Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu ditolak perlahan oleh lelaki itu lalu menjengulkan sedikit kepalanya untuk melihat ke dalam bilik itu.
Edean menghampiri figura Nini yang sedang nyenyak di alam mimpi itu.Perasaan sayu mula bertandang di hati selepas melihat keadaan isterinya yang meringkuk di atas katil kerana kesejukan.
Pantas belakang tangannya naik menyentuh dahi gadis itu.
Panas.
Itu cukup membuktikan bahawa gadis itu benar-benar demam.
Lalu Edean menarik selimut sehingga ke paras dada isterinya.Edean merenung seketika wajah cantik isterinya lalu dia perasan bahawa bawah mata Nini sedikit basah.
Dia yakin pasti Nini menangis sebelum tidur atau mungkin semasa tidur.
Rasa bersalah semakin menggunung dalam hatinya.Adakah dia punca gadis itu demam?Kerana setiap hari gadis itu mengemas rumah besarnya itu,memasak,mencuci pakaiannya,iron baju-baju kerjanya.Lagipula,gadis itu harus bekerja.
Jadi Nini pasti lelah harus melakukan semua kerja seorang diri.
Edean mengeluh perlahan.
"Sorry,wife," gumam Edean perlahan yang hanya dia sahaja mampu dengari seraya mengesat sedikit cecair jernih yang terdapat di bawah mata isterinya.
Tanpa berlama lagi,Edean mengangkat kaki untuk keluar dari bilik tersebut lalu memandang sekilas ke arah Nini sebelum keluar dari bilik itu bersama perasaan bersalah terhadap Nini.
Mati lamunan Edean apabila merasakan bahunya sedang digoncang kuat oleh seseorang.
"Wey lepaslah!" marah Edean sambil menepis kasar tangan sahabatnya yang sedang menggoncang bahunya itu.
"Kau ni kenapa Edean? Dari tadi aku masuk lepastu cakap dengan kau tapi kau boleh termenung jauh pulak," tutur Qaiyan dengan wajah bengangnya.
"Nasib aku tak buat konsert kat sini then nyanyi lagu ni 'termenung...ku sendiri...'" sempat Qaiyan bernyanyi.
"Kau buat apa kat sini?" soal Edean bermalas-malasan sebelum menyandarkan tubuhnya di kerusi pejabatnya itu.
"Hello cik abe.Mu toksey lunch ke?" soal Qaiyan diselangi dengan nada gediknya.Edean mula melontarkan pandangan menyampah.
"Aku tak selera lah," jawab Edean lalu memicit perlahan pelipisnya.
"Kau okay tak,Ed? Kau tak sihat ke? Ke masalah kau dengan klien tak settle lagi?" tanya Qaiyan bertalu-talu sambil memasang wajah risau.
Edean mengeluh berat.
"Aku okay Qai.Tapi hati aku ni tak tenang daripada tadi," jujur Edean.Walaupun wajahnya tanpa riak namun matanya jelas menyatakan dia mempunyai masalah.
"Kenapa? Cer cite cer cite," Qaiyan mendekatkan sedikit jaraknya dengan Edean yang berada di hadapannya itu sehingga dadanya menyentuh rapat meja kerja Edean.
"Semalam aku marah Nini.Teruk.Sebab masa tu aku stres sangat.Jadi aku lepaskan kemarahan aku dekat dia.Dan semalam juga aku dapat tahu dia demam.Tapi dia still struggle masakkan lauk favourite aku dan belikan barang-barang masak and kek dekat luar even masa tu dia tengah demam.Dia sanggup masak untuk aku sebab dia tahu harini birthday aku.Dulu,dia selalu jadi orang pertama yang wish birthday aku dan sekarang pun dia tetap jadi orang pertama walaupun dia tengah sakit," Edean membuka cerita.Edean menunduk apabila terkenangkan kata-katanya terhadap isterinya semalam.Dia tidak mampu menahan rasa bersalah dalam dirinya yang kian meronta-ronta.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...