Bab 3

1.2K 46 0
                                    

Jari telunjuk mengetuk perlahan meja di hadapannya.Suasana yang hiruk-pikuk itu langsung tidak menghalangnya untuk terus berfikir.

Pelik.

"Nadhif?" Edean tersenyum senget.

Mengapa gadis itu memanggilnya dengan gelaran itu sedangkan semua orang memanggilnya menggunakan nama pertamanya.

Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa kepada gadis itu.Bukannya tidak biasa apabila ada gadis lain mahu berkawan dengannya namun entah mengapa gadis kali ini sungguh membuat dirinya rasa lain.

Tidak dinafikan gadis itu agak comel baginya namun cepat sahaja Edean menepis segala perasaan itu.

'Ingat Edean.Kau tak boleh suka dia,' Edean mengingatkan diri sendiri.

Sedang Edean termenung sendirian,tiba-tiba lehernya dipeluk seseorang.

"Edean...huaaaa tolong aku Ed...Ada kucing kejar aku Ed!" tenggelam suara Qaiyan di sebalik leher Edean.

Rimas Edean apabila lehernya menjadi mangsa pelukan oleh sahabatnya,Qaiyan Haydrie.Nak tercekik lehernya apabila Qaiyan memeluknya dengan begitu erat.

"Kau...nak...ce...cekik..aku..ke..gila?" tergagap-gagap suara Edean apabila Qaiyan mengeratkan lagi pelukan di leher Edean.

Setelah tersedar keterlaluannya itu,pantas Qaiyan melepaskan tangannya.Lalu dia memandang ke bawah dan sekelilingnya sebelum nafas lega dihembus.

"Fuh! Lega kucing itu dah tak ada," Qaiyan mengusap-usap dadanya menunjukkan bahawa dia sangat lega.

Terhenti tangannya apabila melihat Edean memandangnya tajam.Tahu sangat bahawa sahabatnya ini marah kerana dia bertindak memeluk erat leher sahabatnya itu tadi.

"Kau ni Qai,dah tak sabar nak tengok aku lepak underground ke?" bengang Edean dibuatnya.

"Sorry lah Ed,kau tahu kan aku ni anti kucing.Jadi secara tak sengaja aku terpeluk leher kau sebab terlalu takut,"

Edean sekadar menjeling Qaiyan.Malas mahu melayan perangai kebudakannya.Memang sahabatnya ini serupa budak tadika.Makin dilayan,makin menjadi jadi.

*****

Sedang rancak mereka bertiga berborak di kantin,mata Nini menangkap seorang figura yang baru sahaja melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi di kantin.

Terus rasa berbunga hati ini apabila melihat lelaki kacak yang menjadi pujaan hatinya.Hari ini rasa sungguh bersemangat untuk menjalankan misinya itu.

Tanpa menghiraukan dua sahabatnya itu,kaki Nini pantas bergerak ke arah Edean yang hanya bersendirian ketika itu.

Terkejut Edean apabila kerusi di sebelahnya di duduki oleh seseorang.

"Anak pak Jefri bernama Afif,Assalamualaikum hi Nadhif!" dengan riang-rianya Nini menyapa Edean.

Namun,Edean hanya memandang sepi sahaja gadis itu.Cemberut muka Nini apabila kehadirannya tak dilayan.

"Hello? Dengar tak saya bagi salam ni!" sekali lagi Nini berasa geram dengan reaksi Edean saat Nini menegur lelaki itu.

"Anak pak Jefri makan bubur,Waalaikumsalam bakal ahli kubur," selamba Edean membalas pantun Nini lalu menyambung makan.Saja mahu mengenakan gadis itu kerana itulah dia membalas pantun dengan ayat begitu.

Nini cuba menenangkan hatinya.Sampai hati Nadhif panggil kita ahli kubur padahal dia pun sama,bakal ahli kubur juga!

Tergelak kecil Edean melihat muka cemberut gadis di sebelahnya itu.Tahu sangat bahawa gadis itu tidak berpuas hati dengannya namun dibiarkan saja.

Dia Yang TerakhirWhere stories live. Discover now