Bab 11

1.3K 37 3
                                    

Nini melangkah longlai menuju ke dalam rumah besar itu.Hati dan fikiran sarat dengan kekeliruan.

"Nini!" belum sempat dia ingin memanjat anak tangga rumahnya,Qassandra menyeru.

Nini hanya memandang sepi figura Qassandra yang menghampirinya bersama riak wajah yang muram.Dia sudah tiada mood hendak tersenyum selepas apa yang terjadi.Fikirannya hanya berserabut sedari tadi.

"Kau pergi mana tadi? Kenapa muram je? Kau okay tak?" soal Qassandra prihatin.Riak wajahnya juga tampak risau akan Nini.

"Aku jumpa orang tadi.Don't worry,I'm fine.Aku naik dulu lah,nak tidur," tanpa menunggu balasan dari sahabatnya,Nini menapak naik ke tingkat dua.

Sementara Qassandra hanya mengeluh melihat perilaku sahabatnya itu.Dia yakin pasti ada sesuatu yang sudah mengganggu fikiran Nini.

*****

Bintang-bintang yang menyinari langit malam itu ditatap sepi olehnya.Udara malam dihirup tenang.Mata hanya fokus memandang langit tanpa ingin melihat ke arah lain.

Entah mengapa namun fikirannya menjadi kacau tika ini.Firasatnya mengatakan bahawa bakal ada sesuatu yang buruk bakal berlaku di depan hari.Dia cuba untuk berfikiran positif namun perasaan itu tetap tidak terhapus.

Keluhan kecil dilepaskan dari bibirnya.

Datin Hazura yang sedang memerhatikannya memandang sayu terhadap anak lelakinya.Kaki melangkah perlahan mendekati figura Edean yang terlalu ralit menatap langit di balkoni rumah.

"Edean," seru Datin Hazura.

Mendengar suara seseorang yang amat dia kenali itu,dia sudah tahu siapakah yang menyerunya namanya.

"Ye ibu," lembut nada Edean membalas tanpa menoleh ke arah wajah ibunya.

"Dah lewat ni,kenapa belum tidur?" Datin Hazura merenung lembut anak mata Edean.

"Belum mengantuk,ibu.Lagipun,Ed suka tengok bintang macam ni.Rasa tenang," senyuman nipis terlakar di bibir milik Edean.

"Lagi 2 minggu,anak ibu ni dah nak jadi suami orang.Ed dah bersedia ke,sayang?"

Edean melepaskan keluhan berat.

"Ed terfikir ibu,macam mana kalau ada sesuatu yang terjadi masa hari pernikahan tu?" Edean mengalihkan pandangannya melihat wajah syurganya.

"Kenapa Ed fikir macam tu?"

"Entahlah,kita tak tahu kan apa yang bakal berlaku di kemudian hari.Ed takut kalau ada sesuatu yang tak diingini berlaku.Contohnya macam pengantin perempuan tak datang ke.Or apa-apa jelah yang kita semua taknak tiba-tiba berlaku," luah Edean risau.

"Ed,ibu nak kamu janji sesuatu dengan ibu boleh?" lembut bicara Datin Hazura sambil menatap sayu anak mata Edean.

Edean hanya mengangguk lalu jari jemari ibunya dicapai untuk digenggam.

"Walau apa pun yang berlaku nanti,ibu harap Ed tak malukan ibu dan papa ye? Tolong fikir tentang keluarga kita ye,sayang?" sesudah itu,Datin Hazura mengucup lama dahi licin Edean.

Air mata yang menitis diseka lembut lalu dia berlalu pergi meninggalkan Edean sendirian.

"Ya Allah,bantulah hamba mu yang lemah ini.Lindungi lah hamba mu ini dari perkara yang tidak diingini berlaku," doa Edean lalu dia kembali menatap bintang-bintang yang bertaburan indah di langit malam.

Disaat mata tenggelam di dalam luasnya langit,disaat itulah terlakarnya seraut wajah seseorang yang dirindui di ruang fikiran.

Nini Erleesa.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now