Edean menyapu lembut titisan air mata Nini lalu mengusap pipi isterinya.
"Jom,tidur dengan aku," ajak Edean lalu bangkit dari duduknya.Jarinya menggenggam kemas tangan Nini.Nini diam namun masih akur.Nini bangun dan mengikuti langkah Edean menuju ke bilik tidur Edean.
Masuk sahaja ke dalam bilik tidur Edean,langkah Nini terhenti.Kenangan lama mula menyinggah di benaknya.Kenangan pahit yang mengingatkannya dengan kata-kata kasar Edean.
"Aku haramkan kau tidur dekat atas katil aku ni sebab syaitan yang bertopengkan manusia macam kau tak layak dan takkan pernah layak sentuh katil aku.Sedar diri,Nini Erleesa.Kau ni tak ubah macam sampah dalam rumah ni!"
Nini kaku.Mengapa dia perlu ingat lagi.Dia tidak mahu ingat kata-kata Edean terhadapnya dahulu.Terlalu sakit untuk diulang lagi di dalam fikirannya.
"Nini," suara Edean menyapa membuatkan Nini berpaling memandang wajah Edean.
"What's wrong,hm?" soal Edean melihatkan Nini hanya diam tidak bersuara sedari tadi.
Nini menggeleng tanda tiada apa-apa.Lantas,Edean menarik lembut tangan isterinya mendekati katil.Kemudian,mereka sama-sama melabuhkan punggung di hujung katil.
Edean pandang Nini.Namun,Nini hanya menunduk.
"Kita tak pernah tidur sama-sama kan? Mulai hari ini,kita tidur sama-sama.Nanti aku bawa barang-barang kau pindah bilik aku," ujar Edean.Laju Nini menoleh suaminya.
Mimpikah Nini?
"Kenapa Nadhif nak tidur sekali? Awak kan tak su..," belum sempat Nini menghabiskan ayatnya,pantas Edean memotong.
"Tempat kau di sisi aku.Dan tugas aku untuk sentiasa pastikan isteri aku selalu di sisi aku.Aku tak suka kesayangan cakap pasal dulu lagi.I'm sorry,Nini.Aku cakap macam tu dulu sebab emosi aku yang kawal diri aku.Aku betul-betul minta maaf," untuk kesekian kalinya,Edean memohon maaf pada Nini.
Nini terdiam lama.
"Tak apa.Saya faham suami saya.Itu kan kisah dulu.Sorry juga sebab dah ungkit," giliran Nini pula meminta maaf.Rasa bersalah pula membuatkan Edean rasa bersalah.
Edean menayangkan senyuman manis.
Selang beberapa detik,Nini menguap menandakan dia perlu menyambung tidurnya.Edean ketawa geli hati melihat wajah mengantuk isterinya.
"Nampaknya Nini aku kena sambung tidur ni.Jom kita tidur," kata Edean lalu mereka sama-sama berbaring di atas katil Edean.Tetapi masing-masing hanya keras di posisi masing-masing.
Kedua-dua nya rasa janggal akibat tidak pernah sekatil.
Beberapa ketika,Edean mengiringkan badannya menghadap Nini.Denyutan jantung semakin tidak keruan.Sungguh Edean berdebar sama seperti Nini.
"Kau taknak peluk aku?" sengaja Edean bertanya.Lebih kepada mengusik kerana melihatkan dada Nini berombak laju.Muka pun sudah merah.
Nini menekup wajahnya menggunakan kedua-dua tapak tangannya.
"Boleh ke?" soal Nini.Entah bagaimana boleh terkeluar soalan begitu.
Edean mengerutkan keningnya, "Dah kenapa pula tak boleh,hm?" soalan dibalas soalan.
"Saya malu ni awak," jujur Nini yang masih menekup wajah.Perasaan malu mengurung jiwa.
Edean ketawa kecil.Rasa ingin menjerit melihat kecomelan Nini.Senyuman lebar terlakar indah di bibir Edean.
"Aku rasa nak jerit lah tengok perangai comel kau ni,kesayangan," kata Edean lalu memejam matanya seketika.Sempat Nini melihat sedikit muka Edean yang juga kelihatan comel itu.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...