Bab 35

1.6K 31 1
                                    

"Nini...Takkan kau percaya semua ini.Kau kenal kami kan? Takkanlah kitorang sanggup buat semua ini dekat kau," Syaza cuba mengawal suaranya.Dia juga marah dengan apa yang dilihat tetapi melihat Nini emosi,dia haruslah menolak jauh emosinya.

"Ouh...Senangnya ayat kau untuk bodohkan aku lagi.Percaya percaya percaya! Tak habis-habis percaya.Selama ini aku percayakan korang,tapi korang langsung tak hargai.Mana korang letak kepercayaan aku sampai korang tergamak nak khianat aku?!" wajah Nini sudah lencun dengan air mata.Dia tidak mahu lagi percayakan sesiapa.Seluruh kepercayaannya hilang serta-merta terhadap insan yang dia sayang.

"Apa silap aku pada korang? Apa yang aku dah buat sampai korang kena balas macam ini pada aku? Teruk sangat ke aku? Korang suruh aku percayakan korang tapi tengoklah sekarang.Kau ada dekat rumah aku untuk apa? Untuk jumpa Edean kan? Tak mungkin kau nak jumpa aku sedangkan aku takda dekat rumah," Nini memandang tajam ke dalam mata Syaza.Hatinya yang rapuh kini tinggal debu sahaja.

"Nini, boleh tak kali ini kau jangan ikut emosi kau sangat.Cuba guna otak kau untuk fikir.Aku ini dah lama berkawan dengan kau tahu! Aku ini tak bodoh lah nak hancurkan friendship kita!" ujar Syaza dengan nada tertahan.

"Disebabkan kau dah lama berkawan dengan aku lah kau tahu aku dah letakkan kepercayaan aku pada kau! Betul kata Humayra,you guys just like devils in the form of angels," kata-kata Humayra semalam diulang tayang didalam fikiran Nini.

Mendengar sebaris nama itu mampu membuat Syaza dan Edean terkedu.

"Apa yang Humayra cakap sebelum ini semuanya betul.Orang yang paling senang nak khianat kita adalah orang yang paling rapat dengan kita," ujar Nini keras membuatkan Syaza dan Edean tergamam.Mengapa selama ini mereka tidak tahu Nini berhubung dengan Humayra.

"Nini..Kau tolong jangan dengar cakap perempuan itu.Aku merayu, Nini.Dia cuma nak hasut kau,Nini.Nini,kenapa kau tak beritahu aku kau berhubung dengan dia?" Syaza melangkah setapak bagi mendekatkan lagi jaraknya dengan Nini.Kedua-dua lengan Nini cuba diraih namun Nini mengelak.

Semakin melonjak naik kemarahan di dalam hati Nini.

"Untuk apa? Untuk apa aku kena beritahu kau kalau aku berhubung dengan dia? Untuk senangkan kerja kau burukkan dia? Kau tak payah lah nak pujuk rayu aku untuk percayakan kau lagi.Makin aku percaya kan kau,makin senang untuk kau hancurkan hidup aku!" Nini menghamburkan kemarahannya kepada Syaza.Hatinya sudah cukup hancur kini.Tiada kata-kata lagi yang mampu menguatkan dia tika ini.Air mata semakin galak membasahi pipinya.

"Sayang...Please...For this time,we're not going to lie you...Just trust us...For this time..." rayu Edean pula apabila Nini langsung tidak mahu percayakan mereka.

"Stop with your stupid actions,Edean! If you're beg me to trust you for this time then let me not trust you for this time.I'm tired,I swear.I'm tired to trust you damn much,husband," lemah Nini bersuara menunjukkan dia benar-benar lelah untuk menghadapi ujian kali ini.

"Nini,sumpah aku tak tipu kau.Aku dengan Edean betul-betul takda apa-apa.Tolonglah berhenti dengar cakap Humayra bodoh itu! Apa yang dia cakap dekat kau semua tak betul,Nini.Dia jahat,Nini.Dia berlakon aje depan kau tapi perangai dia itu semua fake! Macam-macam dia rancang untuk hancurkan hidup kau,Nini.Dia nak tutup mata kau dengan kebaikan sampah dia itu! Susah sangat ke nak percayakan aku Nini? Kau tahu tak dia yang pa..." bicara Syaza kasar tatkala berang dengan Nini yang enggan mempercayainya namun tidak sempat ayatnya habis sudah dipotong laju oleh Nini.

"Stop Syaza! Enough please! Kau yang burukkan Humayra sekarang ini.Kau tak payah nak burukkan dia sangat lah.Perangai kau yang buruk kau tahu tak! Eh,celik mata kau luas-luas lah Syaza.Punya banyak jantan dekat luar sana asal suami aku yang kau nak menggatal? Manusia jenis apa kau ini Syaza Andreya? Suami sahabat sendiri kau sanggup buat benda terkutuk itu.Patut lah selama ini kau kurang masa dengan aku dan Qas,rupa-rupanya nak buat benda haram belakang aku! Aku tak sangka seburuk ini perangai kau,Syaza.Aku betul-betul rasa terkejut sebab orang yang aku paling percaya dalam dunia ini hancurkan aku sampai macam ini," penuh kecewa nada Nini.Andai hatinya dapat dilihat pasti mereka sudah tidak tergamak mahu menyakitinya sebegini.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now