Sunyi sepi seiring dengan suasana suram di dalam bilik wad yang menempatkan Nini.Edean menatap sayu figura Nini yang terbaring lemah di atas katil pesakit itu.Doktor juga mengenakan alat bantuan pernafasan terhadap Nini memandangkan oksigen Nini sangat rendah.
Edean mengelus lembut kekura tangan isterinya.Tidak terkata hancurnya hati dia melihat Nini terlantar kaku di atas katil pesakit.
Kata-kata doktor yang merawat Nini bagaikan tidak mampu berhenti diulang tayang di dalam benak Edean.
"Doktor,macam mana keadaan isteri saya?" cemas Edean menyoal setelah doktor tersebut keluar dari pintu kecemasan.
Doktor Raf mengeluh lemah.
"Saya minta maaf tapi saya dah cuba sedaya upaya untuk rawat pesakit sampai dia lepas dari tahap kritikal.Tetapi akibat gegaran dan hentakan yang kuat terhadap badan dan kepala dia,isteri encik didapati koma.Oksigen dia juga rendah.Dia juga kehilangan banyak darah.Jadi buat masa ini,saya harap encik dan keluarga dapat bersabar.Saya juga tak dapat nak jamin bila pesakit akan sedar dari koma.Buat masa ini,keadaan isteri encik memang sangat lemah dan potensi dia untuk sedar sangatlah rendah.Kami minta maaf.Sekali lagi kami harap encik bersabar atas ujian ini."
Edean merehatkan kepalanya di tepi lengan Nini.Entah sampai bila dia harus menanti sebegini.Sangkanya apabila dia sudah menemui Nini hatinya lega namun begini pula jadinya.Nini benar-benar pergi.Pergi yang entah bila boleh kembali dan mungkin tidak akan kembali sampai bila-bila.
Edean mengangkat kepala memandang wajah Nini lalu digosok lembut dahi isterinya.Terasa sejuk kulit Nini.
"Nini...Bangunlah, sayang.Kau kan kuat.Kau penat sangat ye? Sebab itu sayang taknak bangun lagi kan? Kau nak rehat sampai bila? Aku rindu dekat isteri aku ini," bicara Edean sendiri.Dia tahu Nini pasti dengar apa yang dia katakan.Dia yakin Nini dengar.
"Bukalah mata,Nini.Aku janji kalau kau bangun aku akan suap kau makan.Aku rindu lah nak tengok mata coklat kau itu.Aku rindu perangai manja kau itu.Aku rindu nak tengok kau peluk aku lepas itu bau aku.Maklumlah,kesayangan kan suka minyak wangi aku.Kau dah taknak bau lagi ke? Kau tak rindu nak peluk aku ke,kesayangan? Aku rindu..." menitik air mata lelaki Edean.Air mata yang jarang jatuh dan sekarang air mata lelakinya menitis kerana insan yang bergelar isteri.Isteri yang dirindui.Isteri yang akan berada di sisi Edean sampai bila-bila.
"Wake up,kesayangan.Please...I miss you so bad.Please wake up for me.Open your eyes.Please..." rintih Edean seraya memeluk tubuh kaku isterinya.Rindunya sudah tidak tertahan.Rasa sedih sudah mengusai jiwa.Perasaan kecewanya mula menghancurkam dirinya sendiri.Kecewa terhadap diri sendiri kerana tidak mampu melindungi Nini.
"Andai masa dapat diundur,benda yang paling aku nak betulkan dalam hidup aku ialah aku nak hargai kau dari awal perkahwinan kita.Aku menyesal sayang.Aku menyesal sungguh-sungguh sebab aku hina kau dulu.Aku tuduh benda yang aku sendiri tahu kau takkan buat.Kalau masa dapat diputarkan,aku akan lindungi kau.Aku takkan biarkan sayang salah faham dengan apa yang jadi.Aku akan payungkan kau sampai ke kereta kau.Kalau aku payungkan kau mesti kau akan selamat," menangis Edean di sisi Nini.Sudah tidak dibendung rasa bersalahnya kerana tidak mampu melindungi Nini.Sungguh,dia merasakan dia suami yang paling gagal.
"I'm sorry,Nini.I know,I know I don't deserve your pretty forgiveness but please...At least you wake up..." Edean sudah kehilangan kata.Air matanya galak menurun membasahi pipi.Kenapa? Kenapa dia gagal menjadi suami yang baik untuk Nini.
Qaiyan dan Aidan yang berada di muka pintu bilik wad tersebut memandang sayu melihat Edean benar-benar berada di tahap lemahnya.
Edean tidak pernah menangis teresak-esak begitu dan hari ini mereka menyaksikan penyesalan Edean kerana silapnya dulu.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Roman d'amour[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...