Bab 6

1.1K 39 1
                                    

Nini hanya menanti bicara daripada Edean.

"I mean,aku tak selamanya ada untuk kau,Nini.Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.Mungkin hari ini kau cakap kau sayangkan aku tapi mungkin esok atau lusa atau minggu depan,tahun depan, kau dah tak sayangkan aku,kan? Macam tu juga aku.Lagi dua tahun kita nak spm.Then,semua akan pergi bawa haluan masing-masing.Aku akan tinggalkan kau dan kau akan tinggalkan aku,Nini," terang Edean.

"Kalau kita diberi peluang untuk bertemu kembali,mungkin kita dah mempunyai pasangan masing-masing.Silap-silap kau pun dah tak kenal aku siapa," Edean tertawa kecil di hujung bicaranya.

Tanpa dia sedar,gadis di sebelahnya sudah pun mengalirkan air mata mendengar setiap bait bicaranya.Nini takut.Sangat takut jika mereka tidak lagi bertemu di masa depan.Sungguh dia mengharapkan dapat hidup bersama Edean namun masih terlalu awal untuk membayangkan semua itu.Dia sendiri tidak tahu takdir hidupnya nanti.

"Kalau suatu hari nanti kau dapat tahu aku dah ada seseorang yang aku cinta dan aku akan kahwin dengan dia,apa yang kau akan lakukan?"

Semakin deras air mata mengalir di pipi mulus Nini.Dia hanya membiarkan.Mata hanya setia menatap tasik yang tenang di hadapan.Begitu juga dengan Edean.Soalan Edean terasa berat untuk difikirkan.

"Ikhlaskan.That's the only way that I have.Mudah untuk menyebut namun susah untuk melakukannya.Apa lagi yang saya mampu buat selain redha.If you love someone,let him go.If he comes back it means he is destined for you,but if he didn't comes back maybe there is something more beautiful that god wants to give us," sayu nada suara Nini menahan sebak bersama air mata yang merembes keluar seperti tidak mahu berhenti.

Jujur hatinya sakit memikirkan bahawa dia akan berpisah dengan Edean.Sungguh dia tidak sanggup melihat lelaki itu bersama wanita lain namun siapakah dia untuk memaksa Edean mencintainya.

Edean memusingkan tubuhnya menghadap Nini.Sungguh dia terkejut melihat air mata yang mengalir deras di pipi gadis itu.

Poket seluar diselup lalu sekeping tisu dikeluarkan.Laju tangannya mengelap air mata Nini.Pertama kali Nini menangis di hadapannya.Selama ini,Nini hanya menunjukkan sisi cerianya sahaja.Pertama kali dia melihat sisi lemah seorang Nini Erleesa.Gadis yang sangat ceria orangnya kini menangis kerana dirinya.

Dia tidak suka melihat Nini menangis seperti ini.Sungguh bukan ini yang dia mahukan.Mengapa Nini menangis kerana dirinya? Begitu pentingkah dirinya terhadap Nini? Perasaan bersalah mula menghurung diri Edean tika ini.

"Nini,kau jangan menangis lagi.Aku tak suka tengok kau menangis.Aku taknak kau menangis kerana aku.Kalau kau sayang aku,kau jangan menangis lagi ye? Kau jangan risau,aku tak tinggalkan kau pun.Aku ada ni kan? Nini sayang aku kan?Shh...Stop crying cutie girl," lembut nada Edean memujuk Nini.

Setelah beberapa minit,tangisan Nini mula reda.Tangan yang tidak berhenti mengelap air mata gadis itu kini jatuh ke sisi.

Edean tersenyum nipis melihat mata Nini yang sudah memerah kerana menangis.Tidak dinafikan,Nini nampak lebih comel tika ini.Anak matanya menikam lembut anak mata Nini.

Setelah bebeapa saat mereka bertatapan,pantas Nini mengalihkan pandangan.Jantungnya berdetak hebat.Mengapa Edean selalu membuat dia rasa tidak keruan?

Tergelak kecil Edean melihat muka Nini yang menahan malu.

"Wah...Ada bau-bau manusia blushing ah," tersenyum senget Edean dapat mengenakan Nini.

Bertambah malu Nini dibuatnya.

Nini sedapa upaya mengawal ekspresi wajahnya agar terlihat tenang walhal dalam hati sudah ingin pecah jantungnya hanya kerana Edean Nadhif.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now