55

1.2K 138 24
                                    


Susuk tubuh tua yang terbaring itu tampak memilukan di mata Hazel. Dengan bantuan Orked yang memapah, Hazel menghampiri Cik Puan Seroja dan duduk bersimpuh ditepi wanita yang terbaring tenang itu.

Mujurlah dengan bantuan dari dalam, iaitu Sura dan Kaseh, Hazel berjaya masuk ke dalam kamar peribadi Cik Puan Seroja. Walaupun begitu, Hazel tahu masanya tidak lama untuk dia menatap ibu kandungnya. Sekurang kurangnya dia dapat melihat rupa ibunya yang sebenar, walau agak aneh caranya kerana mereka dipisahkan waktu, zaman dan dimensi.

Mengenangkan semua itu, air matanya tiba tiba tumpah. Dirinya terpisah dari ibunya sendiri angkara ketamakan dan kejahilan manusia yang bergelar bapa kandung, yang menganggap bahawa anak perempuan pembawa malang. Jika mereka hidup berlandaskan keimanan agama Islam yang benar, sudah tentu kepercayaan mengarut itu tidak ada.

Namun apakah dayanya, dia juga tidak mampu melawan takdir Tuhan. Takdir Tuhan jugalah yang membuka ruang perasaannya pada Andhika. Kerana itu, biarlah dia berkorban rasa. Kerana lebih baik Andhika tetap di Langkasuka. Dan lebih baik jejaka itu terus membencinya disebalik kisah yang sebenarnya.

Lebih baik begitu.

Air matanya dikesat dan rambut Cik Puan Seroja diusap lembut. Nampak tenang raut wajah wanita separuh umur itu. Bibirnya seakan mahu memanggil panggilan yang hak, Ibu.

Tetapi entah mengapa ianya hanya mampu terucap dalam hati.

Mungkin kerana dirinya yang langsung tidak ada sentuhan dari Cik Puan Seroja sejak kecil, yang tidak disusukan, didodoikan mahupun dipeluk, membuat Hazel terasa tidak punya hak dan kelayakan.

Kerana satu satunya anak buat Cik Puan Seroja adalah Andhika.

Bukan dia.

Hazel mengetap bibir, mahu menahan tangisan yang semakin teresak. Kali ini benarlah dia terasa keseorangan dalam dunia. Ibu yang tidak mengenalinya dan bapa yang tidak mengiktirafnya sebagai anak. Manakala ibu bapa di Awana bukanlah yang melahirkannya ke dunia. Dia tidak punya keluarga, mahupun adik beradik yang mengetahui kewujudannya.

Teringat akan Putera Emir, oh ya mungkin juga jejaka itu merupakan adik kandungnya. Hazel kesat air mata, langsung dia tidak teringat akan si Putera Emir itu.

Tidak apalah, lebih baik juga dia tidak tahu.

" Cik Puan, kita perlu pergi sekarang. Menjelang tengah malam Bulan Merah itu mungkin akan muncul," bisik Orked perlahan .

Hazel mengangguk, akur. Ini masanya dia lepaskan segalanya. Malam ini mengikut jangkaan bulan Merah akan muncul. Inilah jalan dan satu satunya penyelesaian buat semua. Tinggalkan dunia Langkasuka dan jangan berpaling lagi.

Dia mendekatkan bibir ke dahi Cik Puan Seroja dan mengucupnya lembut.

Kucupan terakhir dari seorang anak.

" Hazel mohon ampun atas semuanya Ibu.." sebak suara menutur perlahan ke telinga wanita itu. Difahamkan bahawa Cik Puan Seroja masih tidak sedarkan diri sejak dari peristiwa serangan istana tempoh hari. Orked memaklumkan ketika kejadian serangan itu, Cik Puan Seroja sekali lagi mengalami kejadian rasukan ( yang Hazel andaikan sebagai serangan sawan) dan terus tidak sedarkan diri.

" Hazel terpaksa..Hazel tak tahu Ibu, apakah tindakan Hazel ini benar?" sambung Hazel sambil mengesat air mata.

" Tapi ketahuilah ibu, dari sudut hati Hazel, Hazel berterima kasih pada Ibu, kerana melahirkan Hazel ke dunia ini. Walau Ibu takkan boleh tahu kewujudan anak ibu ini dalam hidup ibu, tapi Hazel tahu ini yang terbaik untuk kita," sekali lagi Hazel mengusap ubun kepala Cik Puan Seroja dengan perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now