1 : Bite The Bullet

7.4K 410 13
                                    

Panderosa

"ENGKU,CHARMOMILE TEA." Basri letak secawan teh atas meja Engku Andara. Menyedari tak ada ayat dan Engku Andara masih diselabungi lamunan panjang, ketua pengurus orang gaji tersebut langsung bergerak ke arah pintu utama.

"Basri."

"Ada apa Engku?"

"Awal-awal tak ada nampak muka cucu saya. Engku Fatih pergi mana awal-awal pagi tak ada di Ponderosa?"

"Kata Nazri, mereka ke Evaretz."

"What purpose?"

"Uruskan hal-hal arwah Engku Faridh. Lain-lain sebab saya tak berapa tahu, Engku. Engku boleh tanya Engku Fatih sendiri ataupun Nazri." Jelas Basri. Menitipkan apa yang dia tahu. Bercerita lebih-lebih bukan kerjanya. Nanti tak fasal-fasal kena dengan Engku Fatih Adam.

"Nazri tak sepatutnya bawa Engku Fatih lagi ke Evaretz. Rasanya hal itu saya dah ajukan pada Mukhriz untuk handle benda yang tertinggal." Cetus Engku Andara. Engku Fatih semestinya patut berehat terlebih dulu memandangkan pemuda itu masih terpukul dengan pemergian Engku Faridh tapi masih berdegil berulang alik ke Evaretz.

"Ada apa yang saya boleh bantu, Engku?" Tanya Basri.

"Tak ada. Saya boleh bercakap sendiri dengan Nazri. Macam mana keadaan Engku Feriza pagi ni? Dah bangun?"

"Saya rasa sikit ceria, Engku. Zuhra cakap belum bangun." Cerita Basri. Semalam, Ponderosa digemparkan dengan berita Engku Feriza ditemui pengsan dalam tab bilik air. Begitu juga, disyaki ingin membunuh diri kerana ada kesan kelar di pergelangan tangan. Tapi nasiblah Engku Feriza tidak apa-apa selepas dikejarkan lekas ke hospital.

"Bagitahu Zuhra check keadaan Feriza setiap 1 jam. Kalau dia tak bagi masuk bilik, cakap ini arahan Engku Andara. Kita tak boleh biarkan dia sorang-sorang dalam bilik lama sangat. Jangan lupa tukar bunga segar dalam bilik saya." Arah Engku Andara. Setiap orang di dalam rumah harus berjaga-jaga dan mengawasi tindak-tanduk Engku Feriza yang kadangkala diluar kawalan selepas kematian Engku Faridh beberapa hari yang lepas. Engku Feriza masih tidak mampu menerima pemergian ayahnya yang cukup tragis tiga hari lalu.

"Baik Engku." Basri mengganguk sebelum bayangannya ditelan pintu utama.

Engku Andara huraikan keluhan panjang. Kematian Engku Faridh masih dalam siasatan. Tak ada bukti penemuan pisau atau benda tajam disekitar kejadian tapi lihat dari luka di bahagian peha dan perutnya, Engku Faridh yakin ditikam dengan alatan tajam. Juga bertambah pelik kawasan itu sepatutnya dalam liputan kamera litar tertutup tapi data-data litar tertutup dicuri selepas kejadian itu. Siapa pelakunya masih menjadi tanda tanya.

Engku Andara tekan tanda merah pada paparan skrin selepas menyedari telefon pintar Engku Fatih dalam kawasan tiada rangkaian dan sangat susah untuk disambungkan

×××

Tiga hari sebelumnya.

JAM BERDENTING tunjuk pukul sepuluh malam. Mek Hayati kelihatan terhendap-hendap menghampiri Ezarra yang masih mengunci tubuh pada satu tiang besar rumah agam itu.

"Kau dengar sini, nak. Lepas ni jangan sesekali tunjuk muka dalam kawasan ni atau kawasan-kawasan yang dekat sini. Kalau nak lari, sila lari jauh. Jangan balik lagi. Lari jauh sejauh yang mungkin. Sebab apa? Dia tak akan berhenti kejar kau. Dia tu bahaya! Pihak berkuasa pun tak berani hadap dia. Orang-orang dia banyak. Kau ingat tu! Lari jauh!" Amaran Mek Hayati pada wajah muda Ezarra.

"Baik, Mek."

"Kau masih muda, Ezarra. Memang patut pun kau tak perlu ikut telunjuk dia. Kita ni orang gaji tapi kita masih ada maruah. Kau tak perlu takut. Hutang mak ayah kau lupakan. Itu hutang arwah mak dan arwah ayah kau. Kau tak perlu bayar sesen pun! Bukan salah kau, bukan hutang kau."

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now