"What?"
"Biar aku hantar kau balik.Aku dah susahkan kau.Aku yang langgar kereta kau.Memandangkan duit aku kau taknak ambil jadi baik aku tumpangkan kau balik.Sekurang-kurangnya tak adalah aku tidur dalam rasa bersalah malam ini," kata Syaza.
Aidan diam seketika.Memikirkan tentang ajakan Syaza lalu perlahan-lahan dia menyimpan iPhonennya dan masuk ke dalam kereta Syaza di bahagian sebelah pemandu sebelum dia mengunci kereta mahalnya terlebih dahulu.
Syaza memutarkan bebola matanya lalu turut memboloskan diri ke dalam kereta.
Kelibat dua manusia yang dia perhatikan sebentar tadi mula meninggalkan kawasan tersebut.Mereka sudah berpecah.
Snap!
Laju Syaza menangkap gambar dua figura itu.Namun wajah lelaki itu tidak dapat dilihat memandangkan dia pakai mask dan berjalan ke arah yang bertentangan dengan kedudukan Syaza.Walau bagaimanapun,figura perempuan itu jelas di dalam gambar tersebut.
Aidan memandang hairan ke arah Syaza.Perempuan ini spy ke?
"Asal kau ambil gambar dorang?" soal Aidan kehairanan.
"Sibuk je!" Syaza menjeling tajam ke arah Aidan.
Baru sahaja Syaza ingin menekan pedal minyak,Aidan menurunkan cermin tingkap keretanya.Terkejut Syaza melihat Aidan seperti ingin menjerit.
"Eh kau buat apa ini?!" gelabah Syaza menyoal.
Aidan memandang Syaza, "Lah,aku nak beritahu dorang yang kau ambil gambar dorang.Dorang artis eh? Asal aku tak kenal pun?" polos Aidan bertanya.Manalah tahu Syaza menangkap gambar artis.Bolehlah juga dia bangga-bangga kan pada Qaiyan balik nanti.Biar meroyan budak itu sebab nak jumpa artis juga.
Syaza menepuk dahinya sendiri.Bertambah geram dia dengan Aidan.
"Tutup balik Aidan!" tegas Syaza memberi arahan kepada Aidan.Dengan malasnya,Aidan kembali menutup cermin kereta itu.
Syaza mengeluh lega.Mujurlah perempuan itu tidak perasan.
"Pakai seat belt, duduk diam-diam," arah Syaza.Aidan hanya menurut.
Syaza mula memandu keretanya.Baik pula Aidan hanya mengikut arahannya.Bila difikirkan,comel pula.
"Aku lapar," jujur Aidan mendatar secara tiba-tiba.
Syaza mengerutkan dahinya, "Dah tu?"
"Spend your money for me,please?" ujar Aidan tanpa memandang ke arah Syaza.
"Kau nak aku belanja kau makan?" soal Syaza inginkan kepastian.
Aidan sekadar mengangguk tanpa bersuara.
"Hm," gumam Syaza perlahan sebelum mereka masing-masing mendiamkan diri.Penat mahu bertekak.Sebaiknya diam saja.
*****
Sekeliling mcDonald itu dipandang kemudian matanya beralih pula pada sang jejaka yang sedap menggigit burger di hadapannya.
Syaza menggeleng perlahan.
"Macam tak makan setahun,kebulur benau ye," gumam Syaza perlahan kemudian dia juga turut makan.
Selang beberapa ketika,Syaza bersuara.
"Aidan," seru Syaza.
Aidan sekadar mengangkat sebelah keningnya.
"Sorry," ucap Syaza perlahan membuatkan Aidan diam merenung ke dalam matanya.
"Sorry for?" Aidan membalas dengan persoalan.Sengaja mahu memancing Syaza agar mengaku kesalahannya.
"Maaf sebab aku dah susahkan kau.Maaf sebab aku marah-marah kau tadi.Sudahlah tengah panas.Maaf sekali lagi sebab aku terlanggar kereta kau dan maaf sebab aku hampir lari tadi," ikhlas Syaza meminta maaf.Sedar akan semua kesilapannya.Pucuk pangkalnya,Syazalah yang bersalah.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...