"Kenapa ini ?" soal Aidan prihatin.Nadanya juga betukar lembut.Terkedu Syaza seketika.
"Aku...Aku betul-betul rasa sedih,Aidan," jujur Syaza kepada lelaki itu.Matanya turut menatap matahari terbenam.
Aidan diam menanti luahan seterusnya dari gadis itu.
"Nini lebih percayakan Humayra daripada aku," cerita Syaza lalu Aidan memandang sekilas ke arah Syaza sebelum kembali memgalihkan pandangannya.
"Nini lebih percayakan gambar jijik yang Humayra beri pada dia berbanding aku.Nini percaya yang aku dan Edean ada hubungan sulit belakang dia.Nini marah bila aku burukkan Humayra sedangkan apa yang aku cakap semua betul," bergetar suaranya meluahkan kepada Aidan.
"Nini tampar aku..." tersebik bibir Syaza lalu air matanya kembali mengalir.Sungguh,dia lemah apabila diuji begini.
"Sakit?" soal Aidan seraya memandang wajah gadis sebelahnya.
Syaza mengangguk, "Tapi,sakit dekat hati masih lagi terasa.Kenapa Nini sanggup percayakan perempuan gila itu daripada aku? Kenapa susah sangat dia nak percaya cakap aku?"
"Sebab dia rasa dikhianati.Dia rasa gambar yang dia tengok dah cukup membuktikan yang kau dan Edean salah.Aku bukan nak backup sesiapa tapi aku tahu dua-dua dikawal emosi masa itu," jawab Aidan.
"Kau cakap apa sampai Nini tampar kau?" soalan Aidan membuatkan Syaza diam memikirkan kata-katanya.
"Aku cakap...Aku tak murah macam dia sampai senang-senang terima untuk kahwin dengan lelaki sampai abaikan keluarga," jujur Syaza.Sedikit sebanyak dia faham kata-katanya agar kasar untuk diluncurkan buat sahabatnya.
"See? Nini takkan tampar sahabat dia sendiri kalau kau tak cakap macam itu.Kau dah lama kawan dengan dia jadi aku rasa kau dah cukup tahu dia jenis orang yang macam mana," Aidan diam seketika.
"Kau mungkin rasa sedih,terkilan,terasa sebab Nini tak percayakan kau tapi kau cuba letak diri kau dalam situasi dia.Agak-agak kau masih boleh percaya ke bila tengok orang yang kita sangat-sangat percaya sebelum ini sekelip mata khianat hidup kita? Mestilah kau rasa kau diperbodohkan.Mestilah kau sepuluh kali ganda kecewa bila orang yang kau sayang khianat kau," kata-kata Aidan sedikit sebanyak meresap masuk ke dalam hati Syaza.
"The best way to understand is when you try to put yourself in that's person situation and think what you would do if you was in their shoes.Maybe worse or maybe better," nasihat Aidan membuatkan Syaza terdiam.Dia tahu,dia tahu Nini emosi dan dia tidak patut menyalahkan Nini seratus peratus.Kerana Syaza tahu,jika dia di tempat Nini pasti akan lebih teruk dia lakukan memandangkan Nini lebih penyabar.
"Tapi takkan lah dia tak boleh nak fikir logik.Nini kenal aku sangat-sangat.Dia tahu aku takkan buat benda bukan-bukan macam dalam gambar itu,lagi-lagi dengan suami dia sendiri.Tapi dia tetap pilih untuk ikut emosi dia.Dia tetap percayakan cakap Humayra.Aku faham dia terluka tapi tak boleh ke dia dengar dulu semuanya," Syaza mengeluh pasrah.Letih hendak memikirkan hubungannya dengan Nini yang sudah parah retaknya.
Aidan memandang Syaza.
"Sebab itu aku cakap,cuba letak diri kau dalam situasi dia," ulang Aidan lagi.
"Kau tahu tak perkara yang paling menakutkan adalah bila kita tergoda dengan hasutan syaitan.Sebab itu bila kita dalam keadaan marah,masa itulah kita kena guna iman kita untuk kawal akal kita.Kalau tak,macam inilah jadinya.Bergaduh.Sebab apa? Sebab syaitan hasut kita macam-macam sampailah pergaduhan berlarutan.Tak kiralah apa pun masalahnya,duduk dan bertenanglah.Baliklah pada Allah dulu barulah kita buat keputusan sebab percayalah kita dah takkan fikir apa yang kita akan cakap saat kita marah.Apa yang jadi keutamaan masa marah adalah kepuasan hati," ujar Aidan lagi.Syaza hanya serius mendengar tanpa celahan.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
عاطفية[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...