Tiba sahaja di perkarangan rumah,Nini meletakkan kenderaannya bersebelahan motosikal Edean.Usai,kaki diayun masuk ke dalam rumah.Kelibat Edean dicari namun langsung tidak menjadi hidangan mata.Memandangkan keberadaan suaminya tiada di tingkat bawah,Nini naik pula ke tingkat dua,nama Edean sudah diseru beberapa kali tetapi tidak disahut.
Tingkat ketiga dituju,sampai sahaja ke tingkat ketiga,sebuah kotak hadiah berukuran sederhana menyapa pandangan.Kotak tersebut berada di hadapan pintu bilik Nini.Laju kaki mengorak langkah mendekati kotak hadiah itu.
Kotak tersebut diambil lalu dibuka.Terbuntang mata Nini melihat isi di dalam kotak hadiah itu.Terdapat sebuah novel iaitu novelnya yang telah musnah dibanjiri air kopi.Novel yang limited.Sangkanya,Nini tidak akan dapat baca novel itu lagi.Mini baby breath yang juga menjadi isi kotak hadiah itu diambil lalu dihidu.
"Wah..bau macam abe Edean.Wangi!" ujar Nini teruja.Senyuman lebar menjadi penghias wajah.
Lantas,Nini menyambung misinya mencari Edean.Bilik kerja Edean dituju.Pintu diketuk lalu dibuka sedikit.Melihat Edean sedang khusyuk menyiapkan kerja,laju Nini menolak pintu luas dan berlari mendapatkan Edean.
"Awak...Saya sayang awak.." jerit Nini teruja seraya memeluk tubuh suaminya erat.Terkejut Edean tatkala dipeluk secara tiba-tiba.
Airpod yang disumbat di telinga di ambil lalu disimpan di dalam bekasnya.
"Happynya budak ni!" ujar Edean seraya membalas pelukan isterinya yang masih mengemaskan pelukan.
"Mestilah.Thank you,thank you,thank you.Sayang awak ketat-ketat!" Nini mengetatkan pelukan menyebabkan Edean hampir tercekik.
Nini ketawa lalu mengucup pipi Edean lama.Nini berdiri di antara peha kiri dan peha kanan Edean.Edean pula memeluk kemas pinggang isterinya.
"Elele dapat hadiah baru nak sayang aku ketat-ketat kan?" Edean memuncungkan bibir.Sengaja mahu bermanja.
Nini sengih lebar, "Mana ada.Saya selalu sayang awak tahu.Cuma,bila awak bagi hadiah ni rasa sayang tu bertambah sikit," tutur Nini gembira.Kedua-dua pipi Edean ditekup lalu dimain-mainkan.Edean hanya membiar.
"Sikit aje bertambah? Kenapa tak banyak terus?" soal Edean lagi.Masih di dalam mood bermanja.
"Eh kejap,mana awak dapat novel ni? Novel ni susah tahu nak dapat.Limited.Mana awak kaut ni?" Nini tidak membalas pertanyaan Edean malah dia mengajukan soalan untuk Edean.
"Aku kan hero untuk kesayangan aku,jadi aku sanggup buat apa saja untuk dapatkan novel ni untuk kau," tutur Edean bangga.Kening diangkat beberapa kali.Berlagak!
Menyampah Nini mendengar.
"Eleh,hero tak hero,kalau saya tahu awak curi,saya hempuk awak dengan kuali dekat dapur tu ye!" Nini memberi amaran.Muka digarangkan untuk menakuti suaminya namun Edean jelas tidak takut.Siap senyum lagi!
"Tak,sayang.Aku tak curi," lembut suara Edean.
Nini menyimpan senyum.Suka apabila Edean berlembut dengannya.Rasanya,butterfly sudah berterbangan di dalam perut.
"Mana awak tahu saya suka baby breath?" Nini bertanya.Rasa ingin tahu menguasai diri.
"Seorang hero kena lah tahu apa yang cinta hati dia suka," balas Edean lembut.
Tidak pudar senyuman di bibir Nini.Darah pekat mula naik ke pipinya.
"Kenapa kau suka baca novel?" soal Edean ingin tahu.Tertanya-tanya juga,apa yang menarik sangat baca novel.
"Sebab boleh dik!" seloroh Nini lalu ketawa riang.Edean memutarkan bebola mata mendengar jawapan yang meniti di bibir isterinya.
"Aku serius ni budak," ujar Edean geram.
![](https://img.wattpad.com/cover/335627378-288-k617493.jpg)
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...