"Aku tak cakap abang aku tu jahat.But people changed.Terkadang,keadaan yang memaksa seseorang tu untuk jadi jahat.So,aku cuma nak cakap.Welcome to the hell,Nini Erleesa," Nadhira mengukirkan senyuman sinis lalu beredar meninggalkan Nini.
Tanpa berlengah lagi,perlahan-lahan kaki Nini melangkah naik ke tingkat atas bersama hati yang sayu.Dia harus kuat.Jika ini yang ditakdirkan buat hidupnya,dia harus kuat menelan segala kepahitan yang mendatang.
Sampai sahaja di tingkat kedua rumah agam itu,figura seseorang yang sedang memeluk tubuh di hadapan sebuah pintu itu memenuhi kornea matanya.Lalu,kaki melangkah ke arah lelaki itu.
"Masuk!" tegas Edean menyuruh.
Nini hanya mengakur lalu dia masuk ke dalam bilik yang sungguh cantik itu sebelum bahunya terhinggut akibat terkejut mendengar hempasan pintu yang sangat kuat dipendengarannya.
"Apa semua ni Nini?" dingin suara lelaki itu menyoal namun Nini hanya diam tak berkutik.
Mulutnya seakan-akan terkunci tika ini.Dia buntu.Apa yang harus dia jawab pada lelaki itu? Dia tidak mampu membalas apa-apa kecuali hanya diam.
"I ask you again.Apa semua ni,Nini Erleesa?!" tengking Edean dengan amat kuat sehingga terhinggut bahu Nini buat kesekian kalinya bersama titisan jernih yang mula mengalir keluar membasahi pipinya.
"Kenapa kau menangis,Nini? Kau tak patut menangis pun sekarang ni.Sebab yang patut rasa sedih tu aku,Nini.Kenapa aku langsung tak tahu apa-apa.Kenapa semua perbodohkan aku termasuk kau,Nini? Kenapa semua buat aku macam ni? Kenapa kau yang jadi isteri aku sekarang? Apa yang korang semua dah rancang belakang aku hah?!" Edean menolak-nolak tubuh kecil itu sehingga terhempas di atas sofa.Amukan Edean mula merajai hati.
Makin kuat tangisan Nini kedengaran dan semakin membara api kemarahan Edean Nadhif.Dia rasa ditipu.Dia rasa diperbodohkan.
"Sa..saya ter..paksa Nadhif," teresak-esak Nini menangis di atas sofa.Tidak mampu lagi untuk Nini meneruskan kata.Hanya tangisan yang mampu menceritakan kepahitan yang nyata harus ditelan.
Berombak laju dada Edean.Geram.Dia sangat geram dan marah dengan apa yang berlaku harini.Hari yang disangka bahagia untuknya namun sebaliknya pula yang dia dapat sekarang.
"Apa? Terpaksa? Siapa yang paksa kau untuk kahwin dengan aku hah? Atau semua ni memang rancangan kau sebab dari dulu lagi kau cintakan aku,kan?" tuduh Edean geram.
Edean diam seketika.Hanya tangisan Nini yang terdengar di segenap ruang tersebut sebelum satu senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.
"Aku tak sangka kau ni perempuan murah,Nini.Mesti kau rancang semua ni kan?Lepastu kau paksa semua orang untuk perbodohkan aku macam aku ni tak ada perasaan!" tuduh Edean seraya menatap Nini bersama pandangan yang tajam.
Gadis itu hanya menunduk dan menangis.Hujung baju dicengkam kuat.Hatinya bagai disiat-siat menerima tuduhan lelaki itu.Sampai begitu sekali Edean pandang dirinya.Terlalu rendah kedudukannya dimata Edean.
"Kau memang betul-betul takda maruah,Nini," sinis bicara Edean.Meludahkan segala emosi yang lelah untuk dikawal.
Mata dipejam erat bersama tangisan yang sepeti tiada tanda-tanda ingin berhenti.Sakit.Namun dia tidak berdaya ingin membalas setiap patah perkataan dari lelaki itu.Baru sekejap mereka disatukan namun hatinya sudah sakit sesakit sakitnya.
Edean mendekatkan jarak mereka lalu bibirnya disuakan ke tepi telinga Nini yang masih berlapikkan tudung.Tudung saja belum sempat dibuka,hati Nini sudah lumat dek tuduhan yang direka Edean.
"Kau ingat apa yang aku cakap ni,Nini.Aku,Edean Nadhif tak pernah dan takkan pernah cintakan kau,Nini.Walau secebis pun.Kau ingat kata-kata aku ni sampai kau mati!" kasar bicaranya lalu pergi meninggalkan Nini sendiri.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...