43 : Beat around the bush

1.3K 145 10
                                    

Bijirin makanan ikan dilemparkan ke dalam kolam. Sakit hatinya bagai diremuk kuat ketika ini. Pagi-pagi begini hanya Tuhan saja tahu betapa kecewanya dengan tindakan Engku Fatih.

"Puan Ezzara? Panggil saya ke?" Panggilan Nazri menghentikan tangan Ezzara dari menabur baja ikan ke dalam kolam.

"Ya, saya panggil awak." Jawab Ezzara dingin. Serius.

"Ada apa-apa tak kena ke? Mana Engku Fatih?"

"Masih tidur." Ezzara berpaling. Melangkah menghampiri si Nazri yang terpacak tegak di depannya.

"Ada apa puan panggil saya ke sini?"

"Suami saya ada bagitahu dan berjanji nak cari dimana keberadaan Effaniza."

"Ya, betul puan." Jawab Nazri pendek.

"Tapi sekarang dia dah batalkan pencarian tu secara diam-diam tanpa pengetahuan saya, betul?" Tebak Ezzara. Kalau Nazri menipu pun dia masih ada bukti bahawa Engku Fatih telah pun menghentikan pencarian Effaniza.

"Bukan dibatalkan tapi ditunda, puan. Sekarang ni Engku Fatih nak fokus jaga puan yang baru sembuh dari koma. Operasi ni akan diteruskan kalau puan betul-betul dah sembuh dari sebarang trauma."

Penjelasan Nazri mencetuskan ketawa sinis Ezzara. Nampaknya dia ni pun sama spesis dengan tuannya, Engku Fatih. Pandai menanam tebu di tepi bibir. Tapi menipu dan banyak agenda yang tak masuk akal.

"Dibatalkan, Nazri. Saya tak bodoh. Kalau awak nak menipu pun, saya masih ada bukti. Bukti itu saya tak perlu cakap saya dapat dari sumber mana."

Nazri terkedu. Lama meneliti tingkah Ezzara yang tenang. Betul kata Engku Fatih, perempuan ini telah berubah. Bukan perempuan polos dan lemah seperti dulu.

Mungkin impak dari koma dan amnesia itu perwatakan Ratu Evaretz ini berganti. Ingatan yang terhenti pada saat trauma masa kecil mungkin menjadikan Ezzara sangat berdendam dengan orang-orang Engku Faridh.

"Kalau puan masih nak cari Effaniza saya akan usulkan balik permintaan puan dekat Engku Fatih." Janji Nazri walaupun mereka telahpun menemui keberadaan Effaniza sekarang ini.

Tapi, malangnya wanita itu sudah lama meninggal dunia. Hasil siasatan, Effaniza ditemui mati membunuh diri di sebuah pangsapuri di bandar Kyoto, Jepun tiga tahun yang lalu. Juga, identiti Effaniza sudah ditukar kepada Diane Isabelle.

Mengetahui berita itu semalam, Engku Fatih langsung membatalkan pencarian tapi meneruskan siasatan kenapa identiti Effaniza ditukar dan punca mati membunuh diri di Jepun.

"Tak perlulah. Buang masa saja. Saya tak perlukan Engku Fatih dan orang-orang Engku Fatih hulurkan bantuan dekat saya. Termasuk awak, Nazri." Getus Ezzara sekali dengan jelingan tajam dia lemparkan pada wajah Nazri sebelum dia angkat kaki ingin membawa diri.

"Saya tahu awak taat dan takkan khianati Engku Fatih. Anggap perbualan kita ni habis dekat sini saja. Tak perlu ceritakan dekat Engku Fatih." Ezzara teruskan langkah meninggalkan Nazri.

"One day, the truth will prevail Che Puan. Sejahat dan sebaik mana pun Engku Fatih, dia tetap suami puan. Dia sayangkan puan sangat-sangat." Nazri titip ayat terakhir untuk Ezzara.

Sudah Nazri agak, Ezzara akan mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada Engku Fatih dan sudah semestinya benci Ezzara pada Engku Fatih akan makin bercambah.

Harap kau tak tidur di luar sajalah malam ni, Engku Fatih.

×××

"Bau sedap." Suara serak berbisik tepi telinganya mengejutkan Ezzara ralit membakar paha ayam di atas pan.

THE FATIH'S COURTWhere stories live. Discover now