Bab 9

1.1K 38 0
                                    

Tangan mengusap kasar rambutnya sehingga serabai.Daripada duduk,dia berdiri dan kini dia kembali duduk di birai katil.

Nafas dihela berat.Telefon bimbitnya masih kemas di genggaman.Sudah berkali-kali dia menelefon gadis itu namun langsung tidak diangkat.Mesej juga sudah beratus-ratus tetapi hanya sepi yang terbalas.

Kemana dia menghilang? Mengapa sikap gadis itu agak lain dengannya sejak kebelakangan ini?

Kepala diangkat lalu figura ibunya yang menapak ke arahnya dipandang sepi.Datin Hazura melabuhkan punggung di sebelah anaknya.Wajah Edean ditatap risau.

"Ed,kenapa ni sayang? Anak ibu ada masalah ke,hm?" soal ibunya lembut.

Dia sememangnya wanita yang lemah lembut.Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan anak mahupun suaminya.Sentiasa berlembut.

Edean membalas tatapan ibunya lalu dia menggeleng kecil.

"Nothing,ibu.Don't worry," Edean tersenyum nipis.Dia tidak mahu ibunya tahu jika dia mempunyai masalah.Dia tidak mahu ibunya risau sedangkan itulah yang terjadi tika ini.

"Edean,ibu kenal anak ibu ini.Mind to share with me,sayang?" lembut Datin Hazura memujuk Edean agar menceritakan masalah yang dilanda anaknya.

Edean menghela nafas berat.Dia tidak boleh menipu ibunya kerana wanita separuh usia itu tetap akan tahu.Firasat ibu.

"Ed risau lah ibu.Lately ni,banyak benda yang ganggu fikiran Ed.Tapi ibu jangan risau ye,Ed okay.Ibu jangan terlalu fikirkan Ed ye," lembut nada Edean berbicara.

Edean memang seorang yang sangat menghormati orang tua dan dia juga tidak pernah berkasar dengan orang tuanya.

"Iyalah.Apa pun masalah Ed.Ibu nak Ed tahu yang ibu akan sentiasa ada untuk Ed and sokong Ed," ucap Datin Hazura lalu mengucup lembut dahi anaknya.

"Goodnight ibu.Ed sayang ibu,"

Datin Hazura tersenyum segaris lalu dia berlalu keluar dari bilik Edean.Sejujurnya,dia bersyukur mempunyai anak yang sangat lembut tutur bicaranya.Sangat menghormatinya serta sangat menjaga hatinya sebagai seorang ibu.

Sementara Edean hanya menatap sepi gambar seorang gadis di galeri telefon bimbitnya sebelum telefon tersebut dimatikan.

Laci meja tepi katilnya dibuka perlahan lalu sebuah kotak yang sederhana besar berwarna merah jambu itu diambil dan diletakkan di atas ribanya.Kotak itu adalah pemberian daripada gadis yang sudah lama dia tidak temui.Perlahan-lahan kotak itu dibuka.

Salah satu gambar gadis itu diambil lalu bibir melorekkan senyuman.Mata setia memandang setiap inci wajah gadis itu.Walaupun mereka jauh namun terasa seakan-akan gadis itu dekat dengannya.

"Rindunya aku dekat kau ni budak," Edean tergelak kecil dihujung bicaranya.

"Kau buat apa sekarang? Kau sihat tak? Aku harap kau masih ceria macam dulu.Kau nak tahu tak? Aku kan,dah nak kahwin tahu.Kalau kau masih rapat dengan aku mesti kau akan datang majlis aku yang dah tak lama lagi dah.Kau jaga diri tau walaupun dimana kau berada.Aku minta maaf sebab tak cari kau tapi aku sibuk sangat.Kau rindu aku tak? Aku cuma nak cakap,aku rindu sangat dengan kau,Nini.Aku nak kita rapat macam dulu-dulu.Kau kawan terbaik aku yang takkan pernah aku lupakan.Terima kasih Nini sebab kau selalu ada disaat aku ada masalah.Kau tak pernah gagal hiburkan aku tapi dah lapan tahun aku tak dengar suara kau yang comel itu.Dah lapan tahun aku tak dengar kau bercerita dekat aku.Sekarang aku hanya mampu menatap gambar kaku je.Kan best kalau kau datang di hari bahagia aku nanti.Mesti kau pun happy tengok aku happy kan? Tapi aku tak tahu kenapa lately ni aku rasa macam ada something wrong yang akan berlaku tapi tak tahu lah apa bendanya.Aku harap semuanya baik-baik saja.Okaylah,aku nak tidur.Goodnight,Nini,"

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now