Beberapa bulan kemudian,
Mata dikerdipkan beberapa kali bagi menghilangkan rasa kantuk.Papan putih menjadi hidangan mata.Pelipis dahi diurut perlahan bagi mengurangkan rasa pening di kepala.
Sungguh tidak bermaya dirinya ketika ini.Mata layu,pening kepala,muka pucat.Entah mengapa tiba-tiba sahaja Nini demam di sekolah padahal dia sihat saja semasa waktu pagi tadi.
Nini memanggung kepalanya apabila tersedar terdapat figura seseorang sedang berdiri di hadapannya bersama roti jagung dan sekotak air milo di tangannya.
Roti tersebut dihulurkan lalu Nini menyambut seiring mengukirkan senyuman nipis.
Edean melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Nini.
"Makan lah roti itu.Aku ada beli air juga.Nah!" sekotak air milo diletakkan di atas meja Nini.
"Kenapa Nadhif beli makanan ini untuk saya?" soal Nini sebelum menyuapkan roti tersebut ke dalam mulutnya.Walaupun tidak lapar namun Nini tetap memaksa dirinya makan bagi mengisi perutnya yang kosong.
"Bismillah Nini," tegur Edean seraya memegang plastik roti yang berada di tangan Nini.Soalan gadis itu diabaikan.
Tersengih Nini lalu mengucapkan bismillah dan menyambung suapannya.
"Aku belikan roti dan air untuk kau sebab aku tahu kau belum makan lagi.Lagipun kau kan pernah cakap yang kau tak suka sarapan awal pagi.So I think the last time you ate was yesterday,right?"
Nini sekadar mengangguk.
Tidak sangka bahawa lelaki itu masih ingat yang Nini pernah berkata bahawa dia tidak suka sarapan terlalu awal.
'Aww!Caringnya dia...' getus hati Nini.
Edean hanya memandang ke luar tingkap sementara menunggu Nini menghabiskan roti yang dibelinya itu.Tidak betah memandang anak dara orang lama-lama.Bahaya!Nanti ada yang ketiga menghasut.
Mereka hanya selesa diam.Memandangkan Nini demam jadi dia tidaklah ceria seperti sebelum ini.
"Nini," Edean bersuara setelah beberapa minit mereka berdiam diri.
"Ye Nadhif?" sahut Nini.
"Kenapa kau panggil aku Nadhif? Kenapa bukan Edean?" setelah lama memendam soalannya itu,akhirnya dapat juga dia suarakan.
Tergelak kecil Nini, "Lah.Itu je ke soalannya? Mudah jawapannya,sebab saya suka nama Nadhif berbanding Edean.Lagipun semua orang panggil awak Edean atau Ed.Jadi,saya panggil lah awak Nadhif.Baru lah special," Nini kenyit mata.
Sejak dulu lagi dia memang suka akan nama Nadhif itu.Bukan hanya sekadar ingin merasa special.
"Jadi,kau akan panggil aku Nadhif sampai bila-bila?" tanya Edean.
"Yes! Sampai bila-bila dan tidak kira lah apa pun yang berlaku,saya tetap akan kekal panggil awak Nadhif," yakin bicara Nini.Senyuman setia menghiasi bibir.
Tersenyum Edean mendengarnya.Entah mengapa hatinya gembira mendengar jawapan Nini.Mungkin kedengaran pelik jika Nini memanggilnya 'Edean'.
"Edean," perlahan suara Nini memanggil lelaki di hadapannya itu.
Edean mengerutkan kening.
Ha! Kan pelik itu bila Nini memanggilnya dengan gelaran 'Edean'.
"Tak adalah gurau aje!" Nini menayangkan sebaris gigi putihnya.Walaupun dia tidak sihat namun masih lagi ceria jika bersama Edean.
Maklum lah Edean ibarat penyemangat untuk Nini.Jika Edean tidak hadir ke sekolah,murung seharian Nini dibuatnya.Bernasib baik Nini kerana Edean jarang tidak hadir ke sekolah.
![](https://img.wattpad.com/cover/335627378-288-k617493.jpg)
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...