8 : Come Rain Or Shine

4.7K 338 13
                                    

Evaretz

"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik."

"Kau cakap apa tadi? Mama aku bukan pelacur, lah sial! Mama aku bukan pelacur! Kau sebut lagi, pecah kepala kau nanti! Mama aku bukan pelacur!" Fatih mengamuk, batang kayu sebesar lengan orang dewasa dipukul pada tubuh seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun kira-kira sebayanya. Bak! Bak! Bak

"Anak pelacur! Anak pelacur! Anak pelacur! Eh, budak baru tu anak pelacur tau tak?! Mak dia ayah aku kata siap ada video porno lagi! Kenapa kau pandang aku macam tu, anak pelacur?! Kau nak tumbuk muka aku? Ha, tumbuk! Tumbuk muka aku sekarang!" Kolar baju sekolah Fatih direnggut, bak! Tubuh kecilnya terpelanting ke luar kelas. Serentak itu, ketawa beberapa orang budak lelaki bergema.

"Anak kau pukul kawan sekolah dia sampai masuk ICU , Faridh! Mak bapak budak tu siap nak keluarkan saman kalau terjadi apa-apa dekat anak mereka. Kau dengar tak, Faridh?! Kau tak pernah ajar anak kau ke?!" Engku Firq berang dalam bilik. Memaki Engku Faridh dalam corong telefon.

"Jangan percaya sangat dengan orang. Keluarga sendiri pun sanggup buat khianat kalau memang hati tu dah hitam. Jadi, kau kena berhati-hati dengan apa yang ada di sekeliling kau. Rambut sama hitam, hati lain-lain Fatih."

Buk!

Kakinya pantas melibas punching beg untuk yang terakhir kali. Glof Hayabusa tersarung dua belah tangan dirungkai lantas ditikam malas ke dalam sebuah bakul.

Engku Fatih capai telefon miliknya yang masih menjerit-jerit minta perhatian sejak tadi. Nama Nazri terpapar pada skrin telefon.

"Engku Fatih, rasanya tak ada maklumat lagi fasal perempuan tu ada saudara-mara. Dia dah sebatang kara."

"Hasil siasatan, arwah mak bapak dia juga pernah berhutang dengan Engku Faridh. Dah kerja dekat Evaretz cuma 8 bulan saja sebelum benda ni berlaku." Sambung Nazri.

Engku Fatih diam. Sedikit tertarik untuk mendengar lebih lanjut penjelasan Nazri.

"She is 25. Nama sebenar Ezarra Aisya."

Ezarra Aisya? Nama yang cantik dan indah tapi orangnya sangat musibat.

"Aku nak kau tahu yang Evaretz ni macam ada hantu. Pagi tadi aku nampak muka perempuan tu ada luka siap ada huruf F yang aku tak tahu apa maksudnya apa. Macam ada lagi hantu yang nak perkenalkan diri dia dekat aku." Engku Fatih suarakan apa yang masih tidak kena dalam kotak fikirannya.

"Tapi kau jangan risau sebab ianya tak jelas. Boleh jadi perempuan tu sengaja cederakan diri dia. Tapi, jangan pandang terlalu remeh dengan semua ni."

"Jangan risau, Engku. Kes ni baru bermula. Lambat-laun akan tahu juga siapa punya kerja tak guna ni."

"Macammana keadaan Engku Feriza?" Lebih satu minggu berada di Evaretz, cuma satu yang Engku Fatih selalu risau. Keadaan Engku Feriza yang masih tak stabil. Dia faham Engku Feriza mahukan perhatiannya waktu ini.

"Macam biasa, Engku. Menangis dan berkurung dalam bilik."

Engku Fatih angguk kepala faham. Untuk mengembalikan Engku Feriza yang dulu, Engku Fatih rasa bukan mudah. Tak ada lagi Engku Feriza yang ceria. Tak ada lagi Engku Feriza yang selalu menghangatkan suasana Panderosa.

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now