Bab 43

2K 40 2
                                    

"Kalau aku tak sayang kau,aku takkan buat keputusan untuk kahwin dengan kau dulu,Humayra Qallea," sampuk satu suara yang berada di muka pintu.Qaiyan dan Aidan hanya teguh berdiri di belakang Edean.

Laju Humayra mengalihkan badannya memandang sosok Edean Nadhif yang berada di pintu tersebut.Semua pandangan mula hinggap pada figura Edean.Nini menatap kosong Edean yang melangkah menghampiri mereka.Syaza dan Qassandra yang baru tiba pantas mendekati Nini.

Humayra pantas berdiri lalu menapak ke arah Edean bersama keresahan yang menimbul tinggi di dalam dada.

"Edean..." air mata Humayra masih mengalir laju di pipinya.Terkejut melihat sosok Edean tiba-tiba sahaja muncul.Jantungnya seakan tidak mampu berdegup dengan tenang saat Edean sudah tepat berada di hadapan mata.

"Kalau kau sayang aku,mana buktinya? Hilang  waktu hari pernikahan kita? Itu ke bukti yang kau sayangkan aku,Mayra?" soal Edean dengan nada yang tertahan apabila dia sudah berdiri di hadapan Humayra.Perasaanya bercampur baur dikala menatap wajah sesal Humayra yang sudah lama tidak dia temui.

"Edean,macam mana awak..."

"Jawab soalan aku,Humayra," tegas suaranya mencantas bicara Humayra.

Humayra menelan liur kesat.Kegelisahan mula meronta-ronta di dalam dada.Otak sudah tidak mampu merancang bicara yang bakal dilontarkan.

"Edean..." hanya sebaris nama Edean yang mampu diungkapkan oleh Humayra.Dia benar-benar kehilangan kata.

"Apa yang susah sangat kau nak jawab soalan aku?" sekali lagi Edean menekankan kata-katanya.Matanya tepat memandang tajam sosok Humayra.Pandangannya dibaluti dengan rasa kecewa terhadap gadis itu.

Humayra menggeleng-gelengkan kepalanya bagaikan tidak tentu arah, "Tak...Tak...Macam mana kau boleh...Theo!" laju Humayra memandang ke arah Theo yang tegap berdiri di samping Nini.

"Theo,kau yang beritahu Edean kan?!" marah Humayra kuat tetapi Theo sekadar diam membisu seraya menunduk.Tidak ada rasa hendak menjawab atau menentang pandangan tajam Humayra sebaliknya Theo hanya tegap berdiri bagaikan seorang pesalah.

"Jawab aku Theo!! Kau yang beritahu Edean kan?!" tempik Humayra deras seolah-olah dirasuk.

"Ye,Humayra!! Theo yang cakap dekat aku! Jadi sekarang kau jawab soalan aku,kenapa kau hilang waktu hari kita akad nikah dulu? Kenapa kau suruh Nini gantikan tempat kau dulu?" keras suara Edean.Wajahnya juga tegang merenung tepat ke dalam mata Humayra yang dibanjiri air mata.

Humayra memegang sisi kepalanya, "Tak...Aku tak tahu.Tapi percayalah cakap saya Edean,saya sayangkan awak.Saya cemburu bila awak bersama Nini.Sumpah saya cemburu.Saya takda pilihan,Edean.Saya nak kahwin dengan awak tapi..." luah Humayra seraya menunduk dan menekup wajahnya.Menangis dan menangis.Andai semua tahu derita yang dia tanggung selama ini.Sudah lah Theo mengkhianatinya.Berat sungguh bebanan yang dipikul dalam hatinya.

"Tapi apa? Cakap,Mayra!" desak Edean tegas.Dadanya sesak.Jiwanya huru-hara menanti setiap jawapan dari persoalannya.Hatinya dihurung kegeraman yang tidak dapat lagi dibendung terhadap Humayra.

"Edean...Saya minta maaf.Percayalah,saya betul-betul maksudkan bila saya cakap saya sayang awak.Saya nak kahwin dengan awak.Saya nak jadi isteri awak,Edean.Kita kahwin, ye?" Humayra merenung ke wajah tegang Edean.Pandangan mata Edean tersarat dengan api kemarahan.Rasa ingin tergelak mendengar permintaan Humayra yang sudah basi itu.

"Apa masalah kau,Humayra? Aku dah kahwinlah! Hari yang sepatutnya kita kahwin, dah berakhir.Kau sendiri yang nak aku kahwin dengan Nini kan? Kau yang hilang masa hari nikah kita kan, jadi kau hadaplah kenyataan yang aku dah jadi suami kepada Nini dan bukan kau,Humayra!" keras suara Edean.Berombak laju dada Edean memupuk sabar di hati.Sungguh,perasaanya seperti dirobek dan dicarik sakitnya.Jika Humayra menyayanginya mengapa harus tinggalkan dia semasa hari pernikahan mereka.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now