Seisi istana gempar akan kematian mengejut Puteri Nisa dan Puteri Nila, isteri dan anak Putera Mahkota Raja Iskandar. Keduanya dijumpai saling berpelukan dalam kamar, kelihatan selesai menjamah makanan tengahari.Lebih haru, mereka dijumpai oleh Putera Mahkota Iskandar sendiri. Meraung raung Raja Iskandar memeluk tubuh kaku keduanya. Sehingga Putera Andhika terpaksa memujuk lembut, barulah Iskandar melepaskan mayat kedua duanya.
Lelaki itu kelihatan cukup lemah dan langsung tiada semangat untuk meneruskan hidup.
Siasatan dijalankan segera. Pegawai penyiasat khas istana mengambil masa selama beberapa hari sebelum mengenal pasti jenis punca kematian Puteri Nisa dan anaknya.
Mereka yakin bahawa sup sawi itu adalah punca. Seseorang telah meletakkan racun pembunuh kedalam sup itu. Tetapi kenapa Puteri Nisa yang menjadi sasaran? Wanita itu tiada langsung punyai kepentingan melainkan hanya status sebagai isteri Putera Mahkota dan bakal Permaisuri Langkasuka.
Adakah seseorang tidak mahukan Iskandar naik takhta? Tapi siapa? Siapa yang akan dapat kemudahan sebegitu dengan melemahkan Iskandar?
Tukang masak istana ditangkap dan disoal siasat. Menangis wanita itu tatkala diasak persoalan bertubi tubi. Namun si wanita tukang masak itu tidak mengaku tentangnya.
"Hamba masak seperti biasa Tuan Hakim Buana. Setelah itu dayang Salha yang menatang makanan itu ke kamar Putera Mahkota." Wanita tukang masak, Hara teresak esak membalas.
Buana mendengus.
" Dari mana sayur sawi itu datang?" Soal Buana garang.
Hara menggeleng pantas.
" Hamba tidak tahu, bakul berisi sawi itu sudah terletak di dapur istana ketika hamba masuk ke sana. Hamba juga dapat pesanan dari kamar Cik Puan Seri Puteri Nisa, mahukan sup sawi jadi hamba fikirkan bakul ini adalah untuk itu." Cerita Hara, wajahnya benar benar tertekan.
Buana lepas keluh. Sukar untuk ditebak siapa pelakunya. Hara juga sungguh sungguh menafikan.
" Pengawal, bawa Hara ke penjara. Siasatan perlu diteruskan."
——————————————
Pengumuman akan kematian Puteri Nisa dan anaknya Puteri Nila nyata mengejutkan seluruh rakyat Langkasuka. Penghormatan terakhir diberikan. Berpusu pusu rakyat jelata datang untuk mengucapkan takziah pada Putera Iskandar. Lelaki itu tampak cukup sedih.
Sebab musabab kematian tidak didedahkan.
Hazel mengikuti keluarga Tun Utama ke perkarangan istana. Suasana muram cukup terasa. Dan disitu barulah Hazel tahu, mereka ini bukan beragama Islam. Mereka seperti menyembah sesuatu yang menjadi unsur alam. Seperti pokok atau langit. Seperti yang dilihat kini, kelihatan mereka berdoa ke langit, memohon agar dewa menurunkan rahmat kepada kedua roh yang akan ke langit.
Serta merta Hazel meneguk air liur.
Habis selama ini tekak dia belasah makanan makanan itu tak halal ke? Hazel mencongak congak hari dia berada disini, dan dia menarik nafas lega. Rupanya selama ini dia memakan ikan dan sayur. Belum lagi dia menyentuh sebarang daging. Dan rasanya rumah Tun Utama tak pernah lagi makan daging atau ayam.
Nampaknya dia terpaksa berhati hati. Biarpun masakan lain atau perkakas mungkin sudah bercampur dengan yang tidak halal hingga boleh mendatangkan syubhah, tetapi Hazel terpaksa redha. Darurat.
Hazel juga tersedar sesuatu. Sehingga ke hari ini, dia langsung tidak solat. Allahu, ampunkan hamba, hamba leka sungguh.
"Hazel," Melati menyenggol siku Hazel.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...