Bab 42

1.7K 35 1
                                    

Selesai Edean membeli nasi dan ikan patin,dia mengatur langkah ke kedai yang menjual manisan termasuk wafle lalu Edean memesan wafle kacang untuk isterinya.

Sementara menunggu,Edean mengeluarkan iPhonenya lalu menekan nombor ibu mertuanya.

Selang beberapa saat,panggilan diangkat, "Assalamualaikum,mama," laju Edean mengucapkan salam.

"Waalaikumsalam," suara Puan Elys terdengar di corong telefon Edean.

"Ed nak beritahu ini,Nini dah sedar.Baru aje tadi,"

"Iye? Ya Allah,alhamdulillah.Ed kasi mama cakap dengan Nini sekejap,boleh?" sungguh teruja suara Puan Elys.Sudah pasti gembira apabila anak gadisnya sudah sedar daripada koma.

"Maaf,ma.Tapi Ed tengah beli makanan ni untuk dia.Tadi dia lapar katanya.Itu yang terus Ed pergi beli," lembut nada Edean.

"Lah ye ke.Takpa-takpa.Mama ajak abah lah pergi tengok Nini.Mama nak bersiap sekejap.Nanti mama sampai.Syukur anak mama dah sedar,"

"Baik mama.Pesan dekat abah bawa kereta elok-elok.Assalamualaikum," Edean mematikan panggilan.

*****

"Hi,puan Nini," mesra jururawat itu menyapa Nini.

Nini sekadar menayangkan senyuman.Anggun sungguh wajah jururawat ini.Dilihat nametag jururawat tersebut.Tertera nama 'Ariana' .

"Panggil saya Nini aje," kata Nini.Segan apabila gadis muda itu memanggilnya puan.

"Macam mana rasa lepas sedar?" soal jururawat itu.

"Rasa okay cuma rasa takda tenaga," jujur Nini.Memang benar selepas dia sedar,terasa tubuhnya tidak bertenaga.

"Biasalah.Dah lama terbaring kan.Tak makan tak minum jadi memang wajar rasa macam itu.Nini ada rasa sakit dekat mana-mana tak? Contohnya sakit belakang ke,rasa tak boleh nak gerakkan kaki atau tangan?" prihatin jururawat Ariana menyoal.

"Dekat lain okay cuma rasa sakit dekat belakang sikit," jawab Nini.Hairan melihat jururawat itu hanya sendirian saja.Selalunya jika pesakit sedar pastilah doktor yang akan datang bersama jururawat-jururawat.Tetapi sekarang,hanya ada jururawat Ariana sahaja.

"Cantik hoodie.Siapa punya?" tegur Ariana apabila matanya jatuh pada hoodie yang dipakai oleh Nini.

"Haah.Hoodie ni suami saya punya," kata Nini lalu tersenyum.

Ariana sekadar tersenyum manis lalu menghampiri Nini.Disentuh lembut belakang tubuh Nini.

"Sakit sangat ke dekat belakang?" Ariana menyoal.Dia menggosok-gosok belakang tubuh Nini.

"Taklah sakit sangat," entah mengapa jantung Nini berubah detakan.Semakin laju seiring saat.Ekspresi wajah cuba dikawal agar terlihat biasa.Kenapa pula dia tiba-tiba berdebar ni?

"Biar saya gosok sikit ye," lembut sungguh suara Ariana.

Nini hanya membiarkan.Terasa selesa pula bila diurut di belakang.Selang beberapa ketika,Ariana menekup kuat hidung dan mulut Nini menyebabkan tubuh Nini mengeras.Dia cuba untuk menepis tapak tangan Ariana tetapi semakin lama tubuhnya semakin melemah.

Terkejut Nini apabila dia menghidu sesuatu yang terdapat di telapak tangan Ariana sebelum Nini merasakan pandangannya semakin kabur sehinggalah gelap lalu tubuhnya rebah di tubuh Ariana.

Ariana melihat Nini yang tidak menyedarkan diri lalu tersenyum puas.

"Huh,selesai kerja aku.Nasib kau lah Nini, lepas koma pengsan pula.Hidup orang tak beruntung macam inilah gamaknya," sinis bicara Ariana.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now