Minuman berperisa coklat dihadapannya ditatap kosong.Kedua-dua tangan disilangkan manakala insan di hadapan mata langsung tidak dipandang.
Syaza mengeluh resah.Dihirup air cappucinonya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata.
"Nini,aku tahu kau kecil hati kan dengan aku?" Syaza menyoal soalan yang sudah terang lagi bersuluh dia tahu.Melihat tiada secalit senyuman di bibir Nini sudah mampu menggambarkan perasaan Nini.
Nini masih mendiamkan diri.
"Nini,jangan macam ini.Kau selalunya happy tahu jumpa aku.Taknak la senyap macam ni," pujuk Syaza lagi namun langsung tidak mendatangkan hasil.
Nini masih diam tidak bersuara walaupun sedikit.Dia bukan inginkan pujukan melainkan sebuah penjelasan.
Syaza mencebik bibirnya.Dihirup lagi cappucinonya bagi menghilangkan dahaga.
"Hm,sedap lah kopi kau buat ini,weh.Sebab inilah aku suka tahu kopi dekat kafe kau ini.Lagi sedap dari starbucks tahu!" Syaza menayangkan wajah terujanya bagi menunjukkan bahawa dia benar-benar gemar akan air kopi tersebut.Dihirup laju kopi itu sehingga separuh gelas.
Nini melepaskan keluhan.Dia tahu Syaza mahu memujuknya.
"Aku ini bukannya nak kecil hati sangat tahu.Tapi aku tak suka lah kau buat aku macam ini.Kau buat aku tertanya-tanya tahu," geram Nini terhadap sahabatnya.Nini benar-benar keliru bagaimana Syaza boleh mengenali ibu mertuanya dan mengapakah Syaza tidak mengaku Nini sebagai kawan.
"Ala...Aku,aku gurau aje masa itu," Syaza tersengih sumbing.Sengaja mahu bergurau dikala Nini dilanda kemarahan.
"Sebelum kopi kau itu terbang,baik kau jelaskan dekat aku," Nini menegaskan nadanya diselit dengan riak wajahnya yang dibuat garang seiring dengan hatinya yang geram dengan Syaza.
Syaza mengeluh perlahan.Tidak tahu hendak menjelaskan bagaimana.Dia masih belum bersedia mahu memberitahu Nini tentang sesuatu perkara yang disimpan rapi dalam dirinya.
"Nini, aku minta maaf pasal haritu tapi aku rasa takda apa pun yang aku patut jelaskan sebab semua benda itu tak penting pun,yang penting kau tak kecil hati dengan aku lagi," lembut Syaza memujuk.Syaza masih belum bersedia mahu menjelaskan apa-apa.Syaza tahu jika dia menjelaskan semuanya terhadap Nini,Nini sudah pasti sedih.
"Kau mesti ada sorok sesuatu kan daripada aku.Cakap ajela,Syaza.Aku ini dah tak penting lagi ke? Kau dah tak sayang aku ke?" Nini masih berkeras ingin mahukan penjelasan.Nini tidak faham mengapa begitu susah untuk Syaza menjelaskan jawapan-jawapan yang bermain di kepala Nini.Nini yakin Syaza pasti ada sebabnya yang dia mahu sembunyikan.
"Apa kau mengarut ni sengal.Aku sayang kau tahu.Aku sayang kau sangat-sangat.Aku rapat dengan kau daripada zaman kau pakai spender lagi tahu.Aku ingat lagi,masa itu kau pakai seluar dalam aje dalam rumah.Tak pakai baju,tak pakai seluar," Syaza menghamburkan tawa di hujung bicaranya.Sempat Syaza mengungkit kisah lama.
"Ish,apa kau ini," Nini menyimpan senyum.Menyempat Syaza mahu mengenakan dia.
"Kau dengan Qas keluarga kedua aku,Nini.Kau jangan rasa kau tak penting untuk aku.Selama ini,siapa yang selalu dengan aku? Kau dengan Qas kan.Kau ingat senang ke nak stop sayang dekat orang yang kita sayang berbelas tahun," Syaza merenung wajah Nini yang juga menatapnya.
Wajah Nini terlihat kosong namun sedikit sebanyak hatinya terpujuk dengan ujaran Syaza.Nini tahu Syaza ikhlas.Nini percaya Syaza sayangkan dia.
"Kau kenal aku kan,aku ini susah nak sayangkan orang tapi once aku dah sayang,sampai bila-bila pun aku akan sayang," sambung Syaza lagi.Jiwanya berharap agar Nini akan menerima kata-katanya.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...