Setiap pasangan pasti bertemu dengan cara yang tersendiri.Dan setiap mereka juga pasti disatukan dengan cara yang berbeza-beza.Pertemuan yang indah mahupun sebaliknya adalah takdir yang telah Tuhan tetapkan buat hamba-hambanya.Begitu juga dengan penyatuan.Jika takdir mereka hanya sekadar pertemuan maka tidak akan adalah penyatuan di antara mereka melainkan Allah mengubah takdirnya hanya untuk memakbulkan doa hambanya.
Dia redha.Jika ini adalah jalan takdir hidupnya,maka harus lah dia terima bersama hati yang terbuka.Jika ini yang sudah Allah tetapkan untuknya,maka akan dia terima semua ketentuan ini dengan sabar dan tabah.
Air mata yang bergenang ditahan sekuatnya agar tidak tumpah membasahi pipi mulusnya.Mata hanya menunduk memandang jari-jemarinya yang bersih tanpa sebarang inai.Bibir yang disebalik purdah itu digigit kuat.
Perasaan yang bercampur baur itu sedaya-upaya ditenangkan.Tidak mudah untuk dia melakukan semua ini.Berkahwin tanpa pengetahuan keluarga adalah satu perkara yang tak pernah terfikirkan olehnya namun itulah yang dihadapinya sekarang.
Qassandra mengusap lembut belakang tubuh sahabatnya bagi menyalurkan kekuatan.Dia tahu Nini keliru dengan apa yang dia buat.Dia sedih dengan apa yang harus dia hadapi dan dia juga gembira dapat bersatu dalam ikatan yang sah bersama jejaka yang tulus dia cintai.
Sementara Edean hanya memandang sekeliling masjid tersebut.Dia berasa cukup aneh sekarang.Aneh kerana tiada seorang pun ahli keluarga pihak perempuan di situ.Yang ada hanyalah beberapa orang kawan pihak perempuan termasuk Qassandra Xeraisyia.Dia cukup kenal dengan sahabat baik Nini itu namun tak disangka gadis itu juga hadir di majlisnya.Tetapi,dimanakah Nini? Takkan hanya Qassandra yang datang?
Pengantin perempuan juga kelihatan sedikit pelik kerana dia hanya menunduk sejak tadi.Tidak dapat Edean melihat wajah bakal suri hatinya itu.
"Boleh kita mulakan sekarang?" suara garau tok kadi membuat Edean memberikan fokus sepenuhnya ke arah lelaki separuh usia di hadapannya itu.
Edean menoleh ke arah papanya.Setelah mendapat anggukan dari orang tuanya itu lalu dia pun menyambut huluran tangan tok kadi.
Nafas ditarik dan dihembus perlahan bagi menghilangkan rasa gugup di hati.
"Edean Nadhif bin Eriez,"
"Saya," Edean menegakkan sedikit tubuhnya.Rasa berdebar yang bersarang di hati cuba ditenangkan sebaik mungkin.
"Aku nikahkan dikau dengan Nini Erleesa binti Nairiel dengan mas..."
"Tok!" Edean memotong bicara tok kadi setelah mendengar nama yang baru sahaja meniti di bibir lelaki tua itu.Dadanya semakin laju berombak.Semua pandangan hanya fokus diberikan kepada Edean.Ada juga yang mula berbisik-bisik.
"Bo...Boleh mula sekali lagi?" soal Edean bersama perasaan yang penuh gugup.
Tok kadi hanya membalas anggukan sebelum menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Edean.
"Edean Nadhif bin Eriez,"
"Saya,"
"Aku nikahkan dikau dengan Nini Erleesa binti Nairiel dengan mas kahwinnya berjumlah 300 ringgit tunai,"
Debaran di jantungnya semakin laju.Dadanya sesak.Nafasnya bagai tersekat di celah kerongkongnya.
"Sayang,Ed dah janjikan taknak malukan ibu dan papa," bisik Datin Hazura di telinga anaknya seraya menggosok perlahan bahu Edean.
"Ed,teruskan," bisik Dato' Eriez pula di telinga Edean sebelum menepuk bahu anaknya perlahan bagi memberi kekuatan pada anak sulungnya itu.
Edean memejamkan matanya seketika.Nafas cuba dikawal sehabis baik.
![](https://img.wattpad.com/cover/335627378-288-k617493.jpg)
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...