Bab 33

1.3K 26 1
                                    

"Kau..."

"Kau,kau,kau apa?" Syaza mula bengang terhadap Edean yang menggantungkan bicaranya.

"Kau rasa kita patut rahsiakan ke pasal ini dekat Nini?" Edean mula berasa tidak sedap hati untuk merahsiakan perkara tersebut.Rasa bersalah menyerbu jiwanya tatkala mengetahui tentang segala kebenaran.

"Entahlah,Ed.Aku kesian dekat Nini.Kau tahu kenapa aku tak pernah beritahu Nini pasal semua ini?" Syaza mula menyoal Edean.

"Kenapa?"

"Sebab aku sayang dia sangat-sangat.Aku tahu dia penat.Aku tahu kalau aku beritahu pasal hal ini,Nini mesti sedih gila.Humayra itu kawan baik Nini sejak sekolah dulu lagi.Dia percayakan Humayra sama macam dia percayakan aku dan Qas.Lagipun, aku tahu keluarga Nini suruh Nini tinggalkan mereka.Dan aku juga tahu yang kau layan dia teruk.Aku fikir Nini sendiri akan minta cerai dengan kau tapi aku silap.Nini itu selalu jadi baik untuk orang lain.Dia sabar dengan kau,dia tahan dengan kau walaupun kau benci dia dulu sebab apa? Sebab dia sayang dekat kau sejak zaman sekolah lagi.Dia betul-betul buktikan yang dia mampu setia dengan kau sampai hari ini.Aku tak sampai hati nak tambah lagi masalah dalam hidup Nini.Aku tak beritahu dia sekarang sebab aku taknak dia sedih.Aku tahu dia bahagia dengan kau sekarang jadi biarlah aku yang selesaikan semua benda ini tanpa Nini tahu.Cukup lah dulu aku tengok dia berendam dengan air mata tiap hari.Sekarang,aku nak biarkan dia jalani hidup macam biasa.Aku suka tengok dia gembira," Syaza jeda beberapa ketika.Wajah Nini terbayang di kotak minda saat mulut mengimbau setiap detik derita sahabatnya itu.

Semakin menebal rasa bersalah yang bersarang di hati Edean.Ini semua salah dia.Benar apa yang dinasihati oleh Qaiyan dan Aidan suatu ketika dahulu.Edean patut mencari tahu sebabnya dahulu sebelum menghukum.

Dan kini,Edean sedar semuanya berpunca dari orang yang dia sayang.Dari wanita yang dia pernah katakan tidak layak untuk Nini ganti.Kini,Edean sedar,Humayra lah yang tidak layak mengganti tempat perempuan sebaik Nini,isterinya.

'Kenapa aku sanggup lukakan hati orang yang tak bersalah demi orang yang bersalah,' bisik hati Edean pilu.

"Kenapa Nini baik sangat.Aku dah tuduh dia macam-macam.Aku dah hina dia macam-macam.Aku layan dia lebih teruk dari samp..."

"Yang sampah itu lah permata yang sebenar.Dan yang kau anggap permata itulah sebusuk-busuknya sampah," potong Syaza laju membuatkan Edean terdiam.

Edeam membisu menyerapsegala kata-kata yang terbit daripada bibir Syaza.

"Aku rasa lebih baik kita beritahu Nini," cadang Edean membuatkan Syaza diam berfikir.

"Bila?" soal Syaza.

"Esok," putus Edean tanpa berfikir.

"Asal kau nak beritahu Nini?"

"Aku rasa sebaiknya kita terus terang dengan Nini.Nini patut tahu semua ini.Macam mana kalau Humayra buat sesuatu yang kita tak jangka lepas ini.Sekurang-kurangnya Nini dah tahu segalanya," cadang Edean bersungguh.

Syaza menganggukkan kepalanya.

"Kalau macam itu,esok aku datang rumah kau.Apa-apa aku telefon kau nanti," ujar Syaza mendapat anggukan dari Edean.

"Kau tahu apa plan Humayra lepas ini?" tanya Edean.

"Setakat ini,aku tak tahu dia nak buat apa lepas ini tapi yang aku dapat tahu adalah dia nak rampas kau daripada Nini semula.Aku tak faham betul lah dengan perempuan otak cetek itu.Kalau dia sayang kau kenapa dia nak juga suruh Nini gantikan tempat dia masa korang kahwin," ujar Syaza berang terhadap perangai Humayra.

Sementara Nini yang berada di dalam kereta itu sudah tidak tahan rasa curiganya melihat Edean dan Syaza masih belum berganjak.

Nini melepaskan keluhan beratnya.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now