Mata meliar mencari figura yang ingin ditemuinya bersama hati yang berdebar kencang.Entah mengapa hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku namun sedaya-upaya Nini menepis perasaan itu.Tidak berhenti dia berdoa agar semua urusannya dipermudahkan Allah.
Sekarang,dia berada di sebuah restauran yang tidak terlalu ramai orang di dalamnya.Hanya ada beberapa orang sahaja yang makan di restauran mewah ini.Mungkin kerana restauran ini terlalu mewah dan semestinya harga di sini juga tercekik darah jika orang yang tidak berkemampuan makan di sini.Bukan niat ingin mengata namun itu adalah fakta.
Mata terpandang sosok figura yang agak mencurigakan lalu laju kaki diayun ke arah meja yang tersorok itu.
"Awak ke yang nak berjumpa dengan saya?" teragak-agak Nini bertanya.Malu sahaja jika dia tersalah orang.
Wanita itu mengangguk perlahan lalu Nini melabuhkan punggung setelah mendapat anggukan dari orang yang tidak dikenalinya itu.
"Ada apa awak nak jumpa saya? Dan awak siapa?" tidak mahu berlengah lagi terus Nini melontarkan soalan buat wanita di hadapannya itu.
"Aku nak minta tolong dengan kau.Dan aku nak kau mesti tolong aku," ujar wanita itu dengan nada yang serius menandakan dia langsung tidak main-main.
Nini mengerutkan dahinya seketika.Mengapa suara wanita itu terdengar agak familiar?Tetapi tidak terlalu jelas suara sebenar wanita itu akibat dia memakai pelitup muka.Namun dia menepis jauh-jauh perasaan itu.Mungkin perasaannya sahaja.Dia yakin dia langsung tidak mengenali wanita itu.
"Minta tolong apa?" masih banyak soalan yang ingin dia tanyakan namun dia sabarkan hatinya.Terlalu banyak persoalan yang bermain diminda namun dia harus menyoal satu persatu.
"Aku nak kau kahwin dengan Edean Nadhif," tenang wanita yang disebalik cermin mata hitam dan pelitup muka hitam itu berbicara.Ya.Wanita itu adalah wanita yang sama dia melihat tempoh hari di kafenya.Wanita yang menjadi tanda tanya untuknya sejak kebelakangan ini.
Dup.Dap.Dup.Dap.
Semakin laju debaran di dadanya tika ini setelah mendengar butir bicara wanita itu.
"Ta...tapi kenapa?" tergagap-gagap Nini akibat terkejut.Masakan tidak,berjumpa dengan lelaki itu pun tidak apetah lagi mahu berkahwin.Gila!
"Tolonglah Nini.Aku nak kau gantikan tempat aku untuk kahwin dengan Edean," bersungguh-sungguh wanita itu memujuk.
Namun,Nini masih terkejut dengan semua ini.
"Ganti? Ma...Maksudnya,awak ni bakal isteri Nadhif ke?" hatinya bagai ditikam tika ini.Sungguh sakit hatinya apabila mendengar perkataan 'ganti' itu.Itu bermakna Edean sudah mahu menikahi perempuan ini.Air mata sedaya-upaya ditahan di hadapan wanita yang bakal menjadi isteri Edean Nadhif.Seseorang yang dia cintai sejak dulu.
'Kau kuat Nini! Kau kena tenang!' Nini cuba memberi kekuatan pada diri sendiri.
Wanita itu mengangguk.
"Tapi,aku tak boleh nak teruskan semua ini.Jadi aku nak kau ganti tempat aku Nini.Kau tak perlu tanya kenapa sebab suatu hari nanti,aku sendiri yang akan pastikan kau tahu kenapa aku buat semua ni.Aku betul-betul merayu dekat kau Nini.Tolong ganti tempat aku untuk kahwin dengan Edean," rayu wanita itu.
"Kenapa saya? Kenapa bukan orang lain?"
"Sebab aku tahu kau cintakan Edean.Aku tahu kau nak sangat bersama dengan dia,kan? Aku tahu kau masih setia dengan dia sampai sekarang,"
Terkejut Nini mendengarnya.Semakin laju debaran di dadanya tika ini.
"Awak ni siapa sebenarnya? Macam mana awak boleh tahu banyak benda tentang saya?Cara awak cakap macan kita dah kenal lama.Please,awak ni siapa? Tolong bagitahu saya," penuh berharap nada Nini ketika ini.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...