Evaretz
TSHIRT POLO berwarna navy blue jadi pilihan digandingkan dengan seluar kargo hitam. Jam tangan setia di tangan dikerling. Pukul 9 pagi. Celaka, sekarang dah masuk pukul 9 pagi pelacur murahan itu masih tidak memunculkan diri di depan mansion?
Kunci atv atas meja disambar.
Rahang diketap. Laju bayangannya menerobos keluar kamar. Gigi tangga dituruni laju. Pagi-pagi dah menaikkan suhu badannya. Kali ini memang dia tak akan berlembut lagi. Ini dah lebih masa. Tak akan!
"Selamat pagi, Engku Fatih. Engku Fatih?"
Salah seorang orang gaji mansion Evaretz kelihatan terkejut dengan kehadiran Engku Fatih yang kelihatan tergesa-gesa bersama wajah ketat lalu di depannya. Dulang yang tersedia dengan makanan dan segelas susu kambing dipamerkan pada Engku Fatih.
"Engku Fatih nak keluar sekarang? Saya ada bawakan sarapan untuk Engku. Saya minta maaf kalau saya lambat." Ujar wanita itu. Takut-takut mengangkat muka pada Engku Fatih.
"Pengurus orang gaji dekat sini siapa?" Engku Fatih keluarkan soalan.
"Encik Nasser, Engku Fatih."
"Sekarang dah pukul berapa baru nak hantar sarapan?"
"Pukul 9 pagi, Engku Fatih. Masa berkerja mula dari pukul 9 pagi sampai pukul 12 malam sahaja."
"Korang ingat Evaretz ni apa? Kedai? Baru nak beroperasi pukul 9 pagi?!" Bom Engku Fatih. Encik Nasser yang kebetulan mendengar suara lantang Engku Fatih segera mampir laju ke arah pemuda itu.
"Maaf, Engku."
"Kau siapa?" Engku Fatih palingkan tengkuk pada seorang lelaki separuh umur yang baru saja datang menyibuk di antara dia dan orang gaji tadi.
"Saya Encik Nasser, Engku. Kalau Engku tak berkenan dengan masa kerja di Evaretz saya boleh gubal dengan masa baru sebab ini masa yang ditetapkan oleh arwah Engku Faridh."
"Setiap pengurus akan belajar cara nak urus mansion di Panderosa. Apa kau dah belajar di Panderosa itulah yang akan kau terapkan di Evaretz bukan suka suka-suki ubah rules walaupun itu arahan daripada Engku Faridh."
"Aku bukan Engku Faridh. Jangan samakan aku dengan Engku Faridh! Aku tak minum susu! Aku tak makan benda bergoreng awal-awal pagi!" Tempik Engku Fatih. Bang! Dulang sarapan sedang ditatang orang gaji tadi ditepis ke tepi. Prang!
"Maaf. Maaf, Engku Fatih." Encik Nasser cepat-cepat menunduk muka setelah menerima tindakan agresif Engku Fatih. Tergamam. Engku Fatih sangat berbeza dengan Engku Faridh. Tegas macam mana pun Engku Faridh dengan pekerjanya, tapi tidak seganas Engku Fatih yang satu ini.
"Engku Fatih."
Suara lemah seorang perempuan tiba-tiba muncul di depan pintu utama Mansion Evaretz. Memakukan mata-mata yang sedang melihat keadaannya yang kotor dan berbau hancing.
Ezarra juga tak berani memandang wajah Engku Fatih.
"Dah pukul berapa sekarang? Semalam sebelum pukul 6 pagi aku dah suruh kau terpacak depan Evaretz, bukan?" Engku Fatih mara pada Ezarra.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romance"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...