Bab 34

1.3K 29 0
                                    

Qassandra menilik dirinya yang mengenakan baju hitam dan coat hitam serta seluar juga berwarna hitam.Ada seseorang yang menyuruhnya mengenakan outfit berwarna hitam.

Setelah beberapa minit menunggu,Qassandra keluar dari rumah besar tersebut apabila kereta myvi berwarna pink sudah terpacak di hadapan pagar rumah.

Pantas Qassandra memboloskan diri ke dalam kereta tersebut.Terpegun dia melihat Qaiyan yang seperti terlebih hensem.Patutlah lelaki itu menyuruh Qassandra memakai outfit hitam,rupa-rupanya Qaiyan juga memakai serba hitam.T shirt hitam,seluar hitam,kasut hitam dan spek mata hitam.

"Hi awak," sapa Qaiyan teruja.Terlebih teruja melihat Qassandra yang sangat cantik.

"Waalaikumsalam awak," sengaja mempamerkan senyuman yang cukup manis.Ditekankan salamnya.

Qaiyan membetulkan duduknya sebelum berdehem perlahan menghilangkan malu.

"Assalamualaikum,cik bunga," lembut Qaiyan memberi salam sambil tersenyum manis.

"Cik bunga lagi? Huh whatever," ujar Qassandra pasrah.
"Jom kita gerak," ajak Qaiyan sebelum Qassandra mengangguk setuju.

"Awak dah makan?" soal Qaiyan prihatin.

"Dah.Awak?"

"Saya pun dah.Tapi kalau awak lapar lagi cakap aje lah.Saya boleh belikan makanan dulu untuk awak," balas Qaiyan membuatkan Qassandra menahan senyum.

"Awak nak bawa orang pergi mana ini?" tertanya-tanya Qassandra tentang hala tuju mereka hari ini.

"Adalah.Nanti dekat tempat itu mesti cik bunga akan seronok," yakin bicara Qaiyan.

Qassandra hanya diam tidak membalas.Tunggu sajalah.

Sejurus,mereka tiba di sebuah studio yang tidak terlalu besar namun tida terlalu kecil.Just nice.

Mereka sama-sama keluar dari kereta tersebut dan berjalan beringan menuju ke pintu studio tersebut.

Ternganga mulut Qassandra setelah Qaiyan membuka pintu untuknya bagi memberi ruang untuk Qassandra masuk terlebih dahulu.

"Tahulah cantik tapi cik bunga tak payahlah ambil kerja part-time jadi patung dekat tengah-tengah pintu studio saya ini," ujar Qaiyan membuatkan Qassandra berganjak ke hadapan dah melihat lukisan-lukisan yang sangat cantik dan sempurna memenuhi pandangannya.

"Siapa yang lukis semua ini?" tanya Qassandra yang masih setia menatap lukisan-lukisan yang cukup cantik.Ada lukisan yang menggambarkan keindahan laut.Ada lukisan rama-rama yang dicampurkan warna hitam dan ungu gelap.Namun,ada satu lukisan yang berada di penjuru dinding.Lukisan tersebut menggambarkan seorang wanita.Namun wajahnya tidak kelihatan.Lukisan tersebut cukup cantik di mata Qassandra.

Qaiyan hanya mengikuti langkah Qassandra kemana sahaja gadis itu pergi.Meleret senyuman di bibir Qaiyan apabila Qassandra tidak berkelip menilik lukisan seorang wanita.Tanpa Qassandra tahu,perempuan di dalam lukisan itu ialah Qassandra.Qaiyan sudah lama menggantung lukisan tersebut dan Qaiyan sendiri yang melukis lukisan tersebut sejak pertama kali dia melihat Qassandra semasa Qassandra menghantar bunga ke rumahnya.

"Saya suka lukisan ini," jujur Qassandra.

"Kenapa?"

"Sebab saya rasa perempuan dalam lukisan ini macam saya," entah mengapa Qassandra merasakan wanita tersebut adalah dirinya sendiri.

"Kalau orang cakap itu memang awak,awak percaya tak?" tanya Qaiyan.

"Ish,awak ini nak menipu pun agak-agaklah.Dah buang tebiat ke awak tiba-tiba nak lukis gambar saya pula," laju Qassandra memberikan jawapan.Memang sungguh dia tidak percaya Qaiyan melukis dirinya.Tidak mungkin!

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now