Bab 25

1.6K 34 0
                                    

Alunan ombak yang mampu mendamaikan jiwa itu ditatapnya dengan penuh ketenangan.Orang ramai yang sudah semakin ramai meninggalkan pantai itu dipandang sepi.Waktu maghrib semakin menghampiri.Matahari juga sudah mahu terbenam.

Seketika,Nini memandang wajah Edean yang hanya menampakkan sisi wajah lelaki itu.

"Dah nak maghrib ini.Nak balik pukul berapa?" perlahan Nini menyoal.

"Kita stay sini sampai malam nak? Don't worry,nanti masuk waktu kita solat dekat surau yang ada dekat-dekat sini," mata Edean masih kekal memandang lautan luas yang penuh ketenangan.

Dahi Nini berkerut seketika.Matanya masih pegun memandang ciptaan Tuhan yang lebih indah ini.

"Kenapa tiba-tiba je ini? Nadhif okay? Ada masalah ke? Kalau ada,meh cerita dekat isteri awak ni," Nini tersenyum lebar seraya menyengetkan kepalanya di hadapan wajah Edean.

Edean tidak dapat menyembunyikan tawanya.Dia terhibur melihat wajah comel milik isterinya.

"Takda apalah.Saja nak ajak kau healing.Orang perempuan kan suka healing," selamba Edean menyatakan kebenaran.

Nini mengecilkan mata, "Eleh...Orang lelaki pun sama lah.Suka healing juga!" Nini kembalikan posisi nya bersama sepasang mata yang turut menatap matahari terbenam.

Mereka kembali sepi.Hanya mata yang menyaksikan keindahan alam itu.Bunyian suara-suara di pantai tersebut kian menghilang.

"Cantikkan sunset itu?" Edean menyoal lembut.

"Haah.Awak suka sunset eh?" persoalannya mendapat anggukan dari si suami.

"Suka.Walaupun sunset itu akan meninggalkan," penuh makna jawapan yang terbit dari celah bibir lelaki itu.

Nini membisu buat seketika.Fikirannya mula terkenang akan gadis yang sepatutnya menjadi isteri Edean.Nini sangat mahu mengetahui siapakah gerangan yang memaksa Nini menggantikannya di hari pernikahan mereka.

"Tapi dia dah tinggalkan awak," cukup perlahan namun masih jelas di pendengaran Edean.

Mengenangkan akan gadis disebalik pelitup muka itu membuatkan Nini kembali terjerut dengan kegelisahan dan kegusaran.Persoalan tentang gadis itu masih berlegar memenuhi ruang fikiran.Sehingga ke hari ini,Nini sendiri masih keliru mengapa gadis itu berbuat demikian.Mengapa harus dia yang menggantikan tempat gadis yang tidak dia kenali itu? Nini pasti,gadis itu pasti orang yang dia kenali.Namun,dia tidak tahu kemana mahu mencari sosok itu.Dia yakin,pasti akan terbongkar segalanya suatu hari nanti seperti yang diucapkan gadis itu beberapa bulan lalu.

Tetapi,jika gadis itu kembali,bagaimana jika dia melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada Edean atau dirinya.Atau,bagaimana jika gadis itu ingin bersama Edean semula?Edean semestinya terima kerana gadis itu adalah wanita yang dicintai Edean.Dan Nini pula,seharusnya berpisah dengan sang pemilik hati yang amat dia sayangi.Dia tidak mahu perkara itu terjadi,namun,jika itu suratan yang ditetapkan dia harus menerima walau sepahit mana sekalipun.

Nini tersentak ke alam nyata tatkala Edean menyentuh bahunya.Lantas,Nini menoleh ke arah Edean yang tersedia menatapnya.

"Menungkan apa? Aku tanya kau tapi kau termenung pula.Ingat dah taknak layan aku tadi," Edean menjentik perlahan dahi licin milik isterinya apabila Nini menayangkan sengihan tidak bersalah.

"Sorry...Awak tanya apa tadi?"

"Aku tanya,apa maksud kau?" Edean kini mengulangi pertanyaannya.

"Maksud? Maksud apa?" Nini pula membalas dengan persoalan.Jelas Nini kebingungan.

"Lah...Tadi kau cakap dia dah tinggalkan aku,so siapa dia yang kau maksudkan tu?" wajah kehairanan terpamer di wajah Edean.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now