Bab 5

1.2K 41 0
                                    

Pagi yang indah beserta bunyian burung-burung yang berkicauan menambahkan lagi kenyamanan pada pagi itu.

Langit yang biru ditatap dengan penuh rasa tenang.Udara yang segar dihidu perlahan.Sesekali gadis itu memejamkan matanya seketika apabila deruan angin menampar lembut wajahnya.

Sungguh tenang keadaannya tika ini.Sekarang,gadis remaja itu berada di sebuah taman seorang diri seraya menikmati keindahan alam.

Terlalu ralit memandang langit sehingga tidak perasan bahawa tempat duduk di sebelahnya telah dihenyak seseorang.

Lelaki itu hanya tersenyum manis memandang tepi wajah gadis dihadapannya ini.Walaupun hanya dari tepi namun gadis itu sudah kelihatan sangat cantik.Tidak puas dia memandang.

Edean berdehem kuat setelah beberapa minit berlalu.

"Eh!"

Gadis itu tersentak kuat apabila deheman kuat seseorang menyapa halwa telinga.Sungguh dia tidak perasan akan kehadiran figura di sebelahnya ini.

Sementara Edean hanya menayangkan senyuman manis buat gadis itu.Geli hatinya melihat muka terkejut Nini.

Kedengaran decitan halus di bibir Nini.

"Ingatkan siapa lah tadi haish!" jelingan tajam diberikan untuk Edean.

Tergelak kecil Edean dibuatnya.Pagi-pagi lagi dia sudah mendapat jelingan tajam dari gadis comel ini.

"Siapa suruh kau leka sangat pandang langit tu macam nak tembus.Kan dah tak perasan aku yang kacak lagikan menawan ni duduk sebelah kau.Nasib baik aku yang duduk sini tahu,cuba kalau penjahat ke? Penyamun ke? Perogol bersiri ke? Macam mana?" panjang lebar Edean membebel.

Nini menjenggilkan matanya setelah mendengar ayat dari mulut lelaki itu.Ada ke patut dia cakap perogol bersiri?!

"Awak ini sejak bila pula perangai mak-mak berjangkit dengan awak? Pagi-pagi lagi dah bebel dekat saya," mata masih lagi memandang seraut wajah Edean yang sedang memandang ke hadapan.

"Kau termenung apa hm? Ada masalah ke? Atau kau termenung jauh tentang buah hati?"

Kening gadis itu bertaut seketika, 'Mamat ini buat-buat tak tahu ke apa yang aku suka dia?'

"Haah.Saya tengah memikirkan tentang buah hati pengarang jantung saya," terselit tawa halus di hujung bicaranya.

Edean terdiam seketika.Benarkah apa yang dibicarakan gadis itu? Atau itu hanyalah gurauan semata.

"Tak apalah kalau begitu,aku balik dulu lah.Kau fikir lah pasal buah hati pengarang jantung kau itu puas-puas," bicara Edean seakan-akan berjauh hati.

Tubuh bangkit dari bangku tersebut.Baru sahaja Edean berura-ura mahu melangkah pergi,terasa hujung bajunya ditarik seseorang.

Nini sekadar tersenyum manis.

Terpana Edean melihat senyuman itu.Sungguh,terkadang hatinya terusik juga dengan kecantikan dan gelagat Nini.Gadis itu sangat cantik dimatanya.Mempunyai sepasang kening yang tidak terlalu tebal,bulu mata yang lentik,iris mata yang berwarna coklat terang lagi menyempurnakan wajah yang sudah tersedia cantik.Hidung yang separa mancung.Pandangannya pula jatuh ke arah seulas bibir munggil milik gadis itu.

Kemudian,mata mereka bersabung.Lama mereka dalam keadaan begitu sehingga Nini melarikan anak matanya dari terus menatap sepasang anak mata hitam yang mampu menggetarkan hatinya.

Tangan yang memegang hujung baju Edean dilepaskan lalu bangkit dari bangku itu.

Edean hanya berdehem perlahan bagi menghilangkan rasa canggung di antara mereka.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now