Pintu utama dibuka lalu Edean menapak masuk ke dalam rumahnya bersama beberapa plastik besar yang dipenuhi oleh bunga-bunga baby breath.Sudah lama tidak pulang ke rumahnya.Sempat Edean singgah ke kedai Qassandra untuk membeli bunga.
Terasa hening saja tatkala Edean masuk ke dalam rumah tersebut.Edean benci akan rasa kosong ini.Rumah yang selalu diisi oleh tawa dan gelagat Nini kini sangatlah sepi tanpa kehadiran wanita itu.
Edean meletakkan plastik-plastik bunga tersebut sebelum dia memulakan kerjanya untuk menyimpan segala bunga yang ada di dalam rumah itu ke dalam stor.
Usai,Edean menggantikan pula dengan meletakkan bunga baby breath yang dibelinya di tempat-tempat yang sesuai.Pelbagai warna ada tetapi yang paling banyak adalah berwarna ungu.Kata Qassandra,Nini paling gemar baby breath yang berwarna ungu.
Selesai di tingkat bawah,Edean naik pula ke tingkat atas dan tempat terakhir adalah di biliknya.
Masuk sahaja ke ruangan bilik tidurnya,pelbagai kenangan muncul mengaburi minda Edean.Teringat pula saat Nini malu untuk memeluknya.Edean tersenyum sendiri apabila teringat akan kecomelan isteri.Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan betapa rindunya dia terhadap Nini.
Edean meletakkan sejambak bunga baby breath di atas meja.Bila Nini pulang pasti dia akan gembira melihat rumah mereka dihiasi dengan bunga kesukaannya.
Lantas,Edean masuk pula ke bilik Nini.Bilik yang Nini tinggal semasa sebelum mereka tidur bersama.
Teringat pula di bilik itulah Edean menumpahkan air di atas novel kesayangan Nini.Edean tersenyum lagi.Haih laa...Rindu sungguh pada isteri.
Edean menyusun kemas semua novel-novel di atas rak.Lalu,dia menampal gambar bunga baby breath di dinding.Sungguh cantik bila dilihat.
Gambar Edean bersama Nini juga diletakkan di atas meja lalu Edean menyapu sedikit habuk yang terdapat di atas meja itu.
Mata Edean jatuh pada novel-novel yang baru sahaja disusun kemas lalu lelaki itu mengukirkan senyuman.
"Kesayangan mesti nak aku jadi macam fictional-fictional tu kan.Bila sayang bangun,aku akan cuba jadi lelaki idaman kesayangan aku," kata Edean perlahan.Dia terlalu rindukan Nini.Akan dia berusaha dengan bersungguh untuk menjadi lelaki terbaik dalam hidup Nini.Edean yakin,cinta Nini padanya takkan pudar walau secalit begitu juga dengan cinta Edean terhadap Nini yang semakin membukit.
Lama Edean termenung di dalam bilik itu.Tubuh tegapnya disandarkan pada meja dan tangan naik memeluk tubuh.Matanya jatuh pada gitar yang tersadai di tepi dinding.Sudah lama tali gitar itu tidak dipetik.Teringat pula memori mereka berdua bernyanyi di pantai sambil bermain gitar.
Tidak lekang senyuman di bibir Edean.Senyuman yang tersirat dengan penuh rindu.Dan rindu hanya sekadar rindu.Jika luka mampu diubati tetapi rindu hanya akan tersimpan rapi sehinggalah rindu itu terlerai tatkala tiba saatnya bersama.
"The guitar strings have long missed their princess's fingers.And those novels are long enough to be read by my wife," anak mata Edean tepat merenung ke arah novel-novel yang tersusun kemas.
Edean mengambil gambar Nini yang sedang tersenyum indah lalu diusap perlahan.
"Untung jadi aku kan.Dari dulu lagi ada perempuan yang setia dengan aku,yang sayang aku sampai sekarang.Hari-hari aku merayu pada Allah untuk sedarkan isteri aku.Sampai mati pun aku sanggup tunggu kesayangan bangun," luah Edean pada gambar kaku itu.
"I wish I could tell the whole world,how lucky I am to have you as my makmum,as my kesayangan,as my cutest person,as my strong woman,as my beautiful angel and as my wife," sambung Edean lagi sambil tersenyum nipis.Rindunya hendak memeluk Nini.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...