Bab 19

1.4K 42 2
                                    

Selesai sahaja mereka menunaikan solat berjemaah,mereka sama-sama menadah tangan untuk memanjatkan doa pada yang maha esa.

"Ya Allah,kau ampunilah segala dosa-dosa kami yang telah kami lakukan dan yang akan kami lakukan.Ya Allah,kau jadikanlah kami seorang hamba yang tenang dan kuat,kau jadikanlah kami seorang hamba yang mampu menghapuskan rasa dendam dengan memaafkan.Ya Allah,kau jadikanlah kami seorang hamba yang mampu membaluti luka di hati kami dengan kesabaran dan kau jadikanlah kami seorang hambamu yang mampu menahan rasa marah dan emosi.Amin,amin ya rabbal alamin," usai Edean menghabiskan doanya,pantas Nini mendekati suaminya lalu menghulurkan tangan untuk menyalam.

Edean hanya membalas huluran tangan isterinya sebelum dia merasakan bahawa kekura tangannya dikucup lama oleh Nini yang berada di hadapannya itu.Edean hanya membiarkan Nini mengucup kekura tangannya sehingga perlahan-lahan Nini mengangkat wajah memandang tepat ke dalam anak matanya.

Lama mereka saling bertatapan seolah-olah sedang mengalirkan rasa cinta yang terkurung di dalam jiwa.

Edean yang sudah tenggelam dalam tatapan isterinya kini kembali ke realiti lalu perlahan-lahan lelaki itu menarik tangannya yang berada di genggaman Nini.

Nini hanya membiarkan tanpa ingin menghalang.Mungkin saja Edean jijik dengan sentuhannya.

"Nadhif...," meliar anak mata Nini memandang setiap inci wajah suaminya bersama suara yang tidak tertahan.Sebak.Dia sebak tika ini.

"Maafkan saya...Tolong maafkan saya jika saya ada tertinggi kan suara dekat awak semalam," mohon Nini bersama air mata yang sudah mula mengalir membasahi pipi mulusnya.

"Saya sayang awak...Saya tak mampu untuk benci awak setelah apa yang awak dah buat pada saya.Saya tahu saya dah hancurkan kebahagiaan awak...Saya sedar saya banyak silap dengan awak...Tapi percayalah,saya ada sebab saya sendiri..." lemah suara Nini.Semakin laju air matanya jatuh bercucuran begitu juga dengan tangisannya yang kian terdengar di segenap ruang itu.

"Tolong Nadhif...Tolong balas cinta saya...Tolong belajar terima saya sebagai takdir hidup awak...Saya takut kalau saya tak mampu untuk terus berada di sisi awak...Hati saya hancur,tapi hati saya akan lebih hancur kalau saya berhenti berjuang untuk terus meraih cinta awak yang masih jauh untuk digapai.Saya sanggup beri awak masa sebanyak mana pun asalkan awak boleh terima saya seadanya," teresak-esak Nini menangis di hadapan suaminya berharap agar lelaki itu memeluk dan menenangkannya.

Namun hampa.Edean hanya melihat isterinya yang sudah tersedu-sedan menangis tanpa ada rasa ingin memujuk mahupun memeluk.

Hatinya dipagut rasa simpati namun Edean tidak boleh kalah dengan perasaan kesiannya.Hatinya sudah terukir nama seorang gadis yang sudah bertahun-tahun bertakhta di hatinya.Mungkin juga Nini hanya berlakon di hadapannya hanya kerana ingin meraih simpati darinya agar dia membalas cinta isterinya itu.

"Tak! Aku takkan boleh balas cinta bodoh kau tu Nini.Aku cintakan perempuan lain.Hati aku dah dimiliki orang lain.Dah tak ada ruang lagi untuk kau dihati aku.Cinta aku langsung tak tersisa untuk kau.Kau lupa ke Nini? Kau sendiri yang cakap kau akan ikhlaskan aku kalau aku bersama wanita lain tapi kau tengok apa kau dah buat.Kau sendiri yang hancurkan kebahagiaan aku,Nini.Kau sendiri yang buat aku bencikan kau," bicara Edean kasar lalu bangkit dari duduknya untuk melangkah keluar dari biliknya itu.

"Kau yang mulakan semua ni,jadi kau jangan tanya kalau pengakhirannya nanti kau yang merana," sinis bicara Edean yang berdiri di pintu biliknya itu.Wajah Nini langsung tidak ditoleh.

"Tolong hargai saya,Nadhif.Sebab saya tak janji untuk kembali lagi dalam hidup awak," ujar Nini perlahan bersama sisa tangisan yang semakin reda namun dalam hatinya hanya Allah yang tahu.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now