Bab 2

1.5K 52 0
                                    

"Hm aku rasa..."

Belum sempat Nini menghabiskan ayatnya,Syaza memotong laju bicaranya.

"Nini Nini Nini!! Nini celup-celup!" seperti ada magik,Syaza sudah berada di hadapan meja Nini.

"Ha,kenapa ni?" soal Nini kebingungan.

"Wey sedara,teman aku pergi toilet boleh? Eh silap,kau memang kena teman aku!" gesa Syaza seperti hajatnya sudah tidak sabar mahu dilepaskan.

Tiba-tiba Syaza menekan-nekan bahagian perutnya menggunakan jari.Sah! Budak ni sakit perut lah ini!

"Ish,Qas mana ?" tanya Nini lagi.

"Dia kena tolong cikgu ambil barang dekat pustaka.Please lah Niniku sayang..."

Meleret nadanya supaya Nini termakan dengan pujukannya itu.Terbongkok-bongkok Syaza menahan sakit perutnya.

Tidak menunggu balasan dari sahabatnya lagi,Syaza pantas menarik lengan Nini.Dia sudah tidak tahan hendak melepaskan hajat.

Baru saja kaki melangkah keluar dari kelas tiba -tiba suara garau seseorang menyapa gegendang telinga mereka berdua.

"Assalamualaikum!"

Pantas Nini dan Syaza menoleh,

"Waalaikumsalam!"

Serentak mereka berdua membalas salam dari lelaki itu.

"Ada buku BM tak ? Kalau ada,nak pinjam boleh?" sopan tutur bicara lelaki itu.

Secara automatik Nini membalas,

"Ada,"

Rasa nak tepuk mulut sendiri.Selalunya susah aje mulut ini nak terbuka tetapi tiba-tiba sahaja mulutnya ringan bila lelaki itu bertanya.

Ya.Lelaki kacak yang dah ketuk pintu hati seorang Nini Erleesa.Masih terlalu awalkah untuk dia berkata bahawa dia sudah jatuh suka dengan lelaki ini.

"Nak pinjam boleh?"

Pantas kaki melangkah masuk semula ke dalam kelas untuk mengambil buku Bahasa Melayu.Jantung pun satu hal,di masa begini juga lah dia mahu marathon.

Setelah menyerahkan buku tersebut,ucapan terima kasih diberi lalu lelaki itu lesap ke dalam kelasnya.

Manakala,Nini pantas mengejar Syaza yang lari melulu masuk ke dalam tandas.Yang itu pun satu,tak menyabar!

Hati dilanda gelisah sementara menunggu Syaza di dalam tandas,gelisah kerana sejak tadi lagi rasa berdebar bila teringat akan jejaka yang dia suka.Secepat inikah dia boleh jatuh suka dengan lelaki kacak itu.

Setelah beberapa minit menunggu,akhirnya keluar juga Syaza Andreya dari tandas.

Melihat muka kegelisahan sahabatnya mengundang rasa kurang enak dalam diri Syaza.Sudah mengapa sahabatnya yang happy go lucky ini gelisah semacam aje.

"Kau kenapa Nini? Kau okay ke tak? Kenapa gelisah semacam aje aku tengok? Cerita lah cepat," soal Syaza prihatin.

"Haa...err..tak ada apa-apa pun," sengaja Nini mahu menyembunyikan kegelisahan hatinya.

"Tak apalah,kau mungkin dah tak sudi kan nak beritahu aku masalah kau.Hm,siapa lah aku pada kau kan.Aku ni tak penting pun..,"

"Ye ye ye ye..." potong Nini.

Nini pantas menekup mulut Syaza sebelum ayat drama sahabatnya semakin panjang.

"Stop bagi aku ayat drama kau tu.Dah tak laku ye.Okay lah.Aku nak bagitahu ni..." Nini diam seketika.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now