar mula turun naik. Cik Puan Seroja lantas memeluk tubuh anak sulungnya. Dia dalam cubaan untuk pasrah, untuk redha. Bahawa hayat Iskandar hanya sementara.
" Bonda.. maafkan.. dan halalkan.. pergilah anakku Iskandar, berbahagialah kamu dengan cinta hati kamu.."
Serentak itu, tangan Iskandar yang memeluk Cik Puan Seroja longlai jatuh ke sisi.
Dan ruang kamar Putera Mahkota Iskandar sekali lagi bergema dengan tangisan pilu.
———————————————
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...