YA ALLAH, belum habis lagikah? Engku Fatih belum penat lagi? Ezarra mengekori lemah langkah Engku Fatih dari belakang. Kelopak mata bertambah layu. Kepenatan semakin menumbuk setiap penjuru tubuh.
Kadangkala tarikan rantai besi di pergelangan tangannya menghidupkan semula Ezarra ke alam nyata. Sampailah mereka di kawasan bekas korekannya tadi.
Bak! Bak! Bak! Ezarra tersentak sepi. Tanpa sedar, tubuhnya bergolek cepat ke dalam lubang yang sangat muat untuk tubuh kecilnya. Wajah dingin Engku Fatih ditatap. Bursh! Ezarra tengadah saat segumpal tanah jatuh menghentam mukanya. Bursh! Bursh!
Ezarra berkalih ke kiri bila Engku Fatih galak menimbus tubuhnya di dalam lubang dengan tanah yang ada diluar lubang. Makin kuat esakan Ezarra, makin laju Engku Fatih menuang tanah ke dalam lubang. Hingga segalanya berhenti sesaat. Tubuh Ezarra tak mampu berkuit lagi. Oksigen juga sudahpun putus-putus.
"Engku... Engku Fatih." Ezarra geleng kepala.
"Engku Fatih, saya merayu."
"Saya tak sengaja."
"Aku nak tahu apa motif kau buat semua ni. Kenapa kau bunuh Engku Faridh?"
"Lihat muka kau, sama macam aku lihat bangkai anjing yang dah berulat! Kau ingat senang-senang macam ni saja cara kematian kau?!" Caci Engku Fatih.
"Tak ada kematian untuk kau. Tak ada!"
×××
Panderosa
"KIRA-KIRA pukul berapa Fatih balik dari Evaretz?" Che Puan Julita hantar soalan pada Engku Andara yang sedang mencicip teh di depannya.
"Maaf Julita, Aunty tak tahu. Dia balik pukul berapa Aunty tak tahu sebab kadang-kadang dia bermalam di Evaretz. Aunty dah cakap dekat Nazri supaya bawa Fatih balik Panderosa petang ini juga. Telefon dia langsung tak boleh dihubungi. Nazri cakap Fatih tak ada di Evaretz sejak pukul 6 pagi lagi."
"Tak apalah, nek. Mungkin Fatih nak tenangkan fikiran dia." Celah Isabella. Ya, sepatutnya Engku Fatih berada di sini pagi ini kerana ada sesuatu yang istimewa dia mahu berikan pada lelaki ini memandangkan hari ini adalah hari lelaki itu yang ke tiga puluh tahun.
"Sebenarnya, Bella nak beri barang ni dekat Fatih. Nanti nek beri pada Fatih, ya."
"Apa ni, Bella? Tak payahlah. Fatih tu dah besar kut." Kotak baldu berwarna biru tua itu langsung dibelek.
"Cantiknya. Triompe Gourmate bangle, isn't? Mesti nampak segak terus Fatih pakai ni." Seloroh Engku Andara. Tak pernah tahu pun cucu lelakinya suka pakai bangle. Paling tidakpun, cukup jam tangan Hermes saja tersarung di pergelangan pemuda itu.
"Thank you, nek. Gelang yang Fatih bagi haritu pun cantik. Bella suka sangat pakai."
Engku Andara tersenyum nipis. Fie Isolde bracelet, salah satu barang kemas kesayangan arwah Ratu Betrisha Yasmine. Wajib disarung pada sesiapa yang akan bergelar isteri kepada Engku Fatih Adam. Itu perintah Ratu Betrisha sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Julita rasa tak payah lagi tangguh perkahwinan Bella dengan Fatih. Cukup satu minggu ini saja. Minggu hadapan kita dah boleh prepare yang patut sebab Che Puan Raihan dah tanya macam-macam dekat Julita." Ujar Che Puan Julita, tak senang duduk setelah Engku Andara menyuarakan akan menangguhkan lagi perkahwinan Isabella dan Fatih ke minggu seterusnya ekoran Engku Feriza masih tak berapa sihat.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romantizm"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...