Tiga hari selepas kematian Engku Faridh Husin.
SEBUAH FORTUNER LEGENDER hitam kelihatan sedang membelah laju jalan raya berturap tetapi sempit dan kiri kanannya diapit hutan tebal yang menghijau. Laju selajunya bak pemandunya sedang diamuk kemarahan tahap paling tinggi.
Langit menjelang hitam, angin bertiup ganas manakala rintik-rintik bening mulai mengganas menghempas ke bumi.
Di dalam pacuan empat roda itu ada sosok tubuh yang sedang menggeletar ketakutan. Pergelangan tangannya digari ke belakang manakala kakinya diikat ketat dengan menggunakan tali rafia. Kepala pula ditutup dengan kain hitam. Rasa pitam akibat pening dan kekurangan oksigen ditahan sedaya-upaya dia mampu kerna suaranya dilarang sama sekali keluar dari tekak.
Perempuan itu-Ezarra Aisya.
Perempuan yang harus membayar segala perhitungannya dan setiap titis air mata Engku Fatih Adam.
Dan, nyawa Engku Faridh Husin.
Jari-jemari pucatnya masih berlaga sesama sendiri. Sejuk dan dinginnya lain macam. Bulu roma dari tengkuk hingga ke betis tegak berdiri.
Tiga hari peristiwa telah berlalu, tapi mimpi ngeri itu makin berlanjutan hingga ke hari ini. Ezarra tak pasti bila ia berakhir.
Esok? Lusa? Tulat? Minggu seterusnya? Bulan hadapan? Atau selamanya?
Tapi, Ezarra sendiri pasti hukuman ini masih lama jika dilihat dari pancaran mata Engku Fatih!
Fortuner Lagender tersebut tiba-tiba membrek mengejut sampaikan tubuh kecil Ezarra sedikit terhumban ke depan. Siap terhantuk pada belakang kerusi pemandu. Bak!
Sosok sasa Engku Fatih kelihatan keluar dari kereta itu, kemudian mencapai picu kereta di tempat duduk belakang. Kain hitam yang menutupi keseluruhan kepala Ezarra pantas diruntun.
Ezarra kerdip kelopak mata perlahan tika wajah bengis Engku Fatih kian terpampang depan mata. Rasa pening tadi langsung hilang entah ke mana bertukar dengan rasa gerun yang tak dapat terucap dengan kata-kata.
"Aku memang tak boleh lagi lihat muka kau, pembunuh. Seharusnya dari awal lagi aku dah buang kau dalam hutan ni. Buat apa aku nak simpan pembunuh macam kau ni lama-lama," Getus Engku Fatih dalam siap merentap rambut ikal Ezarra.
"Engku..."
"Keluar dari kereta ni!" Jerkah Engku Fatih seraya menghumban keluar tubuh lemah Ezarra. Bak! Ezarra yang tidak dapat menstabilkan posisi badannya terus tersungkur atas jalan.
"Engku... Engku Fatih, maafkan saya. Maafkan saya..." Ezarra mahu mengeluarkan patah perkataan tapi terasa tertinggal semuanya dalam anak tekak. Ezarra bangun saat Engku Fatih merapatinya perlahan. Sakit dan perit kian mengigit luka pada lutut dan siku akibat tergeser pada permukaan tar yang kasar tidak dihiraukan.
"Kau cakap apa tadi?"
Ezarra dongak kepala pada wajah garang Engku Fatih.
"Kau cakap apa tadi?!" Nod Engku Fatih yang baru saja merudum jatuh terus mencanak tinggi semula. Pipi Ezarra jadi habuan. Dicengkam sekuat hatinya.
"Engku... Engku Fa.. Fatih..."
"Engku Fatih. Engku Fatih Adam." Ezarra kuatkan diri. Buang gagap dalam nama Engku Fatih saat pemuda itu makin kuat memberi cengkaman pada rahangnya.
"Kau kenal aku, perempuan?"
Engku Fatih Adam.
Ya, dia kenal pemuda itu sewaktu dia lari daripada orang-orang Engku Faridh Husin sebelum hari pernikahannya dengan Engku Faridh. Tiada siapa sangka bahwa lelaki yang berusaha menyelamatkannya pada malam itu juga salah satu keturunan iblis Engku Faridh. Engku Fatih penyelamat , Engku Fatih juga syaitan menyerahkannya semula di bawah genggaman Engku Faridh! Selayaknya , Engku Faridh mesti mati juga malam itu.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Roman d'amour"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...