Panderosa
VIDEO berdurasi 7 itu minit akhirnya dijeda semula setelah kepalanya naik pusing mengamati. Engku Andara tutup Ipad Air 5 miliknya ke dalam sebuah beg kecil. Kenapa bodohnya sistem siasatan sekarang ni tak ada sumber yang boleh menjelaskan lagi video tersebut?
"Assalamualaikum, saya nak bercakap dengan Engku Farish. Ada hal yang sangat mustahak saya nak bincangkan dengan dia."
"Ada apa, mama?"
"Farish, cuba Farish tengok video tu apa yang jadi sebenarnya?" Engku Andara bawa kaki ke balkoni. Bagaimana mereka bawa video itu sebagai bukti ke mahkamah jika bahan bukti telah berjaya disunting dan tidak jelas untuk dijadikan bahan bukti?
"Orang yang punya kerja ni bukan calang-calang orang sebab selepas Engku Faridh diserang, cctv kena hack. Semua data lesap. Pihak IT pun belum mampu selesaikan benda ni. Cuma ini yang mampu kami serahkan pada mama dulu. Tapi mama tahu kan, saspeknya adalah seorang wanita?"
"Iya, Farish. Mama dengar dia jerit nak bunuh Faridh. Sampai hati dia! Mama nak Farish selesaikan cepat benda ni. Mama tak nak tunggu lama-lama lagi." Beritahu Engku Andara.
"Ya, asal juga mama tahu Fatih yang awal dapat video ni. Fatih dan orang-orang dia. Jadi Farish susah nak buktikan lebih awal untuk mama tapi Farish cuba."
"Fatih?"
"Kalau Fatih yang awal jumpa, kenapa tak beritahu mama? Mama rasa nak jumpa Fatih sekarang juga. Fatih dah tiga hari tak balik ke Panderosa. Telefon pun tak boleh dihubungi. Mama nak Farish tolong tengok apa yang Fatih buat di Evaretz dulu." Arah Engku Andara pada anak bongsu nya itu.
Talian diputuskan segera. Engku Andara sambung mundar-mandir di depan balkoni. Pasti... Pasti ada yang tidak beres di Evaretz jika Engku Fatih sengaja mengelakkan diri darinya.
×××
HILUX ROGUE 4WD kelihatan berhenti di persimpangan lengang jauh jalan raya besar. Lima orang lelaki berpakaian hitam keluar dari pacuan empat empat tersebut disamping mengheret satu tubuh yang sedang longlai tidak bermaya. Kepala ditutup dengan kain hitam manakala kaki dan tangan diikat dengan tali kapal. Diheret jauh ke dalam hutan. Sekitar 300 meter dari kereta itu parkir.
ampai di satu tempat, disajikan dengan beberapa orang lelaki dewasa sedang menunggu di tempat yang dijanjikan.
Engku Fatih setapak meluru pada sekujur tubuh yang sedang melutut di depannya. Penumbuk dikepal kuat-kuat. Perhitungan inilah paling dia nanti-nantikan selepas beberapa hari menahan sabar. Engku Fatih enggan berdiam diri. Enggan!
Bak! Kepala dalam sarungan kain hitam dilibas sekuat hati dengan kakinya panjang. Tubuh Emeer Ilham langsung rebah ke belakang.
"Argh!" Emeer Ilham mengerang sakit. Tapi apakan daya, tenaganya benar-benar hilang sekarang ini.
"Aku nak tahu siapa lagi dengan pelacur tu bersengkongkol bunuh ayah aku..." Engku Fatih pagut rahang kuat-kuat. Kepala Emeer Ilham dipijak ke tanah dengan kasut Timberland.
"Argh! Argh! Argh! Bukan aku! Sumpah, bukan aku!" Teriak Emeer Ilham. Bergegar tubuhnya menahan kesakitan kepalanya yang hendak redak dipijak oleh Engku Fatih.
"Masih tak nak mengaku lagi?!" Engku Fatih rentap pistol hitam belakang seluar. Bang! Ditembak dekat-dekat kepala Emeer Ilham. Kepala Emeer Ilham ditekan lebih kuat dari biasa.
"Aku... Aku tak ada kena mengena lagi dengan betina tu! Aku dah jual! Malam tu asal Engku tahu Engku Faridh ada bagi aku duit pampasan supaya aku lari jauh dari betina tu. Aku dah tak ada urusan dengan betina tu!"
Engku Fatih angkat kakinya dari kepala Emeer Ilham. Ini lagi satu jantan paling sial dalam dunia. Ada buktikah? Sekarang pun masih larat nak menipu!
"Mana bukti Engku Faridh beli dari kau dan suruh kau blah jauh-jauh?! Mana?! Kau tunjukkan depan aku sekarang! Tunjuk!"
Engku Fatih tarik rambut Emeer Ilham supaya pemuda itu bangkit lekas dari pembaringannya. Lubang pistol dihenyak kuat tepi kening Emeer Ilham. Tak boleh. Tak boleh bersabar lagi!
"Dalam telefon aku. Mana telefon aku?" Emeer Ilham pandang salah seorang lelaki yang sedang berdiri di depannya. Pantas lelaki itu mengeluarkan sebiji telefon pintar keluar dari poket hoodie. Dibelek semua fail dan gambar yang ada dalam telefon pintar Emeer Ilham.
"Betul, Engku. Ada transaksi wang daripada akaun peribadi Engku Faridh sekitar 7 hari yang lalu. Yang sebelum ini pun ada. Transaksi berlaku selama dua bulan. Setiap satu hari ada transaksi berjumlah RM4000. Bermakna dia dah terima RM240 ribu dari Engku Faridh." Bicara Nazri jelas.
"Mereka macam ada perjanjian. Engku Faridh kena bayar setiap hari kalau dia nak teruskan hidup dengan perempuan tu. Saya rasa ada amaun lebih banyak dari ini yang Engku Faridh nak bagi dekat dia tapi takut akaun terkena saspek." Ucapan Nazri putus selepas Engku Fatih menyergah supaya berhenti.
"Baik."
Engku Fatih angguk faham. Jika begini lah kejadiannya, Engku Fatih tak mahu masuk campur lagi. Ini perjanjian Engku Faridh dan Emeer Ilham. Tapi bukanlah semudah itu dia melepaskan Emeer Ilham. Pistol dituju tepat-tepat depan kening Emeer Ilham.
"Engku Faridh beli berapa dari kau? Mana duit-duit tu semua?" Tanya Engku Fatih.
"1 juta. Dah belanja beli apa yang patut. Bayar hutang-hutang Ah long." Cerita Emeer Ilham kemana perginya wang-wang yang dibayar oleh Engku Faridh. Ada sesetengah juga untuk melanggan pelacur di kelab malam dan untuk berjudi sampai pengsan.
"Bangsat!" Engku Fatih terajang kuat tubuh Emeer Ilham.
"Perempuan tu setia tunggu kau separuh mati tapi kau punahkan kepercayaan dia macam ni? Lepastu kau jual dekat ayah aku end up ayah aku pun tak boleh pakai langsung betina tu?!" Engku Fatih jerkah Emeer Ilham penuh emosi.
Emeer Ilham yang baru saja ingin meletuskan nafas lega mengerang semula setelah pistol dalam tangan Engku Fatih menghentak kuat batang hidungnya. Bak!
"Kau ingat bila kau ada black and white sekalipun dengan Engku Faridh aku akan kesian dekat kau?! Kau ingat aku bodoh ke? Satu, kau jual maruah perempuan yang sepenuh hati cintakan kau. Kedua, kau tipu ayah aku dan jual pembunuh dekat dia! Bangsat! Bangsat! Sial!" Bak! Bak! Bak! Engku Fatih sepak berkali-kali kepala Emeer Ilham.
Puih! Muka Emeer Ilham diludah.
Sial, Engku Fatih merengus geram. Kalau tak ada penglibatan langsung arwah Engku Faridh dalam isu ini, dah lama berkecai tengkorak kepala Emeer Ilham. Lolongan kesakitan Emeer Ilham langsung tidak diambil kira.
Pistol disimpan kemas ke dalam sisipan keluar. Dia tak kuat. Tak kuat dari menahan diri mahu melepaskan tembakan pada kepala Emeer Ilham.
"Kau dengar sini, anjing. Anjing kurap macam kau sepatutnya lari jauh-jauh. Urusan kita dah selesai. Kau selamat sebab Engku Faridh sendiri ada perjanjian dengan kau. Tapi jangan harap aku biarkan kau hidup bila aku jumpa muka kau balik dalam kawasan ni. Nak lari, lari jauh. Faham?" Engku Fatih lepaskan kasar kolar baju Emeer Ilham.
"Kau jangan risau. Aku akan tunjukkan video kau ni betapa cintanya kau pada kekasih kau tu! Ini pengakuan dari mulut kau sendiri. Sampai dia sanggup bunuh ayah aku!"
"Sesiapa nak belasah budak ni jangan tinggal alang-alang. Habiskan terus. Lepastu jangan tinggal macam bangkai binatang. Bersih baik-baik!" Ingat Engku Fatih sebelum mendayung pergi dari kawasan itu bersama Nazri dan empat orang lagi orang-orangnya.
Sayup-sayup dari jauh, telinganya tenang sekali mendengar jeritan Emeer Ilham dan sepak terajang pada tubuh pemuda itu. Bak satu muzik indah bersama nyanyian paling merdu yang mengasyikkan.
YOU ARE READING
THE FATIH'S COURT
Romantizm"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lel...