Kereta Mini Cooper yang dipandunya bergerak masuk ke dalam kawasan rumah lalu diparkir di sebelah kereta BMW X7 milik Qassandra manakala di sebelah kiri kereta gadis itu sudah elok terletaknya kereta berjenama Audi RS7 milik Syaza.
Mereka memang tinggal bersama di sebuah rumah di taman perumahan mewah.
Pintu kereta dibuka lalu Nini melangkah keluar dari keretanya lalu ditutup.Pintu utama rumah dituju sebelum perlahan-lahan Nini membuka pintu rumahnya.Sunyi sahaja keadaan di dalam rumah tersebut.Maklum lah rumah mereka agak besar.
Baru beberapa tapak Nini melangkah,kelihatan Qassandra yang baru menapak keluar dari dapur bersama segelas air di tangan.
"Lewat balik,Nini? Selalunya before maghrib kau dah terpacak dekat rumah.Ini dah hampir pukul lapan malam baru sampai.Kenapa?" Qassandra terus menyoal sebaik sahaja melihat figura Nini.
"Harini jalan jem teruk lah.Itu yang lambat.Minum air apa tu?" pantas tangan Nini ingin mengambil gelas di tangan Qassandra namun gadis itu menepis perlahan.
"Eh.Eh.Amboi dia ni! Balik-balik je nak sambar air orang ye.Dah pergi naik sana.Mandi lepastu solat nanti terlepas pulak waktu maghrib.Kalau lapar turun makan.Aku dah masakkan mee goreng tu," Qassandra menjuihkan bibirnya ke arah dapur lalu dia melabuhkan punggungnya di sofa.
"Baiklah." Nini akur lalu satu persatu anak tangga dipanjatnya sehingga ke tingkat dua.
*****
Usai membersihkan diri,Nini melakukan kewajipannya sebagai umat Islam.Selesai dia berdoa lalu fikirannya melayang mengingatkan seseorang yang amat dia rindui.Kenangan mereka lapan tahun lepas mula terbayang dalam benaknya.
Telefon yang berdering minta diangkat lalu pantas gadis itu mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja tepi katil.
Melihat saja nama pemanggilnya,bibir mengukirkan senyuman lebar.
"Hello bro!" sapa Nini dengan nada teruja.
"Wow wow.Kau nak ganti tempat Qaiyan ke apa ni hm? Ber bro-bro bagai dengan aku," Edean ketawa.
Nini sudah tergelak kuat.Saja dia mahu mengusik Edean.
"Erm saya tukar lah eh? Haa..Hello my man!" jerit Nini sedikit kuat manakala Edean sudah menjauhkan sedikit telefonnya kerana terlalu bingit dengan jeritan Nini itu.Namun dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja.Sudah masak dengan perangai Nini yang sangat periang itu.
"Hmm my man erk? Ada nama lain lagi tak?" saja Edean mahu melayan Nini.Dia sememangnya tidak pernah jemu melayan kerenah gadis itu.
"Haish.Apa erk? Hmm apa kata saya panggil awak my Nadhif?" agak perlahan suara Nini menahan malu.Entah mengapa baginya nama panggilan 'my Nadhif' itu membuatkan dia rasa rama-rama berterbangan di dalam perutnya.
"Okay.This nickname is approved.So cutie girl awak tengah buat apa tu?" soal Edean.
"Saya baru habis solat tadi.Kejap lagi nak mengaji," balas Nini bersama senyuman yang tak lekang dari bibir.
Suka sangat lah tu bila crush call.Ehek!
"Goodgirl nya dia.Kau jangan tinggalkan solat tau.Mengaji pun sama.Aku suka kalau orang yang aku sayang rajin solat and mengaji.Kalau ada masalah mengadu dekat Allah ye? Allah lah sebaik-baik pendengar dan Allah juga lah sebaik-baik tempat untuk kita meluah.Ingat tu," pesan Edean lembut.
YOU ARE READING
Dia Yang Terakhir
Romance[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani menegur jejaka yang sudah menjentik hatinya. "Saya nak ngorat awak boleh?"-Nini Erleesa Namun,dia tidak d...