Evaretz
KELOPAK mata yang terkatup rapat dibuai lena tadi tiba-tiba terbuka kencang. Mimpi itu... Mimpi ngeri itu lagi. Semenjak kematian Engku Faridh mimpi ngeri itu seringkali menghantui tidur lenanya dan apa mesejnya sangatlah tidak jelas. Engku Fatih kebilkan matanya dalam gelap malam. Mengambil masa beberapa minit untuk menenangkan diri dan berfikir sejenak.
Tubuhnya kelihatan bingkas menuju ke meja komputer. Mencekau telefon pintarnya atas meja. Nombor seseorang didail perlahan papan skrin telefon. Talian bersambung dengan talian Engku Andara.
"Fatih?"
"Fatih ada marah dekat nenda ke? Nenda minta maaf, sayang. Nenda risau sebab Fatih tak jawab call nenda. Feriza ada tanya Fatih dekat mana." Serak suara Engku Andara dalam corong telefon.
"Fatih rindu daddy."
"Fatih rindukan daddy sangat, nenda." Letus Engku Fatih datar. Menahan dada yang padat dan sendat. Di malam yang sejuk dan dingin ini, hanya Yang Maha Esa saja tahu dia sangat perlukan Engku Faridh.
"Ya Allah, kasihannya cucu nenda. Kalau Fatih dekat nenda, nenda dah lama peluk Fatih. Kita ni manusia biasa, Fatih. Kita tak akan lari dari cubaan Allah. Kita mesti terima Qada dan Qadar Allah. Itulah yang selalu nenda pesan dekat Fatih dan Feriza."
"Fatih dah dewasa. Nenda juga tak selamanya boleh jaga Fatih dan Feriza. Nenda tahu cucu nenda seorang lelaki yang kuat dan tak akan menyerah dengan segala apa cabaran dunia."
"Fatih balik esok, ya?"
"Lupakan dulu fasal arwah daddy. Fatih kena redha. Nenda tahu benda ni sukar tapi Fatih serahkan segala perih itu pada Allah. Fatih berehat dulu." Pujuk Engku Andara lembut.
"Isabella juga ada cari Fatih. Fatih tak nak jumpa Bella? Fatih tak rindu Bella? Nenda tunggu jawapan Fatih. Esok kalau Fatih balik kita bincang sama-sama, ya? Fatih?"
"Fatih?"
"Fatih akan balik ke Panderosa bila Fatih dah puas. Bila Fatih dah tenang. Bila perempuan tu dah mati dalam tangan Fatih."
"Fatih cakap apa ni? Fatih nak bunuh siapa? Cukuplah, Fatih. Biar Engku Farish yang buat. Biar pihak berkuasa siasat. Fatih balik uruskan Panderosa macam sebelum ni. Evaretz bukan tempat Fatih." Sangkal Engku Andara.
Evaretz bukan tempat Fatih.
"Fatih?"
Tut-tut.
Engku Fatih sentuh tanda merah. Evaretz bukan tempat dia? Sekarang Evaretz adalah tempat dia. Tempat ayahnya mati dibunuh kejam. Evaretz harus dibersihkan bekas darah Engku Faridh barulah boleh pujuk dia balik semula ke Panderosa. Tak kira apa alasannya, pelacur itu haruslah mampus terlebih dahulu selepas dia puas menyeksa.
×××
"ENGKU FATIH." Sergahan suara Encik Nasser menghentikan aktiviti Engku Fatih yang sedang memasang tali bridle pada kuda kesayangannya, Leon. Sahutan paling malas dilontar pada Encik Nasser.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romance"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...