Bab 30

1.5K 29 1
                                    

Rumah agam yang terletak gah di hadapan matanya ditatap dengan penuh rasa gusar.Terkelip-kelip kelopak mata Nini menatap rumah besar milik ibu dan bapa mertuanya.Dalam hati sudah sarat dengan kekeliruan sama ada dia perlu melangkah masuk atau tidak.

Sudah berbulan-bulan dia tidak menjejakkan kakinya ke rumah keluarga mertuanya.Kali terakhir dia menetap di sini adalah ketika selepas perkahwinannya dengan Edean.

Nini menarik nafas lalu menghembus kuat seraya menyalurkan kekuatan untuk dirinya sendiri agar terus gagah melangkah masuk memandangkan dia hanya bersendirian.Itu pun kerana Edean perlu menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat,jadi Edean memutuskan untuk menghantar Nini ke rumah keluarganya memandangkan Datin Hazura dan Dato' Eriez baru sahaja pulang ke tanah air semalam.Nini hanya bersetuju,lagipun dia sudah lama tidak bersua muka dengan keluarga mertuanya.Mana tahu dapat memujuk hati ibu dan papa mertuanya.

Kaki diangkat masuk ke dalam rumah agam tersebut.Nini memberi salam buat beberapa kali namum tiada sahutan lalu Nini memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam rumah tersebut.

Sedang kaki melangkah ingin menuju ke dapur,kelibat Datin Hazura muncul di sebalik dapur.Jelas wajahnya tampak terkejut dengan apa yang dilihat.Pasti Datin Hazura tidak menyangka Nini masih mampu melangkah ke rumahnya walaupun terang lagi bersuluh keluarga Edean membenci.

Pantas Nini mencapai tangan Datin Hazura lalu dicium lembut kekura tangan wanita itu.

"Ibu sihat?" soal Nini lembut.

"Hm,kalau tak sihat tak adanya ibu dekat sini," balas Datin Hazura dingin.Walaupun dirinya marah namun dia masih berbahasakan dirinya 'ibu'.Datin Hazura tahu walau apa pun terjadi,Nini sudah sah menjadi menantunya jadi dia tetap ibu mertua kepada menantunya.

Nini senyum.

"Papa mana,ibu?" soal Nini lagi.Dalam hatinya sudah melompat gembira.Walaupun begitu,Datin Hazura masih mahu gelarkan dirinya sebagai 'ibu'.

"Tak payah tahu lah kemana dia pergi.Bukan urusan kamu pun kan?" sinis Datin Hazura lalu meninggalkan Nini sendirian.

Baru sahaja Nini ingin memalingkan tubuhnya ke arah belakang untuk menuju ke sofa,satu suara mula menyapa pendengarannya,

"Assalamualaikum," ujar si gadis bersama senyuman indah terlakar di bibir.

Kaku Nini seketika lalu Nini berpaling ke belakang.Nini memandang tepat ke arah figura yang berdiri di pintu utama itu.Terdiam seribu Nini tatkala sosok Syaza Andreya memenuhi pandangan.

Pelbagai persoalan mula memasuki benaknya.Persoalan yang tiada jawapan.

Nini hanya melihat sahabatnya itu menyalam tangan ibu mertuanya dengan mesra.Tidak lekang senyuman di bibir Syaza dan Datin Hazura.Wanita separuh usia itu tampak bahagia bertemu Syaza.Entah bagaimana mereka boleh mengenali antara satu sama lain.

Usai,Datin Hazura dan Syaza bergerak ke arah dapur.Terkedu Syaza apabila matanya mula perasan akan kelibat Nini di situ.

Saat Datin Hazura dan Syaza mendekat,Nini mengukirkan senyuman, "Syaza,kau buat apa dekat sini?" soal Nini tenang.Walhal,dalam hati sudah bercelaru kata hatinya menyatakan perkara negatif.

Syaza diam memikirkan jawapan apa yang patut diberikan kepada sahabatnya.Wajahnya tampak keliru dan terkejut.

"Err...,"

Belum sempat Syaza ingin membalas,Datin Hazura mencelah,

"Eh,Syaza kenal ke dia ini?" tanya Datin Hazura.Sekali lagi Syaza diam tidak tahu hendak memberikan jawapan apa.

Beberapa ketika,Syaza menggeleng tanda tidak mengenali Nini.Giliran Nini pula terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh sahabatnya.Rasa ingin gelak pula dengan jawapan Syaza.Patutkah Syaza menipu,dan mengapa Syaza menipu Datin Hazura.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now