Nini,Syaza dan Qassandra memboloskan diri ke dalam kereta BMW X7 kepunyaan Qassandra setelah lama menghabiskan masa,duit dan tenaga di dalam Pavillion.
Qassandra yang berada di kerusi pemandu itu memandang Nini di sebelah dan turut menoleh Syaza di belakang, "Puas enjoy?"
Nini menangguk laju, "Puas! Sebab pakai kad suami," Nini tersengih sumbing.Seronok dapat habiskan duit Edean.Jimat duit sendiri.Mujur saja Edean memberi kadnya terlebih dahulu semasa Nini bersiap untuk keluar.Tak sangka pula Edean memberi kad dia.
"Untunglah minah ni dapat guna duit laki.Habis kita ni nak pakai duit siapa,Qas?" Syaza mencebik memandang Qassandra.
"Kalau macam tu kau kahwinlah cepat-cepat.Calon dah ada,tunggu korang kahwin aje ni," kata-kata Qassandra mengundang kerutan di dahi Syaza.
"Siapa calonnya?" hairan Syaza.Dia sudah lama hidup bersendirian.Bila masa pula dia buka kaunter untuk calon beratur?
"Aidan!" kata Nini dan Qassandra serentak lalu ketawa terbahak-bahak sebelum kedua-duanya memegang perut masing-masing akibat sakit perut kesan dari ketawa yang terlalu kencang.
"Eh mamat tu bukan lelaki idaman akulah.Suka dia pun aku rasa tak boleh apatah lagi kahwin.A big no!" Syaza memeluk tubuh lalu menyandarkan tubuhnya.Menyampah betul jika kawan-kawannya kenenkan dia dan Aidan.
Nini dan Qassandra pantas memandang antara satu sama lain seraya menahan senyum.
"Biasanya yang taknak-taknak inilah yang Allah akan bagi.Harini cakap tak suka,esok-esok jadi suami.Siapa tahu,betul tak,Nini?" kata Qassandra sebelum ketawa.
"Betul sangat.Jaga-jaga,Syaza," Nini menakutkan Syaza namun gadis itu langsung tidak getar.Bagaimana mahu kahwin jikalau tiada cinta yang tumbuh.
"Kau jangan nak cakap dekat aku sangat ye,Qas.Kau ingat aku tak tahu yang kau dengan Qaiyan,kan?" pernyataan dari celah bibir Syaza membuatkan Qassandra laju membetulkan duduknya untuk memandang ke hadapan.Tali pinggang keselamatan di pakai.
"Bila kena turn dia terus diam," kata Nini lalu ketawa.Syaza mengangguk setuju lalu turut ketawa.
"Dah lewat ni.Jom lah kita gerak balik.Nini,seatbelt," tegur Qassandra.Nini akur lalu membetulkan duduknya dan memakai tali pinggang keselamatan.
"Nini," seru Syaza.
"Hm?" Nini mengerlih ke arah Syaza.
"Aku harap kita dapat lupa apa yang dah jadi haritu," ujaran Syaza mampu menerbitkan senyuman kecil di bibir Nini.
"Biasalah.Dalam persahabatan pasti ada turun naiknya.Tapi aku tak benci kau,Syaza.Sekali pun aku takkan benci kau.Tak kiralah apa pun masalahnya aku tetap akan hargai kau dan Qas sebagai sahabat aku," lembut nadanya sambil menatap jalan raya pada malam yang tenang itu.
"Aku pun sama.Aku memang tak boleh jamin yang aku selalu jadi sahabat kau tapi aku harap doa aku selalu menjadi tali yang sentiasa satukan persahabatan kita bertiga," Syaza menyentuh bahu Nini dan Qassandra yang berada di kerusi hadapan.Bahu yang akan sentiasa menjadi sandarannya jika badai menimpa.Dan bahu itu juga adalah bahu yang akan diraih tatkala terasa jauh.
"Tanpa rasa sayang,tak akan wujud kata mempertahankan.Besar mana pun masalah,kalau kasih sayang masih ada,hubungan tetap akan erat tapi kalau tiada rasa sayang,yang sempurna pun terlihat buruk," Qassandra mula mengeluarkan kata.Sungguh,sesuatu hubungan persahabatan mahupun cinta,tidak akan kekal jika hilang rasa kasih dan sayang.Jika tiada rasa sayang maka tidak wujudlah sebuah kata hargai.
"Aku suka tengok kau dah jumpa kebahagiaan kau sendiri,Nini," Qassandra tersenyum nipis.Dia lega,sekurang-kurangnya dia dapat melihat senyuman indah sahabatnya kembali terukir seperti dulu.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...