Kunci motosikal berkuasa tinggi miliknya sempat diambil sebelum berlalu keluar lalu dikeluarkan dari poket seluarnya.
Setelah beberapa minit,kenderaan beroda dua itu pantas keluar dari perkarangan rumahnya dan menyusuri jalan.
Laju Edean membawa motorsikalnya menuju ke kondominium milik sahabatnya bersama perasaan yang bercampur baur.Wajah isterinya yang lencun dengan air mata mula terngiang-ngiang di benak.Sebak di dada kian terasa.
Edean tidak tahu mengapa ini yang harus dia rasakan.Mengapa dia hendak sedih melihat keadaan Nini sedangkan dia sendiri yang mahukan semua ini.Apabila mengingatkan tentang tujuan asal wanita itu menikahinya,perasaan benci pantas menikam jiwanya.Sesak di dada mula menerpa.
'Aku tak boleh sedih.Dia sendiri yang salah.Aku cuma nak dia sedar yang aku tak boleh bahagiakan dia.Aku cuma nak dia menyesal sebab kahwin dengan aku,' bicara Edean dalam hatinya.
Motosikal semakin dilajukan.Kornea matanya memandang tepat ke hadapan.
*****
Setelah selesai membancuh kopi,Aidan meletakkan dua cawan kopi itu di atas meja ruang tamu lalu dia melabuhkan punggung di sofa yang berhadapan dengan Edean.
Wajah Edean dipandang.
"Minumlah," pelawa Aidan lalu mendapat anggukan dari Edean.
Aidan sudah dapat mengagak mengapa tiba-tiba sahaja Edean datang ke rumahnya pada waktu malam begini.Tidak lain tidak bukan, pasti bergaduh dengan sang isteri.
"Dah solat ke?" soal Aidan seraya mengambil secawan kopi lalu dihirup perlahan.
"Dah.Aku singgah masjid tadi," jawab Edean lalu matanya meliar memandang sekeliling rumah sahabatnya itu.
"Qaiyan mana?" tanya Edean hairan.
"Beli makanan.Kejap lagi balik lah tu.Ramai orang mungkin sebab tu lambat," balas Aidan.Cawan kopi diletakkan kembali di atas meja.
Edean sekadar mengangguk lalu melepaskan keluhan kecil.Kedua-dua tangan ditekup ke wajah lalu mengusap kasar wajahnya.
"Ada masalah cerita.Bukannya datang sini minum kopi lepastu mengeluh sampai tahun depan.Ingat elok sangat ke mengeluh," bidas Aidan sebelum menjeling ke arah Edean.
Belum sempat Edean ingin membuka mulut,kedengaran pintu rumah dibuka lalu figura Qaiyan muncul bersama dua plastik makanan di tangannya.
"Wassup guys!" sapa Qaiyan dengan riangnya lalu meletakkan plastik makanan yang berada di tangannya di atas meja.
Usai,Qaiyan melabuhkan punggungnya di sebelah Edean lalu mengeluarkan bungkusan nasi goreng kampung dari plastik.
"Kau buat apa kat sini,Ed? Kau seorang je ke?Bini kau mana?" soal Qaiyan lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya seraya memandang Edean.
"Habistu,kau ada nampak aku dengan dia ke sekarang?" balas Edean kasar.
"Mak ai! Aku tanya je.Dia okay ke kau tinggal dia sorang diri malam-malam ni?" soal Qaiyan berselang seli dengan suapan nasi gorengnya.Kini,mulutnya sudah kembung dengan nasi goreng.
"Entah dia.Suka hati dia lah nak okay ke taknak okay ke.Bukan masalah aku," ujar Edean mendatar membuatkankan Qaiyan mencerlungnya tajam.
Dengan pantas Qaiyan menyuapkan nasi gorengnya ke dalam mulut Edean menggunakan tangannya bersama mata yang masih memandang Edean tidak lepas.Edean hanya redha disuap oleh sahabatnya.Memang elok Qaiyan suap,kerana perutnya sememangnya lapar.
Aidan hanya menyaksikan perbualan dua sahabatnya itu seraya menikmati nasi goreng USA yang dibeli oleh Qaiyan.
"Kau tahu tak apa yang kau cakap tu salah.Nini tu bini kau.Sampai bila kau taknak terima dia sebagai isteri kau,Ed?" serius Qaiyan berbicara sambil berselang seli menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dan mulut Edean.Gayanya seperti bapak menyuap anak.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...