Pin tudung yang berada di atas meja dicapainya lalu dibutangkan di atas bahunya.Ditilik dirinya sepuasnya lalu tas tangan diambil sebelum berlalu keluar dari bilik dan menuju ke lif.
Keluar sahaja gadis itu dari lif,pantas kakinya melangkah ke arah dapur untuk membuat sarapan kepada suaminya.
Setelah setengah jam dia menyiapkan mee goreng dan roti,terlihat figura Edean sedang menghampiri meja makan itu lalu pantas Nini mencedokkan mee goreng ke dalam pinggan lelaki itu sebelum mereka melabuhkan punggung di kerusi.
Nini mengerutkan keningnya melihat Edean yang hanya merenung kosong ke arah mee goreng di dalam pinggannya.
"Nadhif.Makanlah.Kenapa tenung je? Atau awak nak makan makanan lain?" soal Nini lembut namun Edean hanya memandang dingin ke arahnya.Gerun Nini melihat wajah dingin Edean.
"Kenapa kau masak mee goreng?" tanya lelaki itu dingin namun terselit ketegasan seperti tidak suka dengan makanan itu.
"Err...Sebab Nadhif kan suka makan mee goreng juga.Dulu kan kita selalu makan sama-sama," jawab Nini perlahan sambil menunduk dan menggeggam hujung bajunya.
"Siapa cakap aku suka mee goreng? Aku tak pernah suka mee goreng sepanjang aku hidup.Lagi satu,kau tak payah lah nak cakap pasal dulu sebab tak ada satu perkara pun yang aku ingat pasal kita dulu.Aku tak ingin pun nak ingat.Aku menyampah dan aku jijik!" tajam bicara lelaki itu sambil menolak pinggan yang mempunyai mee goreng itu jauh darinya seolah-olah benar-benar dia jijik akan masakan isterinya.
Nini hanya menelan liur kesat sambil mengeratkan lagi genggaman di hujung bajunya.Bibir digigit kuat.
"Look at me,Nini," arah Edean lalu perlahan-lahan Nini mendongak memandang Edean yang berada di hadapannya.
"Ini rumah siapa?"
"Nadhif,"
"Barang-barang dalam rumah ni siapa beli?"
"Nadhif,"
"Jadi,kau kena ikut cakap siapa?" sebelah kening diangkat seraya memeluk tubuh memandang Nini yang sedang ketakutan.
"Awak,"
"One more,tak dengar," arah Edean lagi.
"Nadhif," Nini menguatkan sedikit suaranya bagi menjelaskan bicaranya di telinga lelaki itu.
"So,ada aku suruh kau masak mee goreng? Tak ada kan.Jadi yang kau pandai-pandai masak mee goreng ni kenapa?" tegas suara Edean menuturkan kata.
"Tapi,saya tak tahu awak nak makan apa jadi saya masak je lah mee goreng.Kalau awak taknak makan mee goreng pun makanlah roti dan jem ni.Jangan biar perut kosong," lembut Nini memujuk Edean agar menjamah sedikit makanan walhal dirinya sendiri juga belum menyentuh apa-apa makanan sejak semalam.Baginya,Edean Nadhif lebih utama berbanding dirinya.
"No thanks.Kau buang saja lah eh makanan ini semua.Lebih baik aku makan dekat luar aje dengan perempuan lain.Lagi nikmat daripada makan dengan kau,disgusting!" tersenyum sinis Edean lalu dia bangkit dari kerusinya.
"Oh lagi satu.Kau kena ingat kau tu hanya bibik dalam rumah ini.Jadi,aku nak lepas aku balik dari office,rumah ini dah kemas dan tiada satu habuk pun yang melekat.Faham!" sambungnya lagi.
"Tapi saya kerja.Mungkin sebelum maghrib baru sampai rumah jadi saya takut tak sempat nak kemas rumah sebelum awak sampai rumah melainkan awak balik lewat," takut-takut Nini bersuara sebelum Edean memandang tajam ke arahnya.Nini kembali menundukkan wajahnya.Dia tidak kuat untuk membalas tatapan itu.Cukup menembus jiwanya.
"Aku ni suami kau.Kau kena dengar cakap aku bukannya cipta alasan macam-macam.Atau kau saja je balik lewat sebab kau nak keluar menggatal dengan jantan lain hah? Kau ni bukan elok sangat pun.Perempuan murahan.Sesuai lah kau duduk dekat lorong sana.Lepastu menggedik dengan jantan," kasar Edean berbicara lalu melangkah pergi meninggalkan Nini yang sudah mengalirkan air mata.Luluh hati menerima hinaan daripada suami sendiri.Sanggup seorang lelaki bergelar suami menghina isteri sendiri.
Tangan menggempal penumbuk lalu dia menumbuk-numbuk dadanya sendiri bersama air mata yang kian deras bak air sungai mengalir.
"Sakit Nadhif.Sakit sangat,Ya Allah.Kenapa awak buat saya macam ini.Kenapa perlu seksa hati saya sampai macam ini.Pedih sangat hati ini bila dihina macam tu.Ya Allah...Bantu aku..." teresak-esak Nini menitiskan air mata di meja makan.Wajahnya yang berseri-seri itu sudah lencun dengan air matanya.
Realiti hidup yang tidak pernah dia sangkakan.Pengorbanannya tiada siapa yang sedar.Hati yang tersedia hancur bertambah hancur saat ini.Mengapa sejahat ini Edean Nadhif yang dia kenal selama ini? Dimanakah Edean Nadhif yang tidak pernah sekali pun menyakiti hatinya dulu? Kemana dia pergi?Kemana dia menghilang? Mengapa Edean Nadhif yang kini sudah jauh berbeza dengan yang dulu? Sampai bila...
Sampai bila harus dia bertahan? Adakah bila jasadnya sudah kaku baru lelaki itu akan menyayanginya? Semahal itukah cinta dan kasih seorang Edean Nadhif sehingga perlu ditukar dengan nyawanya?
Sekeji itukah dirinya sehingga langsung tidak layak untuk memiliki cinta Edean Nadhif?
Sakit...Sakitnya menjadi seorang Nini Erleesa.Hanya tahu mengemis cinta dari orang yang tidak sudi.
*****
Nini tersenyum hambar ke arah dua orang sahabatnya yang baru sahaja melabuhkan punggung di hadapannya.
Sememangnya,Qassandra dan Syaza sudah berjanji mahu makan tengahari bersama di kafe Nini.Makanan juga sudah dipesan oleh mereka sebentar tadi.
"Apa kata petang ni kita keluar tengok wayang,nak tak? Lagipun aku and Syaza cuti hari ini jadi boleh lah kita dating bertiga," cadang Qassandra namun Nini hanya diam dan memandang sepi ke arah dua sahabatnya itu.
"Aku minta maaf.Tapi aku tak boleh lah join korang.Pukul empat nanti aku kena balik rumah dah," ujar Nini perlahan.
Bertaut kening Syaza.
"Kenapa pulak kau balik pukul empat? Kafe ini kan tutup pukul enam.Kau kan selalunya balik sekali dengan pekerja-pekerja kau," Qassandra yang berada di sebelahnya juga memandang pelik ke arah sahabatnya ini.Sungguh jelas di penglihatan mereka wajah Nini yang kelihatan sayu dan tidak bersemangat.Gadis periang itu sudah berubah menjadi diam dan langsung tiada ceria terselit di riak wajahnya.
"Biasalah.Aku kan dah kahwin.Tak bujang lagi,jadi aku kena lah balik awal.Kalau aku balik lewat dari suami aku nanti siapa nak sambut dia kat depan pintu,kan?" Nini tersenyum namun jelas kelihatan hambar.Matanya juga sembap akibat banyak menangis.
"I know,Nini.Kau mesti hari-hari menangis sebab Edean kan? Lelaki itu memang tak layak lah digelar suami!" Qassandra mendengus geram sambil memeluk tubuh.
"Dia suami aku!" tegas Nini bersuara.Mata memandang tajam wajah Qassandra.Walau apa pun yang terjadi,Edean ialah suaminya dan tiada siapa yang boleh berkata begitu terhadap suaminya.
Qassandra mengeluh kecil lalu menatap lembut mata coklat sahabatnya itu begitu juga dengan Syaza.
"Sorry to say Nini but,sampai bila kau nak macam ni? Aku tahu kau tak bahagia kan?Suami jenis apa macam tu hah? Sanggup lukakan hati isteri sendiri.Sanggup buat isteri menangis hari-hari.Kau cakap dengan kita orang,dia ada pukul kau tak?" serius Qassandra bersuara namun terselit keprihatinannya.
Lambat-lambat Nini menggelengkan kepalanya yang menunduk.Sesungguhnya,dia tidak mahu sahabat-sahabatnya tahu namun sejauh mana pun dia cuba menyorokkan,mereka pasti akan tahu.
"Kenapa kau masih pilih untuk terus bersama dia sedangkan kau tahu dia masih cintakan orang lain?" soal Syaza mendatar.Riak wajahnya juga biasa sahaja.
"Sometimes,we need to take some risk for a better life.Lagipun,memang impian aku sejak dulu lagi untuk bersama dengan Nadhif.Aku terlalu sayangkan Edean Nadhif.Dan kasih sayang aku untuk dia tak ada tarikh luputnya," Nini mengucapkan kenyataan hatinya.
Bergetar hebat bibir Nini seraya menahan air mata yang hanya menunggu masa sahaja untuk jatuh menyembah bumi.Hati ditahan sekuat mungkin agar terlihat kuat di hadapan kedua sahabatnya itu walaupun dia tahu dia sudah kelihatan lemah sekarang.
Melihatkan itu,pantas Qassandra mencapai tangan gadis itu lalu mengusap perlahan belakang tangan sahabatnya itu bagi menyalurkan kekuatan.Sebak hatinya melihat keadaan Nini.
Dalam diam,Syaza menggempalkan penumbuk lalu mengetap rahangnya seraya melontarkan pandangan ke arah luar kafe seolah-olah langsung tidak terkesan dengan keadaan sahabatnya itu.Wajah tanpa riak cuba dipamerkan.
Bersambung
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...