Panderosa
MANSION PANDEROSA kelihatan gah di pandangan mata orang luar yang melihatnya tapi tidak tahu betapa dingin dan bekunya mansion itu.
Kelihatan sebuah kereta mewah jenama Mercedez Benz X253 sedang perlahan masuk ke tempat parkir kereta.
Tak lama selepas itu, keluar seorang lelaki tidak kurang sebaya arwah Engku Faridh dari Mercedez Benz X253 tadi. Engku Farish terus menerjah Panderosa.
"Selamat tengahari, Engku Farish." Terkejut, Basri yang baru saja keluar dari kamar Engku Andara laju tunduk kepala setelah muka Engku Farish tiba-tiba saja mengisi ruang mata.
"Silakan masuk, Engku." Pelawa Basri tanpa melihat ke wajah Engku Farish. Engku Farish juga tidak kurang dingin seperti Engku Fatih dan Engku Faridh. Begitu juga dengan anak tunggal Engku Farish yang masih menetap di luar negara, Engku Firman. Cuma yang dilihat selalu murah dengan senyuman ialah cuma Engku Feriza saja.
"Masuk Farish."
Engku Farish masuk selamba ke dalam kamar. Envelop kuning dalam tangan dibuka di depan Engku Andara. Lima keping gambar diuraikan atas meja. Bagi Engku Andara melihat dengan lebih jelas apa kelakuan Engku Fatih di Evaretz sekarang ini.
Tak ada ayat keluar bibir Engku Andara cuma mampu menarik nafas ke dalam dada yang sendat.
"Simpan balik."
"Farish dah buat apa yang mama nak. Biarpun tak hebat macam cucu kesayangan mama."
"Tak apa. Kita biarkan saja dulu. Mama akan ke Evaretz secepat yang mungkin sebab kita tak boleh ni berlarutan takut akan jadi maksiat." Engku Andara rasanya tak boleh berlembut lagi dengan Engku Fatih. Melampau. Engku Fatih melampau!
"Perempuan tu tinggal di Evaretz?"
"Ya." Tukas Engku Farish yakin. Sangat pasti Engku Fatih memang sedang menyimpan perempuan itu di Evaretz. Kepingan gambar disimpan satu-persatu ke dalam envelop kuning tadi.
"Mama dah agak pasti ada benda yang Fatih sorokkan dari mama. Ini dah bulan ke-6. Fatih langsung tak ada jawapan untuk majlisnya dengan Isabella. Rupanya Fatih dah gila di Evaretz simpan perempuan simpanan. Fatih memang dah gila."
Engku Andara lentur nafas. Terpaksa lah dia berjawab dengan Che Puan Raihan jika Engku Fatih masih enggan memberi jawapan. Terpaksa menanggung malu kerana Engku Fatih sanggup menconteng arang.
"Mama akan ke Evaretz. Nak jawapan dari Fatih sendiri. Kalau betul, kita akan kahwinkan dia perempuan tu daripada kita akan dilontarkan dengan pelbagai fitnah. Mama dah hilang sabar." Engku Andara nekad inilah jalan terbaik untuk mengajar Engku Fatih.
Engku Farish mengangguk. Apa saja keputusannya dia tak berhak untuk masuk campur. Engku Fatih bukan anak dia. Lagipun, lelaki itu dah tua bangka nak kenal baik buruk.
×××
Evaretz
DITENGAH teriknya kepanasan matahari, Engku Fatih tanpa perasaan mengheret Ezarra serupa anjing kurap naik turun bukit yang menghijau ditumbuhi oleh rumput-rumpit halus. Tapi kaki Ezarra tidak terlepas juga terpijak duri dari rumput semalu yang galak hidup di kawasan itu.
Peluh menitis tanpa henti. Haus dan lapar bermaharajela. Berpinar-pinar kepala Ezarra. Paling dia tidak tahan, rantai besi yang mengikat lehernya sekarang. Dikala dia berhenti Engku Fatih akan menyentaknya tanpa ada rasa berperikemanusiaan.
"Engku Fatih, tolong. Tolong berhenti. Saya dah tak larat. Engku Fatih." Ya Allah, hukuman apa lagi ini? Tuhan, cabutlah nyawaku. Hati Ezarra meronta-ronta tak tahan dalam diam. Dia terasa ingin saja menjerit disitu.
"Kau ingat aku peduli? Cepat sikit! Jangan sampai aku tarik rantai besi biar kepala kau terpelanting sekali!"
"Tolong, Engku Fatih. Engku Fatih boleh lepaskan saya pada pihak yang sepatutnya. Saya nak dihakim dengan undang-undang. Tak kisah hukuman apa yang patut saya hadapi. Hukuman mati mandatori pun saya sanggup...." Gumam Ezarra berintonasi lemah seperti ingin hilang nyawa.
Engku Fatih hempas rantai besi ke tanah. Tak pandai diam! Memang tak pandai diam ke betina ni?!
"Dari awal kau jumpa aku, kau memang tak layak dihakimi dengan undang-undang. Sebab apa yang kau dah buat langsung tak boleh dimaafkan! Kau cakap macammana aku nak maafkan kau?! Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu saja?!" Engku Fatih sepak pasir tepat muka Ezarra. Nasiblah perempuan itu tangkas mengelak akan serangan Engku Fatih.
"Ya Allah... " Ezarra merintih sendu.
"Ya Allah?! Kau sebut nama Allah depan aku?! Allah nak tolong ke perempuan keji macam kau? Kau lupa kah siapa diri kau sebelum ni? Kau pembunuh! Kau ni pembunuh! Kau faham tak? Eh, kau dah hilang ingatan ke apa? Sini, aku tolong ingatkan kau balik!" Engku Fatih tunjal berkali-kali kepala Ezarra.
"Tak ada siapa nak tolong kau. Tak ada siapa nak dengar kau! Termasuk kekasih kau yang bangsat tu! Kau dah kena gadai dekat Engku Faridh. Jadi, suka hati aku nak buat kau macam mana! Sebab tu bila jadi perempuan, jangan bodoh! Bila kau bodoh, inilah kau yang dapat!"
"Kenapa? Kau tak percaya? Lepas ni aku tunjukkan sikap sebenar kekasih kau tu! Sebab tu sanggup tikam Engku Faridh. Ini perhitungan yang kau harus bayar! Kau tak payah bising dekat telinga aku lah! Aku tahu apa yang aku buat!" Engku Fatih lepaskan kasar merungkai rambut Ezarra.
Rantai besi ditambat pada tangan semula. Ditariknya kuat sehingga Ezarra tersungkur ke depan. Brak!
Sakitnya terkena seksaan Engku Faridh tika ini, lagi saat kenyataan yang diungkapkan oleh Engku Faridh. Betulkah apa yang dia saja baru dengar? Dia dah dijual pada Engku Faridh? Emeer Ilham menjualkah?
"Kau buka mulut lagi, kau sedia saja peluru pistol ni masuk dalam anak tekak kau!" Lubang Glock-17 dituju tepi kening telinga Ezarra, seraya tangan kanannya menarik rantai supaya perempuan itu terus bergerak dari kawasan itu.
Ezarra mengucil. Membeku. Masih merumus ayat-ayat Engku Fatih. Maksudnya, Emeer Ilham masih hidup. Masih selamat di luar sana. Tapi, langsung tidak menepati janjinya ingin membawanya keluar dari neraka ini.
Akhirnya, mereka sampai di sebuah pondok. Sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu. Dibelakangnya penuh dengan paya dan rumput-rumput panjang meliar.
"Mulai hari ni, inilah tempat kau!" Engku Fatih dorong kasar tubuh Ezarra supaya cepat masuk ke dalam pondok tidak berkunci itu.
"Kau dengar sini. Aku dah perasan ada mata-mata yang memerhatikan aku di Evaretz. Jadi kalau ada apa-apa yang berlaku, aku nak kau tutup mulut. Jangan berani nak reka cerita." Mencerlang biji mata Engku Fatih pandang Ezarra.
"Engku jangan apa-apakan Emeer. "
"Oh, Emeer. Emeer Ilham? Mulai dari sekarang, kau lupakan jantan tu sebab kau dah buah hati baru. Kau dah ada Engku Fatih!" Tengking Engku Fatih lalu melepaskan gelak sinis. Dagu Ezarra dicekup.
"Pandang muka aku! Kau dah ada Engku Fatih! Engku Fatih yang akan buat kau selalu rasa ingin bunuh diri. Engku Fatih yang akan buat kau rasa hidup kau dunia ni cuma sia-sia. Engku Fatih yang buat kau rasa tak akan pernah maafkan diri kau sendiri!" Gertak Engku Fatih, dagu Ezarra ditepis kasar.
Kau dah ada Engku Fatih! Kau dah ada Engku Fatih! Kau dah Engku Fatih! Ezarra lekas menekap telinganya kuat. Menangis kuat dan tersedu-sedu depan muka Engku Fatih.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romance"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...