48

1.4K 141 46
                                    


Hazel terlopong melihat kamar bilik rahsia itu.

Hanya sekadar sebuah bilik biasa yang mempunyai katil, rak buku, meja dan satu ruangan luas.  Bukan seperti bilik yang difikirkannya selama ini.

Bau dan aroma kamar tersebut Hazel sangat kenal, bahawa ianya milik Andhika.

Hazel berjalan menuju ke arah meja yang mengandungi susunan buku nota yang agak bersepah. Seolah olah pemilik kamar itu menulis di dalamnya dengan rasa resah.

Satu buku nota di ambil. Hazel membelek belek helaian nota itu. Hanya lukisan lukisan biasa dan kelihatan buruk.

" Buruk beno lukisnya. Baik tak payah lukis," omel Hazel sambil menjuih bibir sedikit.

Buku seterusnya diambil. Terdapat tulisan tulisan rumi yang biasa dibaca. Andhika tulis puisi? Tapi sekejap.

Hazel kerut dahi.

Macam mana mamat ni boleh faham dan tulis bahasa Melayu?

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Untungnya Puteri Liza, hmm. Aku ni, melukut tepi gantang je lah. Gumam Hazel.

Helaian seterusnya diselak. Ada puisi lagi.

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu

Ini mesti kata kata khas buat ayahanda dia. Kesian. Dia mesti rasa macam betul betul kehausan kasih sayang kan.

Helaian seterusnya diselak selak lagi hingga terhenti pada satu helaian akhir yang kelihatan seperti belum habis ditulis. Masih lagi tulisan seakan puisi.

Kerana hanya dirimu belahan jiwaku
Pelengkapku di dunia.

Hmm mungkin buku ini menceritakan luahan luahan rasa dia terhadap seseorang. Untung la ye Puteri Liza, ada yang memuja diri gadis itu dalam diam.

Tapi aneh ya, perkataan perkataan dalam buku itu seperti pernah didengar, seperti tidak asing di telinganya. Macam satu lagu.

Buku itu ditutup dan diletakkan di atas meja. Satu lagi buku diambil dan diselak helaiannya. Kali ini ianya mengandungi lukisan lukisan pelik.

Helaian buku itu diselak lagi.

Matanya tertacap pada satu helaian. Lukisan itu agak aneh baginya. Seketika kemudian Hazel melopong.

Ini gambar kereta! Gambar sebiji kereta.

Bagaimana Andhika mengetahui tentang kereta? Dia..dia bukan orang sezamannya.

Helaian sebelahnya diselak dan sekali lagi Hazel terlopong.

Ini lukisan gambar komputer atau pun mungkin komputer riba! Oh my god!

Hazel tidak mampu berkata kata.

Siapa Andhika ini sebenarnya?

Bunyi di luar kamar membuatkan Hazel menutup buku dengan pantas. Seseorang sedang menghampiri bilik ini. Seseorang mahu memasuki bilik ini. Hazel berpaling ke seluruh pelusuk kamar mencari tempat menyembunyikan diri yang sesuai, sebelum dia menjumpai ruang bawah katil.

Segera tubuh kecilnya menyorok di situ dan tepat pada masanya, pintu dibuka.

Dari arah pandangan Hazel, dia hanya nampak sepasang kaki sahaja sedang bergerak mengelilingi kamar itu sebelum si figura itu berhenti seketika. Entah apa yang dilakukan oleh figura itu sebelum dia membentangkan sesuatu seakan kain di atas ruang luas di tengah bilik dan berdiri di atasnya.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now