Bab 44

1.7K 37 0
                                    

Edean berpura-pura tidak mendengar telatah isterinya yang menyuruh untuk menjawab soalannya.

"Nadhif...Jawablah," desak Nini lagi.

"Jawab apa?" Edean berpura-pura tidak tahu.

"Jawablah soalan saya tadi," balas Nini.Dia benar-benar ingin tahu jawapannya.

"Tak ingatlah soalan yang mana,"

"Awak ni...Saya tak main-mainlah awak," kata Nini geram.Edean sengaja saja mahu mencari pasal.Malaslah nak melayan.

"Saya pun tak main-main tau awak," Edean tersengih memandang Nini.Sengaja mahu menyakat isterinya.

"Cepatlah jawab soalan saya," Nini membuat nada kesian.Kepalanya sudah senget memandang wajah Edean.

"Soalan yang mana ni kesayangan?" soal Edean lagi.Semakin disuruh, semakin dia main-main.Sengaja mahu membuat isteri sendiri merajuk lagaknya.

"Itu yang tadi tu saya tanya awak," Nini mengeluh geram.Pasrah saja melayan Edean.

"Cantiknya sayang aku," Edean mencuit pipi Nini sekilas.Tidak dijawab soalan isteri malah dia memuji pula.

"Terima kasih.Tapi saya tak suruh awak puji saya dan saya nak tahu jawapan awak," Nini menukarkan kedudukannya menghadap Edean di sebelah yang asyik memandu.Disentuh lengan suaminya sebelum digoncang perlahan.Edean sekadar tersenyum.

"Buruklah sayang aku ni," gurau Edean seraya ketawa.

"Saya tak suruh pun awak kutuk saya!" Nini menahan geram.Namun tidak dinafikan dia juga mahu ketawa.

"Lah,kok gitu sih.Puji marah kutuk marah.Ya udah,apa sih yang kamu mau?" Edean berbicara di dalam bahasa Indonesia.Semakin galak dia mengusik si isteri.

Terhambur ketawa Nini yang ditahan sedari tadi.Sudah tidak tahan melihat wajah Edean yang agak lucu sehingga membuatkan dia ingin melepaskan tawanya.

"Aku maunya jawapan kamu," balas Nini turut di dalam bahasa Indonesia.Edean mula, dia sambung.

"Kamu maunya jawapan tapi aku maunya kamu," Edean tersenyum lebar.Diambil jari jemari Nini lalu digenggam.

Sekali lagi Nini ketawa, "Mas,bisa serius dikit gak mas?" balas Nini lalu kedua-keduanya melepaskan ketawa.

"Serius gimana?"

"Jawab sih pertanyaanku," balas Nini sambil tersengih.Tidak mampu lagi menahan senyum.Geli hatinya melayan perangai Edean.

"Bisa aja tapi aku mau upah.Boleh nggak?" Edean tersenyum penuh makna.Dikenyitkan matanya sekali.

"Iya semuanya boleh untuk kamu,"

"Jadi boleh kau ulang soalan kau?" tanya Edean yang sudah kembali serius.

"Kalau diberi pilihan,awak akan cintai saya atau Humayra?" Nini mengulangi pertanyaannya di awal-awal tadi.Kali ini, nadanya serius.

"Kau tak perlu beri aku pilihan Nini sebab jawapan dia kau sendiri boleh nampak.Aku pilih orang yang menjadi takdir aku.Aku pilih orang yang aku titipkan di dalam doa aku selama ni," ringkas jawapan Edean.Wajahnya terlihat tenang.Edean faham Nini pasti inginkan kejujuran darinya.Nini perlukan kejujuran bagi melindungi hatinya daripada terluka kerana Edean lagi.Namun, tidak cukupkah jawapan yang Edean berikan tempoh hari.Tidak cukupkah Edean telah memilih Nini dihadapan Humayra tempoh hari.

"Siapa yang awak titipkan dalam doa?" Nini menggigit bibir.

"Bukan sesiapa.Tapi,aku selalu doa agar Allah jodohkan aku dengan wanita yang terbaik menurutNya.Aku selalu minta agar Allah kurniakan bidadari cantik yang betul-betul boleh melengkapi setiap kekurangan aku,yang boleh terima saja apa adanya aku dan benar-benar ikhlas nak membahagiakan aku," jujur Edean tulus.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now