Bab 38

1.6K 30 1
                                    

"Kau okay?" soal Aidan apabila tiba di muka pintu.

"Hm.Aku...Cuba untuk okay," balas Syaza bersama wajahnya yang kosong.Sejujurnya,hatinya masih cukup marah dan terasa terhadap Nini.

"Faham.Everything take time.Tapi jangan lama sangat.Terkadang nak buat benda elok perlu paksa diri kalau tidak,tak menjadi," nasihat Aidan seraya menunduk untuk memakai kasutnya.

Syaza sekadar mengangguk lalu menghantar Aidan dengan pandangan kosong.Qassandra sudah terpacak di pagar rumah.

"Kau nak pergi dengan motor ke,Ed?" soal Qassandra setelah Edean selesai memakai helmetnya.

"Eh takdalah.Aku nak balik kejap ambil barang lepas itu gerak dengan kereta.Jauh juga Kuala Terengganu sana," Edean memberi jawapan.

"Kitorang gerak dulu tahu cik bunga.Awak jaga diri baik-baik ye.Jangan lupakan saya," Qaiyan mengenyitkan matanya menyebabkan Qassandra menggeleng kepala.Sudah faham benar dengan perangai Qaiyan.

Edean dan Aidan yang melihat perangai sahabatnya sudah menjeling geram.Tahulah suka tapi janganlah tunjuk sangat.Si Qassandra pun nampak tak berminat.

"Korang hati-hati," pesan Qassandra lalu mendapat anggukan dari ketiga-tiga jejaka itu

Sempat Aidan memandang Syaza beberapa saat yang juga merenungnya sebelum mereka bergerak pulang.

*****

Air sungai yang tenang itu ditenung lama oleh Nini.Jambatan angkat yang juga menghiasi pandangan telah menyempurnakan keindahan sungai tersebut.Bertambah cantik dengan lampu yang berada pada jambatan angkat itu.

Nini duduk bersendirian di bangku di pesisir payang.Penat berjalan seharian.Tetapi hati tetap juga memberat mengingatkan masalah yang melanda.Fikiran tidak berhenti mengingatkan tentang masalahnya.Jasadnya mungkin kesini kemari tetapi hatinya,langsung tidak berganjak dari masalah rumah tangga.Dengan hubungannya dan Syaza hampir hancur lagi.

Nini mengeluh berat.Direnung tidak habis air sungai yang menyenangkan itu.

"Apalah agaknya yang berlaku dekat sana," kata Nini perlahan.

"Diorang risau ke pada aku? Entah-entah takda siapa kisah pun," Nini ketawa sinis mengejek diri sendiri.Berasa tidak penting bagi semua orang.

Telefon di dalam poket hoodie diambil lalu dibuka galerinya.Nini menatap sayu gambar keluarganya.Rindu yang terkurung pada insan paling dia sayangi tidak terluah sudah beberapa bulan.Sungguh berat perjalanan hidupnya.Takdir yang tidak pernah disangka-sangka.Mula-mula kahwin dengan Edean,kemudian dibuang keluarga,jadi bahan hinaan Edean,kemudian bila dah bahagia,dia ditikam belakang oleh sahabat dan suami sendiri.Sukar untuk mengucapkan betapa susahnya untuk melalui setiap detik kesedihan di dalam hidup.

"Mama,abah,abang Eian.Adik rindu korang.Nanti keluarga kita bersatu semula ye?" perlahan-lahan air mata Nini menitis.Nini hanya membiarkan.Sungguh dia penat untuk menahan air matanya lagi kerana dia tahu,bagaimana dia cuba tahan pun,air mata dia tetap akan laju mengalir.

Dibelek-belek gambar di galerinya sehinggalah terbit gambarnya bersama Edean.Terhenti jari Nini tatkala mata terpaku akan wajah suaminya.

Wajah yang sangat dia rindu dan cinta tetapi...

Tidak dapat menahan sebak lagi Nini menatap wajah Edean,Nini mengangkat kepala kembali menatap sungai di hadapannya itu.Air mata tetap saja mengalir seolah-olah peneman Nini di dalam kesedihan.Hanya air mata yang setia padanya.

Nini melihat jam tangannya sekilas.Jam sudah pun menunjukkan pukul 12:15 malam.Sudah terlalu lewat untuk seorang wanita bersendirian di luar.Orang ramai juga sudah beredar pulang sehingga tiada lagi suara-suara menemani tetapi Nini masih tidak berganjak.Dia tenang berada di situ.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now