Bab 27

1.4K 32 0
                                    

Pada pagi itu,setelah selesai Edean menunaikan solat subuh,dia mula menyiapkan sarapan.Nasi goreng menjadi pilihannya.Seawal hampir pukul tujuh pagi itu,Edean menyediakan bahan untuk menyiapkan nasi goreng.

Setelah beberapa minit, nasi yang telah ditanak,Edean masukkan ke dalam kuali.Bahan-bahan yang disediakan tadi turut dimasukkan ke dalam kuali.Edean langsung tidak kekok dalam memasak kerana dia memang sering diajar oleh ibunya.Kata ibunya,orang lelaki juga harus handal dalam memasak.

Tersentak Edean tatkala tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang.Melihat tangan kecil di perutnya yang berlapik t shirt hitam,dia tahu itu ialah isterinya.

Nini menyengetkan kepalanya ke sisi bagi menampakkan wajah Edean.

"Cak!" Nini tersengih riang.

Edean senyum, "Morning kesayangan.Awalnya bangun,"sapa Edean lembut.Bibir masih melakar senyuman.

"Tak mengantuk.Itu yang orang turun.Tengok-tengok awak tengah ralit masak so saya pun peluk lah senyap-senyap," kata Nini yang masih memeluk erat tubuh suaminya.

"Pergilah duduk dulu.Dah siap nanti kita makan sama-sama,"pinta Edean namun Nini menggeleng.

"Taknak lah.Saya rasa tak boleh nak lepaslah peluk awak ni.Awak terlalu wangi," kuat Nini menyedut haruman minyak wangi Edean sehingga membuatkan Edean menelan liurnya.

Perlahan-lahan Edean melepaskan kedua-kedua tangan Nini yang melekat di perutnya sebelum memusingkan badannnya menghadap Nini.

"Awak...Saya nak peluk awak.Awak wangi sangat lah,"renget Nini.Belum sempat Nini ingin memeluk tubuh Edean,lelaki itu menahan menggunakan kedua-dua tangannya.

"Woo...woo...Kau okay tak ni kesayangan?Aku pulak yang takut," berdebar hebat jantung Edean.Perilaku Nini seolah-olah ingin menggodanya.Bergerak-gerak halkum Edean.

Nini mencebik.

"Awak ni tak sporting lah.Saya cuma nak bau awak je.Perfume awak wangi sangat,"wajah Nini berubah monyok.

"Jangan monyok isteri aku.Nanti kesayangan peluk aku kuat-kuat okay," pujuk Edean lalu menarik lengan isterinya menuju ke meja makan.Bagaikan dikawal,Nini duduk di kerusi meja makan.Lalu,Edean kembali menyambung kerjanya.

Nini menongkat dagunya menggunakan tangan lalu memandang Edean yang membelakanginya.Setelah Edean selesai menggoreng nasi,lekas dia mencedokkan nasi ke dalam dua buah pinggan lalu dibawa ke meja makan.Kerusi di hadapan Nini ditarik lalu Edean melabuhkan punggungnya.

Nini yang masih dalam posisi yang sama mula dihinggap memori lama.

"Lebih baik aku makan dekat luar je dengan perempuan lain.Lagi nikmat daripada makan dengan kau,disgusting!"

Sebaris ayat yang telah menghiris hatinya dulu kini berlegar di kotak mindanya.Masih jelas dalam hatinya,betapa sakit hidupnya saat itu.Jikalau dia harus lalui perkara itu semula,dia tidak tahu sama ada dia mampu atau tidak.

Edean yang melihat Nini hanya termenung sedari tadi sudah resah di kedudukannya.Nini merajukkah?

"Nini,"lembut Edean memanggil tetapi Nini masih tidak memberi reaksi.

Edean bangun.Mendekati Nini lalu melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan isterinya.Nini yang tersedar laju berpaling ke arah Edean.

"Nini,"sekali lagi Edean menyeru.

"Hm,"Nini mengangkat kedua-dua belah keningnya.

"Come.Hug me,kesayangan," Edean mendepakan tangannya sedikit.Nini mengerutkan dahi buat beberapa detik.Tetapi apabila terhidunya minyak wangi Edean,segera Nini mendakap tubuh Edean.Dia sukakan bau Edean.Mata dipejamkan.Menikmati bau yang amat menyenangkan.Semakin erat dia memeluk tubuh suaminya.Edean hanya pasrah dipeluk kuat sebegitu.Dia juga turut membalas pelukan isterinya.Belakang badan Nini digosok lembut.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now